Harga Saham Supermax Jatuh Lepas Pemilik Kata Sokong PR

23 April 2013: KWSP jual 3,000,000 unit saham.
26 April 2013: BOD berhasrat nak beli semula saham syarikat.

supermax

Supermax hit after owner said he supports PR

Written by Ho Wah Foon of theedgemalaysia.com

KUALA LUMPUR (April 29): Shares of SUPERMAX CORPORATION BHD [7106] were sold down today after its major and controlling shareholder openly stated that he supports the opposition alliance Pakatan Raykat (PR).

But TOP GLOVE CORPORATION BHD [7113], its main competitor which produces largely similar range of rubber gloves, became one of the top gainers today.

“My clients are selling Supermax as they believe Supermax will lose contracts to supply medical gloves to government hospitals if Barisan Nasional retains power,” said a senior dealer.

“We think Supermax’s losses may be gained by Top Glove. While my clients respect Thai for his bravery to say what we dare not say, we have to protect our own investments,” he added.

At 4.11 pm, Top Glove – the world’s biggest producer of rubber gloves – soared 31 sen or 5% to RM6.45 per unit on trades of 1.59 million shares. It was still the top gainer in late trades.

But Supermax fell 8 sen or 4% to RM2.00, on 7.8 million shares. The latter was one of the most active and top losers in morning trades.

Stanley Thai, in an interview with Bloomberg, said he is joining thousands of fellow ethnic Chinese citizens in “abandoning support for Prime Minister Najib Razak and voting for the opposition for the first time in the May 5 general elections.”

“Why are the Chinese against the government — it’s simple,” Thai, 53, said in an interview last month, which was posted on Bloomberg last Friday. Local newspapers carried the report over the weekend.

“We don’t want our children to suffer what we suffered, deprived from education, from career opportunities, from business opportunities,” Thai said.

Supermax, according to Bloomberg report, is the country’s third-largest medical glove-maker, now exports 24 billion gloves a year.

“We have been brainwashed from Day 1,” Thai was quoted as saying. “We were born and bred with fear and threats by our own government.”

In recent years, Thai has been hitting out the government on its policy with regards to the rubber glove sector. He is also seen expanding his manufacturing plants overseas, to as far as South America.

Undilah Saya, Saya Ada Kuasa Ajaib Mengurangkan Beban Rakyat

Pada tahun 1919, di Kansas, Amerika Utara ada seorang ahli silap mata bernama Oscar Zoroaster Phadrig Isaac Norman Henkel Emmannuel Ambroise Diggs. Panggil dia Oz.

Oz hatinya baik tetapi dia nakal & licik. Macam belut.

Satu hari dia didapati menggoda isteri pemain sarkas lain dan melarikan diri menggunakan belon panas. Malangnya puting beliung melanda dan dia terdampar ke satu dunia baru, tanah Oz.

Theodora The Witch menjumpai Oz di sungai dan memberitahu satu ramalan yang dipercayai oleh sekalian penduduk tanah Oz; sesungguhnya akan datang seorang ahli sihir yang dapat menyelamatkan mereka dari cengkaman jahat The Wicked Witch. Oz sangat teruja mendengar ramalan tersebut. Wicked Witch adalah Evanora, kakak kepada Theodora.

Dalam pengembaraan menyelamatkan tanah Oz, Oz berjumpa dengan Glinda, The Good Witch of The South. Melalui Glinda barulah Oz tahu cerita yang sebenar, siapa yang baik dan siapa yang jahat.

Sebenarnya Glinda tahu Oz tidak punya kuasa magik tapi tahu hatinya baik. Lagipun inilah kesempatan yang Glinda ada untuk meyakinkan rakyat jelata tanah Oz, sesunggnya ahli sihir yang diramalkan itu telah datang dan kuasa jahat Wicked Witch dapat digulingkn.

Ya, dengan bantuan teknologi ciptaan Oz, The Wicked Witches berjaya dikalahkan.
Rakyat tanah Oz pun percaya tentang kekuasaan & kesaktian Oz, the Great & Powerful.

1939, seorang kanak-kanak bernama yang juga dari Kansas, Dorothy Gale mengalami kejadian yang serupa seperti Oz. Untuk pulang ke Kansas, The Good witch of North memberitahu agar dia dan rakan-rakan berjumpa dengan The Wizard of Oz di Emerald City.

Wizard of Oz, atau Oscar Zoroaster Phadrig Isaac Norman Henkel Emmannuel Ambroise Diggs tahu dia cuma seorang manusia biasa. Tidak boleh menunaikan hajat. Dia cuma ahli silap mata biasa sahaja. Pada mulanya Oz enggan berjumpa dengan Dorothy dan kawan-kawan. Oz, melalui kemahiran silap matanya berjumpa mereka dalam pelbagai rupa & bentuk.

Sehinggalah akhirnya, Oz menunjukkan dirinya yang sebenar. Sesungguhnya dia tidak mempunyai kuasa ajaib.

10 Rangkuman Berita Menarik Sepanjang Minggu

1. KLCI terus menunjukkan aliran menaik. Dibuka pada 1,703.26 mata pada hari Isnin dan ditutup pada 1,711.29 pada hari Jumaat dengan peningkatan sebanyak 0.47 %.

2. Petronas gagal memiliki MISC Berhad selepas gagal memperolehi 90% pegangan saham di dalam syarikat tersebut. Petronas hanya berjaya mendapatkan 86.07 %, iaitu kurang 3.93% daripada nilai yang diperlukannya.

3. Statistik daripada KWSP menunjukkan 87% daripada 6.3 juta pencarum di negara ini mempunyai simpanan kurang daripada RM100,000 dan akan menghabiskan kira-kira RM150,000 dalam tempoh 3-5 tahun selepas persaraan.

4. Amazon.com merupakan pasaraya online terbesar di dunia kini terokai bisnes pengiklanan dan bakal beri saingan kepada Facebook & Google. Persaingan baru dari Amazon ini bakal memecahkan monopoli 2 syarikat gergasi ini.

5. Harga rumah bakal meningkat lagi antara 10%-15% terutama di kawan laluan komuter, LRT dan MRT. Jika tidak mampu beli rumah lagi, boleh menyewa terlebih dahulu.

6. MRCB labur RM4 juta naik taraf KL Sentral dan berhasrat mahu menjadikan KL Sentral sebagai hab pengangkutan awam berkelas dunia.

7. Keuntungan syarikat Apple menurun buat pertama kalinya dalam tempoh 10 tahun. Keuntungan yang dicatatkan untuk tiga bulan pertama tahun ini adalah $9.5 billion berbanding tahun 2012 iaitu $11.6 billion. Adakah disebabkan oleh ketiadaan Steve Jobs atau memang terdapat persaingan yang sengit dari syarikat lain seperti Samsung?

8. Air France meriahkan industri penerbangan di Malaysia. Syarikat penerbangan yang berasal dari Perancis ini menawarkan penerbangan 3 kali seminggu ke Paris menggunakan pesawat B777-200.

9. Iskandar Malaysia telah berjaya membawa masuk RM5.06 billion pelaburan baru menjadikan jumlah pelaburan semasa bernilai RM111.37 billion.

10. CEO Maybank, Abdul Wahid Omar diumumkan sebagai pemenang anugerah  The Asian Banker Leadership Achievement Award 2013. Di bawah kendalian beliau, Maybank juga dikenali dengan The Best Managed Bank in Malaysia.

Husam Musa: Gred 41 Ke Bawah Tidak Perlu Bayar Cukai

Komen saya:

1) Apakah yang dimaksudkan adalah cukai pendapatan sahaja atau semua jenis cukai?

2) Gred 41 dan ke bawah, atau gred 41 pun kena bayar cukai?

3) Maksudnya, rakyat middle class (41, 44, 48, dan seterusnya) masih menjadi antara golongan yang membayar cukai terbanyak.

4) Saya tak pasti adakah Islam mengatakan sedemikian : Cukai hanya untuk orang kaya sahaja. Mohon pembaca yang bijaksana memberikan dalil yang dapat menyokong kenyataan tersebut.

5) Sekiranya Pakatan Rakyat menang, nampaknya tuan puan yang bekerja sendiri / tidak bekerja dengan kerajaan, yang barangkali berpendapatan lebih dari gred 41, sudah lah kena bayar cukai, dan barangkali sebahagian duit cukai itu disalurkan lagi untuk membantu kakitangan awam (barangkali termasuk Jusa & Turus?) membeli kenderaan & rumah.

p.s. Kakitangan awam adalah sekitar 1.4 juta berbanding penduduk Malaysia yang mencecah 28 juta.

PUTRAJAYA (Harakahdaily): Calon PAS bagi Parlimen Putrajaya Datuk Husam Musa memberi jaminan bahawa kakitangan awam bergred 41 ke bawah tidak pelu membayar cukai jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Katanya, ianya sesuai dengan tuntutan agama Islam yang mengajar bahawa cukai hanya dikutip dari golongan kaya sahaja.

“Apa yang kerajaan Pakatan Rakyat boleh buat, gred 41 ke bawah tak pelu bayar cukai jika Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan Persekutuan.”

Dalam Islam cukai hanya untuk orang kaya sahaja,” katanya ketika berceramah di hadapan puluhan ribu rakyat yang hadir di Presint 3 di sini malam tadi.

Turut hadir malam tadi Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta calon PKR Lembah Pantai yang juga Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Selain itu, Pakatan Rakyat juga kata Husam akan menurunkan cukai bandar di Putrajaya yang sekarang ini sangat membebankan masyarakat di sini.

“Di Putrajaya ini cukai bandarnya adalah paling tinggi di Malaysia. Orang-orang kaya datang mengadu minta turunkan, orang yang berpendapatan rendah pun minta diturunkan.

“Saya kata insya Allah kita akan turunkan cukai bandar di Putrajaya ini,” kata beliau lagi.

Sementara itu beliau turut memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat juga akan menghapuskan caj 4 peratus pinjaman perumahan dan kenderaan bagi kakitangan awam.

Katanya perkara itu telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan sejak mengambil alih pentadbiran negeri itu pada tahun 1990.

“Kalau Pakatan Rakyat menang memerintah Malaysia, dasar Tok Guru Nik Aziz di Kelantan akan kita gunakan di seluruh negara.

“Caj 4 peratus pinjaman akan kita hapuskan, Di Kelantan kita dah buat, tak bankrap pun” ujarnya.

Seperkara lagi yang turut ditawarkan Husam adalah penurunan harga sewa kedai di Putrajaya.

Katanya, ramai di kalangan peniaga di Putrajaya merungut ekoran harga sewa kedai yang terlalu mahal.

“Kita boleh turunkan harga sewa kedai ini kerana bangunan disini dibina oleh Perbadanan Putrajaya dan Putrajaya Holding menggunakan wang negara wang Petronas.

“Kita hapuskan peranan orang tengah,” katanya.

Maybank2U Pay Bantu Usahawan Online

Ini khabar baik untuk online business.

Baru-baru ini Maybank telah mengumumkan feature terbaru yang terdapat di dalam Maybank2u untuk memudahkan usahawan berniaga secara online yang dinamakan sebagai Maybank2u Pay.

pix_gal0

Bagi mereka yang memang sudah berniaga secara online, pasti gembira mendengar pengumuman ini. Kemudahan yang disediakan memang tepat pada masanya ketika industri perniagaan online sedang meningkat naik di Malaysia.

5 Kelebihan Maybank2u Pay

1. Melakukan pembayaran secara automatik terus daripada website penjual. Tidak lagi perlu ke website Maybank2u dan melakukan transaksi secara manual.

2. Lengkap dengan maklumat pembayaran seperti nama, email, jumlah, tarikh dan masa. Sebelum ini penjual hanya nampak jumlah wang yang dimasukkan sahaja tanpa ada maklumat lengkap. Jika ada satu dua transaksi masih boleh diuruskan, tetapi jika ada 100 transaksi dengan jumlah yang sama? Nanti yang claim produk ada 101 orang, kan dah kelam-kabut.

3. Pembeli dan penjual menerima notifikasi pembayaran di email. Setelah selesai pembayaran, kedua-dua pihak akan mendapat email notifikasi daripada Maybank2u mengatakan transaksi tersebut telah berlaku. Kita boleh simpan sebagai rekod.

4. Pembeli tidak lagi perlu mengemukakan bukti pembayaran. Kalau dulu pembeli kena copy paste maklumat pembayaran dan berikan kepada penjual.

5. Boleh menyemak semula transaksi yang lepas (60 hari). Mudah nak audit dan juga mudah untuk buat rekod transaksi.

Setakat ini, ada 4 jenis perniagaan sahaja yang akan diluluskan oleh Maybank.

  1. Aksesori & Pakaian
  2. Elektronik
  3. Makanan
  4. Muzik & Buku

Empat jenis ini yang diumumkan secara rasmi oleh Maybank di website mereka. Selain dari itu mungkin mengikut pertimbangan dan budi bicara mereka yang review permohonan anda. Proses kelulusan akan mengambil masa 1-2 hari.

Cara Mengaktifkan Maybank2u Pay

1. Login Maybank2u

2. Klik pada Maybank2u Pay icon

maybank2upay1

2. Klik pada Apply for Maybank2u Pay

maybank2upay2

 

3. Tick dan continue

maybank2upay3

4. Isikan maklumat perniagaan anda di ruangan ini.

maybank2upay4

5. Pada page seterusnya,masukkan TAC dan selesai.

6. Tunggu approval dari pihak Maybank.

7. Setelah mendapat kelulusan dari Maybank, anda akan dapat code untuk untuk diletak di website anda. Butang pembayaran akan kelihatan seperti di bawah :

icon maybank2u pay

8. Bila pembeli klik pada icon tersebut, paparan di bawah akan muncul.

maybank2upay5

Pembeli boleh login dan buat pembayaran seperti biasa. Mungkin ada pembeli yang tidak yakin pada mulanya sebab penggunaan sistem Maybank2u Pay ini masih baru. Tetapi Maybank telah meletakkan “You are in a secured mode” untuk menyakinkan pembeli.

Mudah dan cepat.

Memang menarik, tertarik, memang debooom!

Diharapkan selepas ini CIMB, Bank Islam, dan bank-bank yang lain akan mengikuti jejak langkah Maybank ini.

Senarai Ahli Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 2012/2014

Ahli Majlis Penasihat Shariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (2012/2014)

Tarikh perlantikan: 1 July 2012 – 31 July 2014

1. Tun Abdul Hamid Haji Mohamad
Former Chief Justice of the Federal Court, Malaysia

2. Tan Sri Sheikh Ghazali Haji Abdul Rahman
Shariah Legal Advisor, Attorney General’s Chambers

3. Dato’ Dr. Abdul Halim Ismail
Pro-Chancellor Insaniah University College and Chairman, Shariah Committee of Shariah-Compliant Funds of Amanah Mutual Bhd

4. Dr. Mohd. Daud Bakar
Chairman, Shariah Advisory Council of Bank Negara Malaysia and CEO of Amanie Advisors Sdn. Bhd.

5. Dr. Muhammad Syafii Antonio
Rector of TAZKIA University College of Islamic Economics, Bogor, Indonesia

6. Professor Mohammad Hashim Kamali
Founding Chairman and CEO of the International Institute of Advanced Islamic Studies, Malaysia

7. Professor Dr Ashraf bin Md Hashim
Head of Consultancy Department, International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA)

8. Associate Professor Dr. Azman bin Mohd Noor
Department of Fiqh and Usul al Fiqh, Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences, International Islamic University Malaysia

9. Assistant Professor Dr. Aznan Hasan
Department of Islamic Law, Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws, International Islamic University Malaysia

10. Associate Professor Dr. Engku Rabiah Adawiah Engku Ali
Institute of Islamic Banking and Finance (IIBF), International Islamic University Malaysia

11. Associate Professor Dr. Shamsiah Mohamad
Lecturer, Department of Fiqh and Usul, Academy of Islamic Studies, University of Malaya

Senarai Ahli Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia 2010/2013

Berikut adalah senarai Senarai Ahli Majlis Penasihat Shariah BNM 2010/2013 :

1. Dr. Mohd Daud Bakar (Chairman)
    Chief Executive, Amanie Busniess Solutions Sdn Bhd

dr mohd daud abu bakar

Shariah advisory:

  • Chairman of the Shariah Advisory Council of BNM
  • Chairman of the Shariah Advisory Council of SC
  • Chairman of the Shariah Advisory Council of LFSA
  • Shariah Adviser registered with SC
  • Shariah Committee member of IILM
  • Shariah Board member of AAOIFI
  • Shariah Board member of Morgan Stanley
  • Shariah Board member of Dow Jones Islamic Market Index, New York
  • Shariah Board member of Noor Islamic Bank, Dubai

Qualification:

  • PhD: University of St. Andrews, Scotland, United Kingdom
  • Degree in Shariah, University of Kuwait & UM

2. Dato’ Dr. Abdul Halim Ismail

Dato’ Dr. Abdul Halim Ismail

Shariah advisory:

  • Member of the Shariah Advisory Council of BNM
  • Member of the Shariah Advisory Council of SC
  • Shariah Adviser registered with SC
  • Shariah Committee of NSC Holdings Berhad

Qualification:

  • PhD in Economics, University of Oxford, UK
  • Arts Degree in Economics, UM

3. Yang Amat Arif Tun Abdul Hamid Mohamad

Yang Amat Arif Tun Abdul Hamid Mohamad

Shariah & legal advisory:

  • Member of the Shariah Advisory Council of BNM
  • Member of the Shariah Advisory Council of SC
  • Member of Judiciary Appointment Commission Malaysia
  • Chairman of the Advisory Board, Malaysian Anti-Corruption Commission
  • Chairman of Law Harmonisation Committee (LHC)

Qualification:

  • Degree in Law, National University of Singapore

4. Y.B. Sahibus Samahah Dato’ Haji Hassan Ahmad
Mufti of State of Penang and Member of National Fatwa Council

Y.B. Sahibus Samahah Dato’ Haji Hassan Ahmad

Shariah advisory:

  • Member of the Shariah Advisory Council of BNM
  • Member of the Islamic Religious Council of Penang

Qualification:

  • MA in Shariah, Al-Azhar University, Cairo
  • Degree in Shariah & Law, Kelantan Foundation of Higher Islamic Studies

5. Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman
 Shariah Advisor to the Attorney General Chamber
(Tokoh Maal Hijrah      1416/1995)

Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman

Shariah advisory:

  • Member of the Shariah Advisory Council of BNM
  • Member of the Shariah Advisory Council of SC
  • Chairman of Technical Committee for Shariah and Civil of Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM)
  • Member of the National Fatwa Council
  • Shariah Board member of the Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI) (Bahrain)

Qualification:

  • Degree in Islamic Law, Al-Azhar University, Cairo
  • Diploma in Education, Ain Shams University, Cairo, Egypt
  • Diploma in Law and Judiciary, IIUM

6.  Prof. Madya Dr. Engku Rabiah Adawiah Engku Ali
Associate Professor, Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws,
International   Islamic University Malaysia

Prof. Madya Dr. Engku Rabiah Adawiah Engku Ali

Shariah advisory:

  • Member of the Shariah Advisory Council of BNM
  • Member of the Shariah Advisory Council of LFSA
  • Shariah advisor registered with SC

Qualification:

  • PhD in Law (Securities Regulation), University of Aberdeen, UK
  • MA in Comparative Laws, IIUM
  • Degree in Law, IIUM
  • Degree in Shariah, IIUM

7. Prof. Madya Dr. Mohamad Akram Laldin
Executive Director, International Shariah Research Academy for Islamic
Finance (ISRA)

Prof. Madya Dr. Mohamad Akram Laldin

Shariah advisory:

  • Member of the Shariah Advisory Council of BNM
  • Shariah advisor registered with SC
  • Member of the Shariah Advisory Board of HSBC Amanah Global
  • Member of the Shariah Advisory Board of Yassar Limited
  • Member of the Islamic Advisory Board of HSBC Insurance, Singapore
  • Associate Consultant of the International Institute of Islamic Finance (IIIF)

Qualification:

  • PhD in Principles of Islamic Jurisprudence (Usul al-Fiqh), University of Edinburgh, Scotland
  • Degree in Islamic Jurisprudence and Legislation, University of Jordan, Amman

8. Prof. Dr. Ashraf bin Md. Hashim
 Head of International Shariah Research Academy for Islamic Finance (ISRA)
Consultancy Department (I-Con)  

Prof. Dr. Ashraf bin Md. Hashim

Shariah advisory:

  • Member of the Shariah Advisory Council of BNM
  • Shariah advisor registered with SC
  • Member of the Shariah Advisory Committee of ACR Retakaful MEA (Bahrain)
  • Shariah Advisor of Association of Islamic Banking Institutions Malaysia (AIBIM)

Qualification:

  • PhD in Islamic Law, University of Birmingham, UK
  • MA in Fiqh and Usul Fiqh, University of Jordan, Amman
  • Degree in Shariah, Islamic University of Medina, Saudi Arabia

9. Prof. Madya Dr. Rusni binti Hassan

Lecturer, Islamic Law Department, Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws, IIUM

Prof. Madya Dr. Rusni binti Hassan

Shariah advisory:

  • Member of the Shariah Advisory Council of BNM
  • Shariah advisor registered with SC

Qualification:

  • PhD, MA, Degree in Comparative Laws, IIUM

10. Dr. Aznan Hasan

Assistant Professor, Department of Islamic Law, Ahmad Ibrahim Kulliyyah
of Laws, IIUM  

Dr. Aznan Hasan

Shariah advisory:

  • Member of the Shariah Advisory Council of BNM
  • Shariah advisor registered with SC
  • Shariah Consultant of Barclays Capital London
  • Shariah Advisory Board of ABSA Islamic Bank, South Africa

Qualification:

  • PhD in Shariah, University of Wales
  • MA in Shariah, Cairo University
  • Degree in Shariah, Al-Azhar University, Cairo

11. Dr. Muhammad Anwar Ibrahim
 Chairman of Fatwa Commission, National Shariah Committee, National
Council of Ulama Indonesia (MUI) 

Dr. Muhammad Anwar Ibrahim

Shariah advisory:

  • Vice Chairman of Shariah Advisory Committee, PT Bank CIMB Niaga Tbk
  • Internal Shariah Control Committee, Bank Muamalat Indonesia.
  • Member of Syariah Supervisory Board, PT Permodalan Nasional Madani and
  • Consultant to Muamalat Institute

Qualification:

  • PhD & MA in Comparison Usul-Fiqh, Al-Azhar University, Cairo
  • Degree in Shariah, Institut Agama Islam Negeri, Palembang

ASB: Antara Kehendak Rakyat vs Kepatuhan Shariah

Dialog yang tak mahu kita dengar:

A: ASB haram. Ini salah pemerintah.
B: Ok, jangan simpan dalam ASB.

A: Lambat sangat. Apa susah sangat nak tukar ASB jadi halal? Dari PM orang Islam, orang PNB pun ramai Islam.
B: Sabarlah. Duit ASB bukan seribu dua, tapi berbilion.

A: Alasan. Takde political will. Ini kalilah!
B: Tapi kan, kalau betul-betul nak ikut Shariah, ASB ke, KWSP ke, TH ke kita tak boleh ada elemen guarantee macam guaranteed return.  Sebabnya PNB, KWSP, TH dimiliki oleh kerajaan secara langsung & tak langsung. Kalau 3rd party guarantee boleh. Kalau orang ramai, rakyat boleh terima actual performance, maka mudah untuk bertukar cara yang patuh Shariah.

A: Ha? Apa maksud tu?
B: Begini. Kalau ada untung, diorang bagi return. Kalau takde untung, kita tak dapat apa-apa dan kena terima kerugian. Actual performance.

A: …
B: Kalau tak silap ada undang-undang kata kerajaan akan memastikan KWSP misalnya untuk bagi paling sikit 2.5% setahun. Mesti bagi juga return, kalau KWSP tak bagi kerajaan akan pastikan pencarum dapat.

A: Kan tugas pemerintah memastikan kebajikan rakyat terjaga. Baguslah kalau kerajaan menjamin pulangan tu ada. Itu duit rakyat.
B: Iyalah, dari satu sudut bagus. Tapi tak jadi patuh Shariah lah. Sebab seolah-olah kerajaan menjamin dirinya sendiri. Islam tak bagi perkara macam tu.

A: Ah, itu tugas pemerintah. Kebajikan rakyat mesti dijaga. Yang penting jadikan dia halal dan aku dapat return aku tetap tiap-tiap tahun. Aku rakyat. Pemerintah kena jaga kebajikan rakyat.
B: (Senyum)

Baca Pakdi.net Melalui Emel

Pejabat tak bagi access internet?
Terlalu sibuk di pejabat dan tidak punya masa melayari blog ini?
Lebih selesa membaca artikel Pakdi.net melalui emel?

Usah khuatir. Ada penyelesaiannya.

Isi emel tuan puan di ruang di bawah berikut.

Sebarang artikel baru yang diterbitkan akan dihantar antara jam 7 pagi – 9 pagi pada hari berikutnya.

Enter your email address:

5 Sumber Duit Memulakan Pelaburan Sendiri

Melabur lah dengan duit lebihan.

Jika duit gaji sentiasa tidak cukup setiap bulan, baca ebook Panduan Cashflow, betulkan dulu situasi kewangan dah berjaya ada simpanan dan selepas itu barulah melabur.

Berikut adalah 5 sumber duit bagi memulakan pelaburan sendiri.

1. Duit Bonus

Ada syarikat yang memberikan bonus tahunan sehingga setahun gaji. Kalau sebulan gaji RM 3,000, maka bonus yang diterima adalah RM36,000. Wow. Gunakan sebahagian untuk melabur dan sebahagian lagi untuk kegunaan anda sendiri.

2. Duit Harta Pusaka

Ini durian runtuh.

Namun jika kita menerima harta pusaka dalam keadaan tidak bersedia, sila berhati-hati. Sebabnya duit pusaka tersebut selalunya habis lebih cepat dari yang kita sangkakan.

melabur dalam pasaran saham

3. Duit dari dividen ASB & Tabung Haji

Dividen yang diterima dari ASB dan Tabung Haji juga merupakan cashflow yang diterima setiap tahun. Duit lebih juga. Modal asal masih tersimpan di dalam akaun.

4. Duit dari untung bisnes

Jika kita ada buat bisnes selain dari bekerja secara full time, maka itu adalah lebih baik. Kita ada banyak duit lebih untuk terlibat di dalam pasaran saham atau lain-lain jenis pelaburan.  Jadi, buat bisnes dapat membantu anda ada duit lebih dengan lebih cepat.

5. Duit Simpanan Khas Untuk Pelaburan

Buat satu tabung khas yang memang kita akan gunakan untuk melabur.

Misalnya kita mampu simpan RM 300 sebulan, maka RM 100 itu letak tabung khas pelaburan. Cukup modal yang dikehendaki dapatlah kita memulakan pelaburan sendiri. Jika rugi, tunggu semula tabung khas tersebut penuh ya.

3 Perkara Yang Perlu Disegerakan Selepas Mati

Apabila berlaku kematian, cepat-cepat buat perkara berikut:

  1. Uruskan jenazah si mati
  2. Selesaikan hutang si mati
  3. Urus pusaka si mati

Pengurusan jenazah merupakan fardhu kifayah. Anak-anak / waris terdekat merupakan orang utama yang patut menguruskan jenazah ibu bapa mereka. Jangan tahu kira harta yang ditinggalkan sahaja.

Selesaikan Hutang Bagi Pihak Si Mati

Ayat terpanjang di dalam Al-Quran merupakan ayat yang menerangkan tentang hutang. Ayat 282 surah al-Baqarah ini bermula dengan:

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu ada urusan hutang yang perlu diselesaikan pada tempoh masa tertentu, maka catatlah …

Ayat ini menunjukkan setiap hutang perlu dicatat. Kerana hutang bukan perkara main-main.

Dalam satu hadis, Nabi Muhammad S.A.W tidak mahu solatkan jenazah yang masih berhutang sehingga Sahabat bernama Abu Qatadah menjamin hutang tersebut.

Pernah didatangkan jenazah kepada Nabi saw untuk disolat, namun Baginda bersabda: “Solatlah untuk sahabat kalian. Sesungguhnya ia masih mempunyai hutang.”

Abu Qatadah lalu berkata, “Aku yang menjaminnya.”
Nabi saw bertanya lagi, “Dengan sempurna?”
Abu Qatadah menjawab, “Dengan sempurna.”

Dan hutang yang menjadi tanggungan jenazah itu adalah 18 atau 19 dirham. (Hadis Sahih direkodkan oleh Imam Ibn Majah)

Justeru, pastikan orang yang rapat dengan kita khususnya pasangan tahu mengenai semua hutang-hutang kita. Siapa lagi yang dapat menguruskan hutang tersebut kalau bukan pasangan kita sendiri?

Maka sila pastikan catatan harta & hutang ini dibuat dengan baik dan sistematik seperti yang ditunjukkan dalam ebook Panduan Cashflow.

Isteri Jarang Letak Suami Sebagai Penama

Kebanyakan isteri jarang sekali meletakkan nama suami sebagai penama harta mereka.

Antara sebabnya? Tak mahu suami mereka berkahwin lagi. Atau dalam maksud sebenarnya, tidak percaya kepada suami.

Sedangkan masa bercinta berjanji mahu memetik bintang di langit. Berenang dalam lautan api. You jump, I jump. Di manakah bara api percintaan yang pernah berputik di hati satu ketika dahulu? Oh…

Perkara ini menyebabkan hutang piutang dan harta pusaka lambat diuruskan dengan baik. Ada isu harta sepencarian barangkali. Letak nama ibu bapa yang barangkali telah tua yang menyukarkan mereka turun naik pejabat tertentu untuk menuntut harta. Letak nama anak yang barangkali masih belum cukup umur untuk menguruskannya kelak.

Urusan Harta Pusaka

Seterusnya urusan harta pusaka.

Malangnya dalam masyarakat kita, harta pusaka ini dianggap taboo untuk dibincangkan. “Kubur arwah masih merah, sudah buka cerita tentang harta pusaka.”

Walhal, ketika itulah masa yang paling sesuai untuk berbincang kerana semua waris berkumpul pada satu tempat. Terus dapat berbincang dan capai kata sepakat. Nak berkumpul semula agak susah, nak tunggu raya baru ada semua waris, itupun kalau semua balik kampung. Akibatnya, tuntutan harta pusaka mengambil masa bertahun-tahun lamanya dan akhirnya dibiarkan beku di Amanah Raya tanpa ada sebarang tuntutan.

Islam & Harta

Islam sebenarnya menggalakkan umatnya menjadi harta & berharta.

Sebelum kita wujud lagi, bapa kita wajib membayar mas kahwin. Apabila kita lahir, sunat membayar sedekah dan membuat aqiqah seekor sekiranya perempuan dan 2 ekor sekiranya lelaki. Malah, ketika kita mati kelak urusan hutang amatlah serius. Jika tidak masakan Nabi saw enggan solat jenazah yang masih berhutang.

Fahamilah, ilmu pengurusan kewangan ini penting bukan hanya ketika kita hidup tetapi juga digunakan selepas pemergian kita nanti.

Saya Miskin Tidak Berharta, Bagaimana Saya Mahu Bersedekah ?

Pada zaman Nabi Muhammad saw dahulu, ada Sahabat saw yang miskin.

Ada juga Sahabat Baginda yang kaya raya.

Maka apabila para Sahabat yang kaya raya ini mewakafkan tanah, banyak menyediakan logistik peperangan dan banyak bersedekah & berzakat maka para Sahabat yang fakir & miskin ini berasa sedih. Maklumlah, para Sahabat yang jutawan itu juga sama-sama berperang, bersolat & berpuasa.

Sahabat yang fakir & miskin ini sedih. Cemburu kerana ada ibadat yang mereka tidak dapat buat. Bagaimana mereka dapat memperoleh pahala sedekah sama seperti Sahabat yang kaya?

Apa yang Nabi saw buat?

  • Adakah Baginda saw menghukum para Sahabat yang kaya dengan bebanan cukai disamping kewajipan zakat supaya jurang pendapatan Sahabat yang kaya dan miskin semakin merapat ?
  • Adakah Baginda saw memberikan peluang bisnes kepada para Sahabat yang miskin melalui kuota-kuota tertentu?
  • Adakah Baginda saw membuat kawalan harga barang asasi?

Nabi Muhammad saw bukanlah seorang yang buta yang tidak tahu yang mana Sahabat yang miskin dan Sahabat yang kaya. Secara logik akalnya, cara paling popular adalah menyama ratakan pendapatan Sahabat yang kaya dengan Sahabat yang miskin biar mereka sama-sama ada lebihan duit untuk bersedekah.

Nabi saw boleh sahaja menyuruh para Sahabat yang kaya bagi separuh harta mereka kepada para Sahabat yang miskin.

Kan?

Barulah dikatakan pemimpin rakyat. Barulah berkebajikan. Barulah merasai denyut nadi rakyat.

Dari Abu Dzar r.a:

Beberapa orang Sahabat Nabi saw pernah berkata kepada Baginda: Kaum hartawan memperolehi pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti kami solat, puasa seperti kami puasa dan bersedekah dengan sisa harta mereka.

Nabi saw menjawab: Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah? Setiap kalimah tasbih adalah sedekah, setiap kalimah takbir adalah sedekah, setiap kalimah tahmid adalah sedekah, setiap kalimah tahlil adalah sedekah, amar makruf dan nahi mungkar (mengajak kepada kebaikan dan melarang kepada yang mungkar) adalah sedekah, bahkan pada kemaluanmu pun terdapat pula unsur sedekah.

Mereka bertanya: Kalau begitu, adakah kami mendapat pahala jika kami memuaskan nafsu syahwat kami?

Jawab Nabi saw: Jika kamu melakukannya dengan yang haram, tentunya kamu berdosa. Sebaliknya jika kamu melakukannya dengan yang halal, kamu mendapat pahala.

(Direkodkan oleh Imam Bukhari)

MasyaAllah.

Bersetubuh, berjimak, melakukan seks dengan suami / isteri pun dapat pahala sedekah.

Inilah cara Nabi Muhammad saw.

Justeru, jika kita memilih jalan kekayaan dan diberikan kekayaan, jangan lupa membayar zakat & membanyakkan zakat. Jika kita belum berharta, banyakkan lah berselawat dan amar ma’ruf nahi munkar dan melepaskan nafsu syahwat dengan cara yang halal sebagai cara lain bersedekah.

$100 Start Up

review buku $100 startup

Sebuah buku yang menarik untuk dibaca.

Sarat dengan kisah-kisah yang menginspirasikan.

Kisah kejayaan usahawan yang bermula dengan apa yang ada di tangan dengan modal serendah $100 sahaja. Penulis memasukkan kajian kes sebenar menunjukkan mereka yang bermula dengan modal yang minimum juga mampu menjana pendapatan sehingga ratusan ribu dollar sebulan sekaligus membuktikan bahawa modal bukan lagi suatu halangan pada zaman sekarang.

Penulis, Chris Guillebeau, merupakan seorang usahawan, traveller, penulis buku, menjalankan perniagaan ketika sedang mengembara ke seluruh dunia dengan hanya berbekalkan laptop dan talian internet sahaja.

Dalam tempoh 11 tahun, beliau telah mengembara ke 193 buah negara di seluruh dunia. Ini bermakna, di dalam setahun, 17 buah negara akan dilawati bersamaan 1-2 buah negara sebulan.

Wow. Pencapaian yang menarik.

3 Kajian Kes

1. Brandon Pearce merupakan seorang guru piano yang menetap di Utah. Kerjaya sebagai guru piano merupakan kerjaya yang diminati beliau. Tetapi, masalah utama yang dihadapi oleh beliau adalah dari sudut pengurusan. Amat melecehkan untuk melakukan kerja-kerja pengurusan seperti penjadualan kelas, mengutip yuran, kelas ditunda, pelajar tidak hadir, silibus pembelajaran dan sebagainya. Beliau melihat masalah itu sebagai peluang untuknya melakukan sesuatu. Akhirnya Music Teacher Helper diwujudkan untuk membantu para guru muzik menguruskan aktiviti mereka. Hasilnya, bisnes tersebut memberi pulangan sebanyak $360,000 setahun.

2. Pakar Spreadsheet/Excel. Itulah gelaran bagi Bernard Vuka. Seorang programmer dan developer yang mahir menggunakan aplikasi spreadsheet. Beliau membantu syarikat-syarikat untuk membina dan mengubah suai spreadsheet application bagi menguruskan jumlah data yang besar. Selepas berjaya mendapat $720 sehari, beliau menumpukan perhatian untuk mengembangkan lagi bisnes tersebut.

3. Kyle Hepp memulakan perniagaan sebagai jurugambar perkahwinan selepas beliau terlibat di dalam kemalangan dan dalam masa yang sama suaminya diberhentikan kerja. Tidak ada sumber pendapatan menyebabkan mereka mencari idea untuk mencari duit bagi menampung kos hidup seharian. Beliau tidak menyangka kemahiran yang ada pada dirinya boleh dijadikan sebagai perniagaan yang menguntungkan. Beliau kini mendapat undangan dari seluruh dunia dan perniagaan beliau menjana $90,000 setahun.

Banyak lagi kajian kes dan kisah kejayaan yang diceritakan di dalam buku ini. Semuanya bermula dengan apa yang ada di tangan dan secara kecil-kecilan.

5 Nasihat Chris Guillebeau

1. Gunakan kemudahan teknologi yang ada untuk memulakan perniagaan dengan kos yang rendah.

2. Over deliver. Berikan servis yang terbaik kepada pelanggan.

3. Giving value. Bantu orang lain merupakan faktor terpenting di dalam bisnes. Jika bisnes kita dapat membantu orang lain menyelesaikan masalah mereka, memudahkan kerja mereka, maka bisnes tersebut pasti mendapat sambutann.

4.  Buat keputusan bisnes apa yang kita mahu mulakan. Kita tidak boleh buat semua perkara di dalam satu masa. Benda yang kita mahir boleh dijadikan sebagai perniagaan, Masalah orang lain juga merupakan peluang untuk kita buat duit. Yang penting adalah bermula walaupun serendah $100.

5. Work on business. Fokus untuk mengembangkan perniagaan sedia ada. Apabila bisnes semakin berkembang, pemilik bisnes perlu mengurangkan kebergantungan bisnes tersebut kepadanya. Bisnes tetap berjalan walaupun pemiliknya tiada.

Banyak lagi nasihat dan panduan yang diberikan oleh penulis di dalam buku ini. Setiap nasihat disertakan dengan contoh dan ilustrasi supaya pembaca dapat memahami dengan lebih jelas apa yang ingin disampaikan. Amat sesuai bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan dengan kos yang rendah.

Selamat membaca :)

Sudah Terlanjur… Apa Perlu Saya Buat?

Soalan yang diterima dari FB Page:

Assalamualaikum Tuan Suzardi,

Jika sekarang saya guna bank yang tidak islamik untuk pinjaman membeli rumah kemudian nak menukarkannya kepada bank islamik boleh ke atau saya kena habiskan aje pembayaran tu…

HCS

Jawapan:

Waalaikumussalam Cik Puan,

1. Tindakan paling baik adalah Cik Puan buat refinancing semula pembiayaan rumah tersebut menggunakan pembiayaan secara Islamik.

2. Namun sekiranya setelah mengira kos refinancing dan mendapati kosnya sangat membebankan maka dapat teruskan terlebih dahulu loan berkenaan.

3. Jika dalam situasi #2, maka kena sentiasa memantau harga semasa rumah tersebut, kadar pembiayaan & kemampuan kredit kita. Semoga niat yang baik untuk kembali kepada pembiayaan Islamik ini dipermudahkan.

Amin.

12 Rangkuman Berita Menarik Sepanjang Minggu

1. KLCI menunjukkan peningkatan sebanyak 0.48% dibuka pada 1,698.16 mata pada hari Isnin dan ditutup pada 1,706.28 mata pada hari Jumaat.

2. CIMB melebarkan sayap perniagaan mereka dengan memasuki pasaran India ; menubuhkan investment banking di Mumbai selepas mendapat stock broking license daripada Securities and Exchange Board of India (SEBI).

3. Datuk Shahril Ridza Ridzuan dilantik menjadi CEO EPF yang baru menggantikan Tan Sri Azlan Zainol. Sebelum ini beliau bertanggungjawab merangka dasar dan strategi pelaburan bagi pengurusan dana yang terbesar di Malaysia itu.

4. Petronas rancang perbesarkan operasi ke Brazil, cadang beli 40% saham di dalam syarikat OGX Petroleo & Gas Participacoes SA dengan nilai RM3 billion.

5. Disebabkan kesedaran tentang perlunya menjaga kesihatan dan kebersihan dengan lebih baik menyebabkan peningkatan export rubber glove dari Malaysia ke Amerika Latin. Di Bursa Malaysia, banyak syarikat berhad yang menjadi pengeluar utama dunia seperti Top Glove, Supermax, Hartalega, Latexx Partners dan lain-lain.

6. Pelaburan Hartanah Bhd. (PHB) dan Maybank Asset Management Sdn. Bhd. mengumumkan agihan pendapatan interim 3.25 sen seunit untuk Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Mac 2013.

7. Maybank perkenalkan Maybank2U Pay, bantu usahawan uruskan transaksi secara online. Sistem pembayaran automatik ini menyediakan maklumat lengkap transaksi seperti nama, email, tarikh dan masa pembayaran dilakukan. Pembeli dan penjual masing-masing akan menerima notifikasi sejurus selepas pembayaran selesai dilakukan. Pembeli tidak perlu lagi menghantar bukti pembayaran kepada penjual. Mirip sistem Paypal, memang mudah hendak berniaga selepas ini.

8. Syarikat tempatan jana RM76 juta di Rusia. Sebanyak 11 syarikat tempatan menyertai pameran MosBuild 2013 di Rusia yang merekodkan kehadiran 100,000 pengunjung ke pameran tersebut. Syarikat anak tempatan kini hebat-hebat belaka.

9. Petronas Dagangan Berhad dapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk terbitkan sukuk bernilai RM2 billion.

10. PNB anjurkan Minggu Amanah Saham (MSAM) edisi khas yang ke-14 di Kangar, Perlis. Program ini akan bermula pada 20 – 27 April ini. Tujuan utama penganjuran ini adalah untuk memberi maklumat tentang pelaburan dan pengurusan kewangan kepada pengunjung yang hadir.

11. Kisah bagaimana Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat berjaya menyelamatkan Bank Islam daripada bankrap pada tahun 2006. Tekanan yang dihadapi beliau menyebabkan beliau tidak dapat tidur lena memikirkan cara bagaimana untuk menyelamatkan bank tersebut. Kini, Bank Islam mampu bangkit semula dengan mencatat keuntungan sebanyak RM490.4 juta. Jumaat lalu, beliau dianugerahkan Trailblazer Award 2013 oleh Banking and Payments Asia di Singapura diatas pencapaian beliau itu.

12. Akujanji & manifesto Barisan Nasional & Pakatan Rakyat dijangkan menelan belanja antara RM 12.48b – RM 25.62b dalam tahun pertama selepas PRU13 dan jumlah tersebut belum termasuk projek berskala besar.