Orchard Homestay Hulu Langat: Percutian Kampung Di Pinggir Kuala Lumpur

Barangkali kita merindui suasana kampung.

Makan durian, langsat dan manggis.

Mandi sungai.

Memancing ikan.

Dan pelbagai lagi. Bagaimana hendak memastikan anak-anak hari ini masih dapat menikmati apa yang kita rasa satu masa dulu.

Mengejar ayam keliling kampung. Mandi air bukit yang sejuk dan menyegarkan. Kedinginan malam yang menusuk tulang.

Kerajaan negeri Selangor memperkenalkan satu konsep yang baik, asset based development community (ABCD) antaranya mengenalpasti kampung-kampung tertentu yang dapat dibangunkan sebagai homestay. Ini dapat menggalakkan kegiatan ekonomi setempat khususnya yang mulai ‘mati’ apabila anak-anak kampung keluar ke bandar.

Saya masih ingat apa yang Tun Daim sebut satu ketika dahulu, “Orang Melayu ada tanah (secara percuma) tepi pantai jual, untuk dapat untung singkat. Kemudian, orang yang beli tanah tu bangunkan resort.”

Maka penduduk Kampung Jawa Batu 18, Hulu Langat Selangor bersepakat untuk membangunkan homestay di kampung mereka dengan bantuan kerajaan negeri. Lokasi yang cuma 30 minit dari Kuala Lumpur ini masih dikelilingi dengan bukit bukau, air terjun dan sungai yang jernih.

Homestay ini dikenali sebagai Orchard Homestay. Diketuai oleh Tuan Ir Hj Muhammad Suyat b Hj Ab Kadir dan isterinya Puan Hajah Roliyah Hj Siraj bersama-sama penduduk memberikan kita peluang menikmati suasana kampung berhampiran dengan Kuala Lumpur.

Tn Hj Suyat dan isteri bersama tetamu istimewa, juara Masterchef musim pertama Ezani.

Durian baru jatuh dari pokok. Hanya pada waktu musim buah.

Jangan biarkan anak kita hanya memancing dalam aplikasi smartphone!

Macam-macam yang kita boleh buat di sini. Ada penduduk yang mempunyai kuda. BBQ tu boleh sahaja. Malah berhampiran dengan gunung Nuang yang terletak di Ulu Pangsun.

Ya, Malaysia ini masih banyak tempat menarik untuk dilawati. Dan tuan puan yang berminat untuk bercuti-cuti di sini sambil membuat aktiviti boleh berhubung terus dengan pihak Orchard Homestay Hulu Langat Selangor melalui talian, 03-90212089 /  019-2768120  (Hj Suyat) /   019-3653751  (Cikgu Roliyah).

Maklumat lanjut ada di laman Facebook -> Orchard Homestay Hulu Langat

Sharing is caring: