Orang Kaya Tidak Merokok

Dulu apabila rokok mula dijual, ia disasarkan untuk orang-orang kaya.

Bayangkan, zaman dulu nak beli seluar dalam pun tiada duit, inikan pula nak beli rokok berjenama.

Sila tengok gambar-gambar lama datuk nenek, mak bapak kita yang lahir sebelum perang dunia ke-2. Pergi studio untuk ambil gambar berkaki ayam sahaja sebab tak mampu nak beli selipar.

Apabila zaman berubah, semakin ramai orang sedar bahaya merokok. Makin ramai mula berhenti merokok … khususnya di kalangan orang-orang kaya. Manakala, jumlah perokok semakin banyak di kalangan middle-class dan orang miskin.

Ini yang sedang berlaku di Amerika Syarikat.

Hanya 1 dari 10 penduduk di kawasan orang kaya yang merokok.

Manakala 4 dari 10 penduduk di kawasan orang miskin, yang merokok.

Bagaimana agaknya trend di Malaysia?

Baca: Smoking Proves Hard to Shake Among the Poor

 

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.