≡ Menu

Orang Beriman Menyempurnakan Perjanjian

Awfu bil uqud.
Honour your contract.
Sempurnakan perjanjian.

Kita perlu betul-betul faham ayat ini.

Wahai orang-orang yang beriman, sempurnakanlah perjanjian. (al-Maidah:1)

Setiap hari kita memasuki perjanjian.

Perjanjian beli nasi lemak. Perjanjian naik LRT. Perjanjian beli susu anak di Giant.

Apabila urusniaga yang besar, barulah kita memasuki perjanjian bertulis. Tandatangan perjanjian yang disediakan oleh peguam misalnya. Macam beli rumah. Beli takaful. Atau buka akaun jual beli saham.

Perjanjian bermaksud ada hak dan tanggungjawab yang kena disempurnakan. Sebagai pembeli, kita kena bayar apabila mendapat produk atau servis diberikan. Manakala, sebagai penjual kita kena memenuhi janji-janji kita.

Malangnya, dalam hidup ramai orang menipu. Walaupun dah tandatangan perjanjian berpuluh-puluh mukasurat. Ada sahaja cara nak pusing untuk lari dari tanggungjawab. Konon-kononnya perkataan itu maksudnya lain. Tak percaya tanya peguam.

Jika kita benar-benar memahami ayat di atas, perjanjian 1 mukasurat pun mencukupi sebagai rekod bertulis. Lebih tebal perjanjian yang kita tandatangan selalunya bermaksud lebih kurang kepercayaan yang ada.

Maka bersedialah menghadapinya perkara sebegitu. Selaku pelanggan biasa-biasa, memang kita selalu kalah apabila berhadapan dengan budak-budak besar yang tidak mahu memenuhi perjanjian.

Penulis: Suzardi Maulan (Pakdi) merupakan seorang investor, financial planner & trainer. Sekiranya kalian nak tahu dengan lebih banyak pasal pelaburan saham, sila klik sini: Nota Tutorial Saham.