Negara Islam perlu kekal guna wang kertas, kata Dr Murat Cizakca

Saya tidak hadir dalam syarahan umum ini semalam, melainkan cuma dapat membaca nota syarahan Dr Murat Cizakca. Ada beberapa perkara yang beliau bangkitkan menarik untuk kita fikirkan, cuma persoalan lain yang muncul tidak dapat dikemukakan terus kepada beliau.

Berikut adalah laporan Bernama:

Negara Islam perlu kekal guna wang kertas

NEGARA Islam perlu terus menggunakan mata wang kertas dan bukan dinar emas kerana sejarah telah membuktikan bahawa sistem duit syiling itu boleh meningkatkan kadar faedah, dan menyukarkan kawalan inflasi.

Profesor Sejarah Ekonomi Perbandingan di Pusat Antarabangsa bagi Pendidikan dalam Kewangan Islam (INCEIF), Dr Murat Cizakca, berkata wang sepatutnya berperanan sebagai alat pertukaran, bukan komoditi.

“Kita perlu terus menggunakan mata wang kertas, dan bank pusat yang mengawal mata wang kertas wajar mempunyai kuasa penuh,” katanya dalam syarahan umum bertajuk ‘Dinar Emas Islam: Mitos dan Realiti’ anjuran Persatuan Profesional Kewangan Islam Berkanun dan INCEIF di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, bekalan emas dikuasai oleh negara bukan Islam.

“Dinar emas akan terdedah kepada spekulasi memandangkan harga emas juga turun dan naik, justeru, negara Islam wajar terus menggunakan mata wang kertas dan meningkatkan perdagangan sesama mereka dan akhirnya bersetuju menggunakan mata wang kertas yang sama pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Perancangan Strategik Bank Islam Malaysia Bhd, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, yang mengulas pendapat Cizakca, berkata: “Dalam sejarah, sudah terbukti penggunaan mata wang berasaskan komoditi tidak membantu mengekang inflasi.”

Beliau berkata, apabila inflasi tidak dapat dikawal, gaji sebenar rakyat turut jatuh.

“Peranan mata wang ialah sebagai alat perantara pertukaran, dan apabila mata wang berasaskan komoditi, nilai mata wang akan banyak bergantung kepada komponen komoditi dan kita tidak dapat lari daripada naik turun”, katanya. – BERNAMA

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner, penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang dan 2 tutorial online; Panduan Cashflow & Panduan Saham Untuk Pelabur Baru. Sila klik sini untuk membaca profil penuh.

26 comments… add one

  • Amin007.Ledang Jan 31, 2011

    inflasi tetap ada juga tak. kalau barang tak ada,
    ada duit pun tak guna.

    ada sejarah juga wang kertas terlibat dengan inflasi kalau bank negara tak kawal

    • khairi May 23, 2011

      tak tengok kt negara zimbabwe ke. ataupun kt negara kita ni 1945 jaman duit daun pisang..ape komen pakdi?..harap sgt beri respond pada artikel di atas

  • antupips Jun 24, 2011

    izinkan tumpang input,

    pada pndgn sy, tak tepat utk menolak penggunaan emas dan perak sbg matawang semata-mata kerana emas dan perak merupakan komoditi boleh-niaga (precious metal).

    ini kerana, matawang kertas yang kita gunakan sekarang juga merupakan komoditi boleh-niaga (forex),

    malah, kecairan (turun-naik harga) wang kertas adalah lebih tinggi berbanding kecairan precious metal, kerana precious metal mempunyai nilai dan kegunaan tertentu (sentiasa bernilai) sedangkan nilai wang kertas boleh jatuh sampai 0.00 (takde harga mcm duit jepun sekarang – kecuali utk collector jelah).

    begitu juga, wang kertas boleh dicetak sesuka hati walaupun negara takde duit (seperti di US), menyebabkan nilainya boleh burst dan jatuh merudum bila-bila masa.

    so utk fungsi mudarabah, tentulah penggunaan precious metal lebih stabil.

    apa yg kita nak lihat sekarang, bukanlah kita semua nak bawak emas perak kehulu kehilir nak beli barang, tu tak praktikal. Tapi kita nak penggunaan wang yang betul2 bersandarkan emas/perak atau apa-apa komoditi yang sah ada nilai, bukan yang sewenang-wenangnya boleh dimanipulasi oleh sentimen pasaran. Dan yang paling kekal dan tahan utk tujuan ini tentulah logam seperti emas dan perak.

    p/s: Tunggu jelah US dollar jatuh sampai 0.00, agaknya masa tu baru semua negara tobat dan sandarkan duit pada precious metal, bukannya US dollar lagi. (mcm kita buat zaman darurat dulu).

    Wallahu’alam.

  • pakdi Aug 10, 2011

    Asian stocks bounce back on Fed announcement

    HONG KONG — Asian stocks rallied in early trade Wednesday, part of a global uptick after the US Federal Reserve pledged to keep interest rates near zero for at least two years.

    Markets in the US jumped after a dovish Fed admitted economic growth this year had been “considerably slower” than expected, and indicated inflation fears had eased.

    The bank’s policy committee stopped short of offering a successor to the $600 billion “QE2″ stimulus program that wound up in June, though it said it was reviewing available tools to boost a slowing economy.

    But the announcement on interest rates was enough to give at least a temporary bounce.

    Wall Street staged an impressive rally in the final minutes of New York trade, with the Dow index of 30 blue-chip stocks up 430 points, or 3.98 percent, to 11,239.77. The index had been 200 points down 45 minutes before the close.

    The broader S&P 500 climbed 4.74 percent, while the tech-heavy Nasdaq jumped 5.29 percent.

    Those gains came on the heels of a turnaround in Europe, where falls as large as six percent were reversed.

    London’s FTSE-100 index gained 1.89 percent and in Paris the CAC-40 rose 1.63 percent. In Frankfurt the DAX slipped 0.10 percent.

    Asian markets took up the baton at the start of a new global day, with Tokyo ending its morning session up 1.15 percent. Sydney had added 2.68 percent by around noon and Seoul was up 1.04 percent, paring early strong gains that had seen the market open 4.22 percent up.

    Hong Kong was up 3.41 percent after a disastrous showing on Tuesday when it lost 5.66 percent, while Shanghai gained 1.28 percent.

    “Market sentiment hasn’t stabilised yet, so while we’ll likely see a relief rally today, it’ll be a rocky path to recovery,” Toshiyuki Kanayama, market analyst at Monex, said.

    In Seoul the decision to ban the short-selling of all listed stocks for three months effective from early Wednesday helped to cool the selling frenzy.

    “But it’s hard to estimate the extent of anticipated KOSPI gains for the day, given such steep losses in recent days and the (Dow’s) surge,” Tong Yang Securities analyst Lee Jae-Mahn told Dow Jones Newswires.

    Sentiment was positive in Sydney, which staged a stunning turnaround on Tuesday to fully recover from a slump of more than 5.5 percent.

    “It’s a much more pleasant open to Australian trade today as stocks follow the big snap-back rally on Wall Street,” said IG Markets analyst Ben Potter.

    “Whilst it is very positive to see the gains, the big question is going to be how long the rally lasts before participants are faced with the question of whether this is just a bounce, like it usually is, or is actually a meaningful bottom.”

    Crude recovered a little in tandem with Asian equities, with New York’s main contract, light sweet crude for delivery in September, up $1.72 to $81.02 per barrel.

    Brent North Sea crude for September delivery added $1.84 to $104.41.

    The gains came on the back of recent steep falls and despite the downbeat assessment of economic prospects in the US, the world’s largest oil consumer.

    Gold opened in Hong Kong at $1,753.80 to $1,754.80 dollars an ounce, up from its stateside close around $1,744, but well down on the record high it hit in volatile Tuesday trade above $1,780.

    The dollar trod water against the yen, trading at 77.00 yen in Tokyo, little changed from 76.94 yen in New York late Tuesday.

    The euro was also rangebound against the dollar and the yen. The European common currency inched down to $1.4357 from $1.4374 while it edged higher to 110.56 yen against 110.50 yen.

    Copyright © 2011 AFP. All rights reserved

  • pakdi Aug 10, 2011

    Berdasarkan nota syarahan beliau, zero-interest rate dapat dicapai dengan duit kertas. Sila tinggalkan komen dengan emel yang betul kepada sesiapa berminat untuk membaca nota syarahan tersebut.

    • raja mohd hafiz Aug 10, 2011

      aku minat aa Pakdi, minta forward.. Thanks

      • pakdi Aug 11, 2011

        done bro.

        • shaq Aug 20, 2011

          nk mintak tlg anta emel Pakdi. thanks

    • Amin007.Ledang Aug 20, 2011

      aku pun nak juga

      • pakdi Aug 23, 2011

        Sudah diemelkan kepada shaq dan Amin007.

        • narfey Sep 12, 2011

          saya pon berminat dgn nota tersebut. minta tolong forwardkan. tq

          • Pakdi Sep 12, 2011

            sent.

    • Hadi Apr 26, 2014

      Berminat untuk membaca nota syarahan tersebut

  • im Aug 11, 2011

    ni sume dakyah jahat je..
    gune la emas dengan perak…..
    nabi muhammad guna emas dan perak…yakin lah dengan islam

    ade yang kate pulak bawak emas dan perak ni, berat poket la
    pikir la….1g dah RM180, 1kg dah RM180 000
    1g berat mane je….xkan ko nak bawak 1kg emas yang bernilai RM180 000.
    mane ade orang hari-hari bawak RM180 000 cash dalam poket….warren buffet pun xbuat camtu la

  • ADIHANIF Aug 12, 2011

    1. TAK SALAH menggunakan selain emas dan perak sebagai matawang, asalkan bebas dari riba dan ikut hukum masrafiyah. kalau sesiapa yang belajar fiqh muamalat, akan sedar bahawa bila islam datang ke tanah arab, islam hanya mengharamkan apa yang dianggap menindas dan mengambil harga secara zalim, yang antaranya riba. emas telah diguna pakai sebelum nabi datang lagi. begitu juga kontrak2 lain seperti wakalah, ijarah, mudharabah dan lain2. tidak diharamkan emas tapi meletakkan limitasi iaitu emas dengan emas, sama nilai dan spot. dan ruling ini terpakai juga kepada apa juga bentuk matawang.

    2. PADA zaman sekarang, emas bukan matawang dalam masa sama adalah komoditi. bila sebut komoditi, ada index harga. bila ada index harga akan bergantung kepada permintaan dan penawaran. harga emas naik sebab permintaan naik, dia akan terus naik selagi permintaan tinggi, sampai akan ada satu tahap tepu, nilai emas yang disandarkan pada MYR ni akan jatuh juga atas sifatnya sebagai komoditi, dan ini tidak mustahil. maknanya bila ia dianggap sebagai komoditi, ia jugak tak terlepas dari flactuation dan memberi kesan inflation kepada ekonomi.

    3. LALU apa beza emas sebagai matawang dan emas sebagai komoditi? Emas sekarang TIDAK sesuai boleh digunakan sebagai matawang selagi ia dipakai sebagai komoditi sebab ia tidak boleh menggambarkan sesuatu harga yang tepat kepada sesuatu barang. Harga sekarang naik dan terus naik menunjukkan ada sesuatu yang tak kena. Untuk menjadikannya sebagai matawang, nilainya harus dipersetujui semua, sedangkan nilai emas dinilai melalui kacamata MYR/USD. Bapa harga 1gram emas rm160. berapa harga seekor kambing?rm400,berapa harga kambing dalam nilaian emas? 3gram?4gram?tak mustahil ia akan jadi 1gram emas..ia langsung tak menggambarkan nilai ekonomi sebenar, sebab harga akan terus naik. Begitu juga dalam nisab zakat sepatutnya menggambar keperluan bagi faqir/miskin bagi setahun., pada nilaian 85gram emas, bersamaan RM13,000,pada tahun ini berbanding pada tahun 2001, harga emas naik 500%, adakah kita nak kata nilai ekonomi kita dan inflasi juga niak 500% sejak 10 tahun lepas?

    4. HUKUM simpanan emas sebagai perhisan memang tak ada khilaf kata boleh. tapi sekarang banyak pihak yang mempromosi emas sebagai pelaburan, sebab nampak potensi keuntungan yang boleh diperolehi dari kenaikan harga emas. Adakah ia juga boleh membawa kepada maksud sekulasi untuk menaikkan harga?Adakah boleh ia dimasukkan dalam konsep monopoli/hoarding bagi mengambil untung dalam kenaikkan harga? Ada perbincangan yang menganggap ia business biasa, dan mendapat keuntungan dari business adalah biasa. Wallahu’lam.

    5. KESIMPULAN perlu dibezakan antara Emas sebagai komoditi sekarang dan sebagai matawang. Ana bersetuju dengan prof di atas, selagi mana EMAS adalah komoditi dan kita juga MUSLIM mengambil untung dari EMAS sebagai komoditi, maka agak mustahil untuk dijadikan sebagai matawang, dan ia juga tak terlepas dari inflasi dan manipulasi oleh sesiapa sahaja. Monopoli dan Hoarding juga tak mustahil berlaku terhadap emas. Nak menjadikan emas sebagai matawang, kita kena lepaskan minda kita bahawa emas sebagai komoditi, dan fokuskan emas sebagai medium menilai barang. Biarlah ia menjadi medium penilai barang terbaik.

    • ar-rumi Nov 4, 2011

      Salam,

      Tuan kata:
      1. “TAK SALAH menggunakan selain emas dan perak sebagai matawang, asalkan bebas dari riba dan ikut hukum masrafiyah.” – Memanag benar, tapi asal wang kertas sekarang adalah dari hutang yang ada riba. Jadi bagaimana wang kertas bebas dari riba?

      “islam hanya mengharamkan apa yang dianggap menindas dan mengambil harga secara zalim, yang antaranya riba.” – Wang kertas menindas dan zalim. Lihat saudara kita di Indonesia sepanjang krisis ekonomi Asia Tenggara tahun 1997-1999. Nilai wang kertas mereka DITURUNKAN dengan begitu banyak sekali. Nilai wang kertas mereka DITURUNKAN oleh orang luar, IMF dan sebagainya. Bukankah ini penganiayaan yang besar? Menindas dan mengambil harta orang secara zalim? Bayangkan tuan sendiri yang mengalaminya… Ini baru satu contoh daripada 1001 realiti yang berlaku.

      2. “bila sebut komoditi, ada index harga.” – Benarkah? Jadi dari zaman Nabi SAW sehingga sebelum Khilafah Uthmaniyyah lemah pada zaman tanzimat sekitar kurun ke-19, Emas dan Perak atau Dinar dan Dirham itu dinilai dengan harga apa? MYR? USD? GBP? Indeks harga apa yang mewakilinya? Jelas Dinar dan Dirham adalah komoditi dan dalam muamalat ia termasuk dalam kategori Nuqud, bukan Fulus. Komoditi lain yang juga dijadikan sebagai wang ialah makanan seperti kurma, barli, gandum dan sejenisnya. Komoditi lain yang dijadikan wang seperti tembaga, besi dan sebagainya adalah termasuk dalam kategori fulus. Di zaman itu, komoditi dijadikan wang. Lihat bicara ini – “Aku jual kepadamu 1 Dinar ini dengan seekor kambing.” Nah, kan Dinar itu juga sebagai komoditi..

      Tuan, buangla angka angka MYR, USD dan sebagainya tu untuk memahami wang sunnah. Benda tu baru wujud sekitar 100 tahun nie. Kembali pada asal, wang sunnah (NUQUD) yang digunakan oleh Sang Nabi SAW, Para Khalifah yang empat dan Khalifah- khalifah penyambung sesudahnya. Rujuk kembali kitab-kitab muamalat yang ditulis SEBELUM kurun ke-20, tuan akan menemui jawapannya.

      3. Seperti yang dikatakan sebelumnya, komoditi dijadikan wang. Titik. Kalau nak faham, tuan naiklah mesin masa, balik kezaman sekurang-kurangnya sebelum tanzimat. Lihatlah di sana bagaimana orang menetapkan harga, bagaimana orang berjual beli, bagaimana orang membayar zakat dan sebagainya. kalau tuan tidak berjumpa mesin masa, carilah kitab yang menceritakan masa tersebut.

      1 dinar itu tetap 4.25g emas 22 karat sejak dari zaman khilafah. dengan berlangsungnya waktu, tidaklah emas itu semakin berkilat atau menjadi semakin tinggi nilainya. Jadi kenapa harga naik? Saya katakan bukan harga yang naik tetapi nilai wang kertas yang menyusut dengan teruk. Kalau harga didalam Dinar naik, bagaimana pada zaman sekarang kita masih boleh membeli seekor kambing pada harga 1 Dinar, sama seperti di zaman Nabi SAW, 1400 tahun yang lampau?

      Tuan tak baca ka kajian oleh Prof Jastram yang bertajuk the Golden Constant? Harga untuk 400-500 tahun dengan menggunakan emas tidak mengalami perubahan yang ketara (constant). Sedangkan wang fiat kita mengalami susut nilai yang teruk tak sampai pun 100 tahun.!

      4. Belajar muamalah secara terperinci termasuk bab zakat. Mudah mudahan dengan harta yang Allah kurniakan menjadi asbab kebaikan bagi kita, bukan sebaliknya.

      5. Kesimpulan terburu-buru saya, saya tidak bersetuju dengan pendapat prof tu. Kerana emas dan perak / Dinar dan Dirham telah terbukti penggunaanya di zaman silam, melangkaui masa ribuan tahun yang cukup lama. Sedangkan wang kertas hanya baru beredar sahaja (ummat Islam baru guna 100+ tahun sahaja).. Paling lama semenjak Dinasti China tapi itupun akhirnya gagal dan balik semula menggunakan emas dan perak.

      “Telah dihiaskan bagi manusia perkara yang disukai oleh nafsu daripada wanita, anak pinak dan harta yang bertimbun dari EMAS dan PERAK…”

      Tuan Rumah, nak juga nota tu boleh?.. Terima kasih.

      • Adi Hanif Nov 4, 2011

        1. Saya memaksudkan ayat di atas, sebab nak buka mata, bahawa HUKUM menjadikan benda selain wang sebagai matawang adalah HARUS. Tak semestinya merujuk kepada matawang kertas sahaja, tapi apa-apa sahaja bentuk matawang lain, juga boleh diterima sekiranya dipersetujui dan,seperti mana saya cakap di atas, mestilah BEBAS RIBA dan MENGIKUT HUKUM SARF. Jangan sempitkan minda kita yang syariah seolah2 MEWAJIBKAN kita pakai emas SAHAJA sebagai matawang.

        2. Saya bercakap ‘KOMODITI DAN INDEX HARGA’ pada zaman sekarang, BUKAN zaman Rasulullah SAW. Saya percaya wang tidak boleh sekali2 menjadi KOMODITI atau barang DAGANGAN yang ada potensi mendapat keuntungan. WANG adalah MEDIUM PERTUKARAN tidak sepatutnya menjadi KOMODITI. Kalau jadi KOMODITI, BOLEH MEMBAHWA KEPADA RIBA. Apa tuan paham maksud KOMODITI?
        mungkin lain dari apa yang saya paham. Saya tak menyalahkan tuan kalau kita berbeza pendapat.

        3. Saya setuju pendapat mengatakan EMAS sekarang dinilai pada kacamata MYR/USD. Sebab itu orang boleh lihat dari sudut yang lain bahawa MYR/USD yang susut nilai sebenarnya. Tapi ia tetap tidak merubah keadaan zaman sekarang. Saya merujuk kepada keadaan ZAMAN SEKARANG bukan zaman dahulu. Perbandingan tersebut adalah tidak adil. Kalu tuan nak naik mesin masa, bolehkah ia merubah keadaan sekarang untuk jadi seperti dahulu?Bolehkah memutuskan chain/rantaian EMAS dari USD/MYR? Bolehkan sekarang orang cakap 50 dirham (Perak_- tanpa mengkaitkannya dengan USD? Kalau boleh, alhamdulillah! tapi ingat ia harus diterima oleh SEMUA! Saya, anda, seluruh rakyat malaysia dan dunia, baru ia boleh di iktiraf sebagai matawang, anda fikir ia boleh dilakukan?

        4. Apa yang tuan tidak bersetuju dengan kenyataan saya? List kan disini, kita boleh bincangkan. Tuan boleh tengok perbincangan zakat, ada ulama disuatu masa setuju menukar nisab dari emas kepada perak, dan ada ada perbincangan yang mengharuskan ditukar selainnya bagi menggambarkan “kadar keperluan kemiskinan semasa bagi setahun”

        5, tulisan “Prof Jastram yang bertajuk the Golden Constant?” saya tidak baca, mungkin tuan boleh kongsikan intipatinya disini. Saya merujuk harga spot emas kepada index komoditi harga dunia. Saya tak tahu apa maksud prof Jastram. Dan tuan perlu baca tulisan Prof Murad dulu sebelum buat keputusan. Biar keputusan yang dibuat itu adil.

        Minta kita boleh berlapang dada kalau tiada persetujuan. Wallahu’lam.

        • ar-rumi Nov 10, 2011

          Assalamu’alaikum,

          Terima kasih reply tuan Adi Hanif.. Mudah-mudahan kita dapat berkongsi ilmu.

          1. Saya tidak menolak benda lain boleh dijadikan wang. Bahkan seperti kata tuan hukumnya harus. Tetapi, seperti yang saya sebutkan sebelum ini, dalam syariat Islam, pembahagian wang terdapat dua iaitu:

          Yang pertama = NUQUD = Emas dan Perak SAHAJA
          Yang Kedua = FULUS = Selain Emas dan Perak, biasanya tembaga dan yang sejenisnya.

          Duit kertas yang kita pakai sekarang, kalaupun hukumnya harus, ia hanya masuk dalam kategori FULUS, bukan NUQUD. Jika ada FULUS, perlu juga ada NUQUD. Dan nilai FULUS mesti lebih rendah daripada nilai NUQUD yang terendah. Tetapi sekarang kita buang semua NUQUD ke dalam parit dan kita menggunakan FULUS semuanya. Ini adalah batil. Lihatlah Empayar Islam yang terakhir pun masih menggunakan NUQUD dan FULUS. Dalam 100 tahun terakhir ini sahaja kita tidak menggunakan NUQUD.

          Kenapa penting pembahagian dua jenis wang ini?

          i. Hukum-hukum zakat melibatkan NUQUD, bukan FULUS.
          ii. Hukum jizyah dalam keadaan biasa melibatkan NUQUD.
          iii. Hukum jenayah / HAD contohnya mencuri melibatkan NUQUD, bukan FULUS.
          iv. Perkara-perkara lain seperti qirad dan sebagainya melibatkan NUQUD.

          Nilai fulus sangat rendah bahkan didalam kitab muamalat yang disusun oleh salah seorang guru saya terdapat ungkapan “sedekah berupa senyuman seorang mukmin lebih tinggi nilainya dan ganjarannya dari sedekah berbentuk fulus”. Dahulu, para Khalifah hanya menggunakan NUQUD dan memboikot penggunaan FULUS selama beratus-ratus tahun. Setelah itu baru digunakan FULUS, itupun terhad penggunaannya. (Abaikan semasa Dinasti Mamluk yang terjadi hyperinflasi akibat penggunaan fulus yang melampau-lampau)

          2. Saya tetap berkata wang pada masa lampau adalah komoditi. Kalau tuan rasa zaman Rasulullah SAW terlalu jauh dari kita, maka tuan boleh lihat pada zaman Empayar Islam terakhir, lebih kurang sama sahaja wangnya dengan zaman Rasul SAW. Sebab itu saya kata perlu abaikan nilai-nilai matawang sekarang sperti Ringgit, Dollar, Yuan dan sebaginya UNTUK MEMAHAMI wang sunnah. Seperti yang saya sebut sebelum ini, 1 Dinar boleh diperjualbelikan juga. Contohnya;

          i- Aku beli seekor kambing ini dengan harga 1 Dinar.
          ii- Aku beli 1 Dinar ini dengan harga seekor kambing.

          Benda ini pernah berlaku, adakah tuan rasa mustahil ianya akan berlaku semula?

          3. Saya sarankan tuan kembali ke masa silam untuk memahami bagaimana wang sunnah berfungsi. Tak lebih dari itu. Bila dah faham, kita akan nampak yang wang sunnah ini dapat digunakan semula pada zaman sekarang. Kita juga akan faham penipuan dan kedajalan wang kertas sekarang.

          Manusia selama ribuan tahun telah menerima emas dan perak dijadikan wang, dan manusia secara global juga menerima ‘kertas’ sebagai wang untuk tempoh 100tahun.. Adakah tuan rasa mustahil manusia kembali menerima emas dan perak sebagai wang pada zaman sekarang? Allah Maha Kuasa, makhluk tiada kuasa. Kalau tuan ragu-ragu, inilah soalan cepu emas untuk tuan dan tuan rumah;

          Apakah matawang / wang yang akan digunakan oleh Imam Mahdi al-Muntazar dan Nabi Isa AS diakhir zaman nanti?

          4. Apa yang saya tak setuju sudah disebutkan. Tukar dari nisab emas kepada perak? Adakah dizaman moden ini? Saya tidak tahu yang ini. Minta tuan kongsi. Yang saya tahu emas ada zakatnya, perak ada zakatnya, tanaman ada zakatnya, ternakan ada zakatnya. Semua dikeluarkan dari komoditi itu sendiri, bukan selainnya.

          Nisab Zakat Emas = 20 Dinar. (Setiap 20 Dinar dikeluarkan 1/2 Dinar)
          Nisab Zakat Perak = 200 Dirham. (Setiap 200 Dirham dikeluarkan 5 Dirham)

          Sekarang, sesiapa yang memiliki 19 Dinar dan 199 Dirham dan telah berputar satu tahun, maka dia tidak wajib mengeluarkan zakat. Tetapi bila kita tukar nilai 19 Dinar dan 199 Dirham itu kepada wang fiat, kemudian dinilai pula Nisabnya dengan Emas sahaja, maka wajib keluar zakat! Ini adalah satu kepincangan penggunaan wang fiat. Salah satu mesti betul dan salah satu mesti salah.

          5. Nampaknya tuan rumah belum lagi memberi nota Prof Murad pada saya.. Apa kata tuan kongsikan dengan saya? Antara kandungan yang menjadi intipati The Golden Constant ialah ucapan dari Prof Jastram pada tahun 1981:

          “From the time the United States went off the gold standard in 1933 the wholesale price level has gone up by 760%. Since England abrogated the gold standard in 1931 her price index number has risen by over 2000%.

          Before that the two countries had a combined history of 350 years of long-run price stability. The price level was the same in the United States in 1930 as it had been in 1800. In England the price index stood at 100.0 in 1717 (the first year of her gold standard) and it was at that figure again in 1930.”

          Terima kasih tuan..

          • anuar safian Apr 9, 2012

            Kepada saudara ar rumi.. pandangan anda adalah baik tapi boleh berikan penyelesaian buat masa terdekat ini bagaimana untuk implementasikan penggunaan wang kertas (fulus) bersandarkan nilai emas? Bolehkah kita amalkan diperingkat negara kita ini dalam tempoh setahun dua dari sekarang ini. Setahu saya isu dinar emas yang disebutkan Mahathir telah berlaku sejak 10 tahun lalu dan saya tak pasti perkembangan dinar emas sekarang SEBAGAI MEDIUM pertukaran pembelian barangan telah dilaksanakan atau belum. Jika pihak tuan ada caranya mungkin ianya dapat menyelesaikan semua masalah penggunaan wang kertas sedia ada dan sudah tentu fatwa ulama sedunia akan berubah dengan adanya idea dan usaha tuan dan rakan-rakan tuan menjadikan wang dinar sebagai pertukaran dari sebesar barangan sehingga sekecil barangan mahupun sebagai alat pelaburan dan pinjaman kepada para industri diseluruh dunia Islam. Mohon cetuskan idea dan juga perancangan yang jitu.. :-)

          • ar-rumi Apr 9, 2012

            salamun ‘alaika ya anuar safian.

            Terima kasih memberi komen dan terima kasih juga pada Pakdi yang memberi ruang. semoga kalian berdua sentiasa berada dalam payungan rahmat Allah yang Maha Pemurah.

            Yang Haq adalah milik DIA. Saya tidak tahu melainkan apa yang dikehendaki oleh DIA. sebenarnya dah beberapa bulan saya tinggalkan dunia ekonomi ni.. jadi maklumat mungkin tak tepat. dan tidaklah ilmu saya melebihi ilmu tuan2 disini. betulkan saya jika salah.

            sekitar krisis ekonomi penghujung tahun 90an, datang hamba Allah, muallaf yang telah lama memeluk Islam, kepada perdana menteri ketika itu, Mahathir Mohamad. Mereka berdua melobi Tun supaya menggunakan kembali emas untuk transaksi. Tun menerima cadangan tu, tapi masalah paling utama ialah Tun minta Bank Negara Malaysia untuk melaksanakan cadangan tersebut. Hasilnya = GAGAL. Kenapa? Sebab Bank dan Emas umpama Api dan Air. Kedua-duanya tidak mungkin hidup bersama2, salah satu mesti mengalahkan yang lain dan menjadi dominan. Kalau tuan faham yang ni pon dah nampak kenapa Emas + Perak tak boleh wujud bersama dengan sistem Wang Fiat SEKARANG.

            Saya tidak menolak menggunakan wang kertas dengan syarat ia mesti diikat dengan Emas/ Perak seperti SEBELUM tahun 1971. Bukan seperti Bank sekarang yang menambah angka angka sesuka hati kemudian mencetak pula wang kertas sesuka hati. Baatil! Baatil! Baatil! Tahu kekayaan Rothchild? Tahu kekayaan Rockerfellar? Tahu kekayaan elite2 zionis yang lain?

            Golongan yang mempelopori penggunaan Dinar Emas dan Dirham Perak sekarang ialah dari Gerakan Murabitun Sedunia. Pengasasnya ialah Syeikh Abdul Qadir as-Sufi dan kebanyakan pendokongnya ialah saudara-saudara baru yang ingin melihat keagungan Islam dikembalikan. Bahkan yang melobi Tun Mahathir dan beberapa pemimpin Islam di seluruh dunia ialah mereka, bukan ulama-ulama yang telah dikenal dalam dunia Islam. Mengapa? Silibus Dinar dan Dirham sudah dihapuskan dari pengajian di semua peringkat, dari sekolah hingga ke universiti, sehingga tinggal sedikit sahaja, sangat sedikit, tersangat sedikit ulama yang mengetahui tentangnya.

            Tuan rujuklah fatwa yang dikeluarkan pada tahun 1986 oleh majma fiqh tentang keharusan wang fiat kemudian bincangkan. Yang saya faham, majma tersebut belum mengkaji dengan sepenuhnya dan mendalam tentang wang fiat sebelum mereka mengeluarkan fatwa. Jika saya salah dalam hal ini, sila betulkan saya. Jika saya kata wang fiat itu haram dan saya menggunakannya, saya berdosa sebab menggunakannya. Jika saya tahu wang fiat memang ada masalah dan ianya adalah sama dengan riba tetapi saya berfatwa kata harus, saya berdosa sebab telah menukar hukum, jadilah diri saya sama seperti ahlul kitab yang meminda2 hukum2 Allah di dalam Taurat dan Injil. Apa yang Allah kata haram, haram lah ia. Apa yang Allah kata halal, halal lah ia. Melanggar hukum yang haram dalam keadaan darurat lebih ringan dari meminda-minda hukum yang jauh lebih besar kesalahannya. Saya tak kata ulama yang memberi fatwa itu salah, tetapi saya harap agar fatwa tahun 1986 itu disemak dan dinilai semula dengan lebih terperinci dan lebih mendalam.

            Berbalik pada soalan tuan, boleh atau tidak kalau nak implementasi wang kertas yang disandar kepada emas, itu terpulang kepada kerajaan. Kerajaan yang memiliki kuasa untuk mengubah benda tu dalam negara. Wang fiat menguntungkan kerajaan dari segi politik. Mana mungkin mereka akan bertukar dan mengikat wang fiat sekarang dengan emas. Saya tak nampak kerajaan sekarang atau kerajaan pembangkang akan beralih kepada emas sebagai sandaran matawang. Satu lagi Bank Negara. Bank negara terikat dengan Bank Dunia/ IMF/ BIS yang mensyaratkan tidak menggunakan emas sebagai matawang. Keputusan = 2-0. Tiada jalan.

            Apa jalan yang tinggal? Golongan murabitun seperti yang disebut dah berusaha supaya benda ni boleh buat “from top to bottom” (bermula dari pemimpin ke rakyat). Tapi memang sangat sukar jadi strateginya sekarang ialah “from bottom to top” (bermula dari rakyat ke pemimpin). Semarakkan penggunaan Dinar dan Dirham dalam penggunaan harian. Sebenarnya dah ada beberapa pasar yang menggunakan Dinar dan Dirham diwujudkan di Malaysia sejak setahun dua ni. Memang la lambat untuk bagi kesedaran pada orang ramai tapi at least ada juga usaha nak keluar dari “darurat” menggunakan wang fiat. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Sekarang pun value Dinar Kelantan sahaja dah berjuta-juta… Tiada yang mustahil dengan izin Allah..

            dan juga dah ada kedai-kedai shopping list yang mempamerkan logo “we accept Dinar and Dirham”. Perkembangannya positif tapi mengambil masa daripada tak buat apa2 langsung, masih leka dengan loan2 bank, masih sayang dengan produk-produk perbankan. kan?

            bermula dengan diri kita dulu, tukarkan wang kita kepada aset yang bernilai, bukan diberi nilai. jika ada perniagaan, joinla grup yang accept Dinar dan Dirham. bagi penerangan kepada ahli keluarga terdekat pon dah cukup. kemudian barulah fikir nak dakwah satu negara. kadang2 kita sibuk plan nak buat itu ini tapi tak jalan pon, padahal orang lain dah berjalan nun jauh ke hadapan. :-)

            semoga Allah memberi petunjukNya kepada semua kita, dan semoga Dia mengampuni kita semua. amin.

  • adi hanif Sep 12, 2011

    Pakdi, tolong forwardkan nota tu sekali…

  • Pakdi Sep 14, 2011

    sudah dihantar.

  • ar-rumi Nov 10, 2011

    Assalamu’alaikum, Pakdi, minta nota tu juga.. Terima kasih

  • Pakdi Nov 10, 2011

    Sudah dihantar. Maaf, tidak perasan permintaan sebelum ini.

  • badrul nizam May 14, 2014

    wang kertas adalah asas riba hari ini. jadi kewajipan umat islam balik kepada dinar dan dirham. sampai bila pemimpin islam nak kecut telur kat orang kapir?

Leave a Comment