RM 1 Juta Untuk Atlit Menang Emas Olimpik
Encik peguam yang seorang ini marah betul. Apabila di saat rakyat menderita, kerajaan mengumumkan insentif RM 1 juta kepada pemenang pingat emas Olimpik. Tadi, masa hantar awek cun pergi kerja pun, ada isu yang sama dibincangkan di Era. ( Oh ya, saya masih muda remaja, justeru saya tidak berapa dengar Sinar FM mahupun Klasik Nasional )
Saya tidak pasti mahu bersetuju dengan ganjaran RM 1 juta itu atau pun tidak. Cumanya kerajaan kita hari ini nampaknya memang tidak sensitif dengan perasaan dan hati nurani rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga minyak. Maklumlah, undi sudah dapat. Mandat sudah dapat. Suara aku adalah suara rakyat. Dengar rintihan rakyat, tunggulah nak pilihanraya sekali lagi. Barulah nampak Menteri terhegeh-hegeh jumpa orang sakit dan orang ramai.
Iyelah, atlit world-class macam Steven Gerrard pun boleh raih 100,000 pound sterling seminggu. Apalah sangat RM 1 juta tu kan? Takkanlah atlit Malaysia yang bertaraf world-class juga tak boleh diberi insentif yang lumayan?
Perlu diingat, kebanyakan atlit professional ini tidak dibayar selumayan itu oleh kerajaan negara mereka. Mereka dibayar oleh penaja, kelab professional mereka bermain. Justeru, sepatutnya ganjaran RM 1 juta itu adalah diberi oleh pihak lain seperti badan korporat dan kerajaan hanya sebagai orang tengah untuk hal tersebut. Kalau kerajaan nak beri pun, beri lah dalam jumlah yang lebih kecil. Selebihnya, pihak lain.
Bila tengok negara miskin dan berperang seperti Iraq, Kenya, Nigeria (hanya contoh beberapa negara) boleh berjaya dalam sukan-sukan tertentu walaupun tanpa kelengkapan dan insentif yang mencukupi, maka wajarlah rakyat Malaysia berasa marah kepada atlit negara kita yang tidak menunjukkan prestasi yang sewajarnya di peringkat antarabangsa.
Sudah terlalu banyak duit rakyat dihabiskan untuk membantu atlit, tetapi hasilnya tiada. Dan yang berjaya pula adalah datang dari keluarga sendiri yang benar-benar menggalakkan anak-anak mereka berjaya seperti Shalin Zulkifli, anak-anak Hj Sidek dan Nicol David (hanya contoh beberapa nama).
Di saat rakyat disuruh mengubah gaya hidup, pada masa yang sama pemimpin negara dan kerajaan kita tidak mahu menjadi contoh. Anda pergilah ke Putrajaya pada dan lihat betapa terang benderangnya kawasan pentadbiran kerajaan Persekutuan di Putrajaya pada waktu malam dan oh… pejabat lain pula disuruh tutup lampu dan penghawa dingin pada waktu rehat untuk menjimatkan elektrik.
Jadi, janganlah pelik kalau rakyat terus marah!
Gunakan calculator ini sekiranya anda ingin mengetahui berapa yang anda akan dapat dengan menyimpan hanya RM 150 sahaja sebulan di dalam ASB (8%) untuk tempoh 10 tahun Klik di sini untuk mengira duit anda!
Klik sini kalau anda mahu saya menghantar tips bisnes dan pelaburan terus ke emel anda
Ini adalah Untuk Anda:
Tips Resipi Untuk Wanita Bekerjaya
Wah, Budak 17 Tahun Dapat RM 10,000 dari internet!
Anda kini boleh dapatkan $100 sehari dengan blog
Nak buat bisnes dan tengah cari sample rancangan perniagaan?
Panduan Cari Duit Untuk Berkahwin
Tips bisnes dan pelaburan yang boleh membantu anda:
Coach, Trainer, Mentor & Consultant
DEB oh DEB
Ekonomi: Pakatan Rakyat vs Barisan Nasional
70 Juta Penduduk Baik Untuk Anda
Kejayaan Tidak datang Sekelip Mata
Pengalaman baru
Debat Minyak Anwar - Shabeery


June 26th, 2008 at 9:57 am
Btol tu pakdi, ahli sukan negara kita hanya tertarik dgn ganjaran dan insentif kerajaan serta kurg semngat patriotism seperti yg ditunjukkan negara lain yg kurg berkemampuan utk mmmberi ganjaran semewah ini.
June 26th, 2008 at 11:04 am
niat kerajaan tu sebenarnya baik nak menaikkan nama atlit Malaysia di mata dunia tapi masalahnya bila dah naik sekejap sangat turun. kerana mungkin hanya mengejar ganjaran sahaja.
contoh : hidayat, atlit angkat berat asal dari indon. menang emas sukan komanwel, dapat duit, dapat kereta. lepas tu apa jadi?
banyak lagi contoh cuma tak kuasa nak cerita. ini menunjukkan kebanyakan atlit malaysia ni tak konsisten. prestasi bukan turun-naik tapi naik lepas tu turun manjang.
najib umumkan tak kena timing. dalam keadaan rakyat di suruh ubahLAH itu ini soal ganjaran 1 juta ni agak sensitif buat masa ini.
June 26th, 2008 at 11:51 am
atlit mesia ni terlampau mewah..pencapaian bukan seberapa sangat pon..
June 26th, 2008 at 12:11 pm
topik nie ada juga dibincangkan di sinar fm pagi tadi 26/06/2008.
Ada sorang pemanggil tu keluarkan 1 soalan…
penglibatan atlit sukan kat Malaysia nie sebenarnya nak kan imbuhan ke atau kerana semangat cintakan negara…ketiga-tiga deejay tu tak de jawapan..masing-masing dok pas soalan tu antara sesama dia…
p/s: atlit dulu mcm mokhtar dahari sangat cemerlang dlm bidang sukan sehingga mengharumkan nama negara ke peringkat tertinggi…tak mcm sekarang…
June 26th, 2008 at 1:59 pm
Ini tak adil! (baca dengan gaya Aziz Satar dalam Nujum Pak Belalang)
June 26th, 2008 at 2:46 pm
agaknya kera jaan akan tarik balik tak?
June 27th, 2008 at 9:33 am
Setakat ini Pak Lah tak pernah tarik balik apa-apa kenyataan ‘******’ dia. Najib tak pasti pula perangai dia sama ‘******’ macam Pak Lah.
June 27th, 2008 at 11:34 am
Takpe, kera jaan banyak duit
June 27th, 2008 at 3:03 pm
apa kata kita suruh anak-anak kita jadi atlit. kecik2 dah pegang bola boling macam shalin.
June 27th, 2008 at 3:20 pm
pakdi dah ada anak…?tahniah2…
June 27th, 2008 at 7:10 pm
bulum lagi dong. tapi ada terfikir2 sudah dari sekarang