Pakdi.my

Membentuk Kapitalis Muslim

Status
(Selasa, 18/11) Rasa nak makan pecal pulak

(Isnin, 17/11) Tengah sibuk berkebun.

(Khamis, 6/11) Listening to - Sesat di Kuala Lumpur ...

Advertorial
Ketahui Cara-Cara Menjana Pendapatan Yang Menguntungkan Secara Part-Time!
Klik sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut!


06.05

2008

Pening Harga Minyak Naik

Kenaikan harga minyak kali ini memang mengejutkan. Disusuli pula dengan pengumuman kenaikan tarif elektrik. Tetapi ada juga di antara rakyat Malaysia yang beranggapan, “Kerajaan tahu apa yang dia buat. Benda tu tak boleh elak. Janganlah komplen sangat. Kerajaan Pakatan Rakyat bagilah subsidi kat 5 negeri!”

Malas nak layan dengan orang sebegitu. Kalau pun sokong BN, dalam hal tertentu janganlah mengikut semua yang ditetapkan. Ini bukan isu politik. Ini adalah isu bread & butter. Ada orang tak cukup duit nak bagi makan kepada anak-anak dan keluarga akibat kenaikan sebegini.

Kenapa saya sebut ini adalah isu bread & butter :

1. Kalau anda selalu mengisi minyak RM 100 seminggu, maka untuk menikmati kadar perjalanan yang sama, anda perlu membayar RM 140 seminggu pula selepas ini.

Ini kerana kenaikan adalah sebanyak 40%.

2. Kenaikan harga minyak akan memberi kesan domino. Harga barang-barang makanan dan keperluan asas yang lain akan naik secara mendadak juga. Kalau kenaikan RM 0.30 dahulu pun memberikan impak yang besar, apatah lagi kenaikan RM 0.78. Saya tidak dapat bayangkan.

Ini bermaksud, kenaikan sebanyak … ?

Itu secara umum dari jumlah yang anda akan keluar saban hari, saban minggu dan saban bulan. Bukan naik 40% tetapi lebih daripada itu! Sekarang mari kita lihat apa yang anda ada:

1. Kenaikan gaji sebanyak … % ?

2. Kalau anda ada simpanan ASB, tahun lepas beri 9% (Tapi ini dapat secara tahunan)

3. Kalau ada simpanan di Koperasi Bank Rakyat, dapat 20% (Ini pun dapat secara tahunan)

4. Kalau ada melabur di saham amanah swasta, berapa agaknya … % return dana anda sekarang ?

5. Perniagaan anda beri pulangan sebanyak berapa … % ?

Maka dengan ini secara umumnya saya boleh sebut majoriti rakyat Malaysia tidak mampu menangani kenaikan harga minyak ini dan inflasi yang bakal berlaku walaupun akan diberi rebet tunai sehingga RM 625 setahun!

Untuk mengatasi keadaaan ini tuan-tuan tidak boleh lagi undi BN. Oh… peluang ini tidak akan muncul lagi dalam masa terdekat. Jadi lupakan pendekatan ini.

Demonstrasi menggulingkan Pak Lah? Biarkan aktivis politik dan sosial menentukannya. Kalau ada nanti saya pun nak join sekaki. Hehehe

Mesej untuk Pak Lah!

Maka, caranya adalah tidak lain dan tidak bukan kalian perlu be above average people. Kalau kalian tidak mahu bertindak segera, maka akaun keluarga tahunan anda akan terus mengalami defisit. Bagaimana untuk menjadi above average people?

1. Laburkan duit anda di tempat yang lebih berisiko tinggi (pastikan hanya yang sah di sisi undang-undang)

2. Bagi yang makan gaji, jangan cari kerja kedua (2nd job) tetapi mulakan perniagaan secara part-time. (Bukan join skim cepat kaya!)

3. Cari peluang perniagaan yang baru kerana perniagaan anda yang sedia ada barangkali kini telah berubah hanya cukup-cukup untuk memenuhi keperluan hidup dan bukan lagi untuk jadi kaya.

Dalam keadaan yang sedia ada, kalian tidak mampu mengubah kerajaan. Peluang itu telah muncul 8 Mac lalu. Kini cuma mengharapkan ada ahli Parlimen BN yang masih mempunyai perasaan kasihan kepada rakyat, memasuki Pakatan Rakyat secara sukarela.

Justeru, kalian hanya boleh ubah diri sendiri untuk setakat ini.

Awek cun tulis

Ya Allah… Sekiranya kenaikan harga ini dibuat kerana ingin menyelamatkan Malaysia, sesungguhnya aku redha Ya Allah dan Kau ampunkan lah dosa-dosa pemimpin kami. Namun Ya Allah, seandainya terdapat agenda lain disebalik tindakan ini, hanya Engkau sahaja yang layak membalasnya. Amin… Ya Rabbal ‘Alamin”

p.s. Siapa tahu ada apa-apa perancangan demonstrasi mengenai harga minyak, sila inform blog ini!



Gunakan calculator ini sekiranya anda ingin mengetahui berapa yang anda akan dapat dengan menyimpan hanya RM 150 sahaja sebulan di dalam ASB (8%) untuk tempoh 10 tahun Klik di sini untuk mengira duit anda!


Klik sini kalau anda mahu saya menghantar tips bisnes dan pelaburan terus ke emel anda

Ini adalah Untuk Anda:
Anda Mahu Tahu Cara Dapat RM 400 dalam masa 30 minit?

Tips bisnes dan pelaburan yang boleh membantu anda:
Harga Petrol Naik 78 sen
Harga Minyak Tak Naik - Janji Najib
Debat Minyak Anwar - Shabeery
Perhimpunan Bersih 10 November 2007
Anda Mahu Free Market?
Barang Mahal Barang Murah
Bila Harga Getah, Kelapa Sawit Jatuh



1 Trackbacks & Pingbacks

  1. June 6, 2008
    5:31 pm

    studiomuslim.com | Harga Minyak Naik - Hidup di zaman perang:

    [...] Pening harga minyak naik - Pakdi [...]

17 COMMENTS


  1. aku suka gambar budak itew… itu mesej yg selayaknya utk pok leh hahahahah


  2. PakDi..

    Syabas… saya sukakan saranan khas untuk menjadi above average people?

    Jadi berTINDAKlah sekarang…kerana itulah peluang yang ada kini….

    p/s : Apakah sebenarnya agenda politik PakLah yer??? selepas gagal dalam PRU12, kini beliau terus menampakkan kelemahannya dalam menangani ekonomi negara…


  3. Berikut petikan daripada Utusan Online kenyataan daripada PakLah..dan juga pandangan balas dari seorang rakyat…

    PakLah :
    “Langkah berjimat ini bukan untuk kita menjadi kedekut, tetapi jangan sampai berlaku pembaziran. Kita mesti kurangkan pembaziran dalam apa jua perkara yang ada hubung kait dengan kehidupan,”

    Pandangan Thinkerich :
    bukan sahaja hubung kait dengan kehidupan tetapi hubungkait dengan pengurusan kewangan negara. Kerajaan MESTI kurangkan pembaziran dalam semua sudut dan Pak Menteri sekalian yang ada sepatutnya sebelum ambil keputusan, buat pertimbangan dan fikirkan selaras dengan taraf hidup rakyat…dan bukannya taraf hidup Pak Menteri yang sebenarnya banyak ’subsidi’..

    PakLah:
    “Kalau kita sedia buat perubahan dalam cara hidup dan buat penjimatan, insya-Allah kita tidak akan hadapi kesan yang teruk sangat.”

    Pandangan Thinkerich :
    kalau kerajaan sedia buat perubahan dan buat penjimatan dalam perbelanjaan pengurusan kewangan dan ekonomi negara, insya-Allah Rakyat tidak akan hadapi kesan teruk seperti hari ini…


  4. Saya turut mengAMINkan doamu itu Pakdi. AMIN…


  5. saya pun suka dengan gambar budak tu. Huhu..

    hampeh sungguh pak lah!


  6. Betul Pakdi, dalam zaman sekarang nih, kalau kita tidak bersikap lebih daripada average boleh menjerumuskan kita ke tahap kemiskinan. Saya ambil komen saya lagi..he..he..

    SUBSIDI ADALAH DENDA YG DIKENAKAN UNTUK KEGAGALAN KERAJAAN MEMBASMI KEMISKINAN

    Kegagalan kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia setelah 50 tahun merdeka melayakkan mereka dikenakan denda yang setimpal. Meningkatkan taraf hidup juga bermaksud menyediakan suasana di mana rakyat boleh berdikari.

    Sebagai contoh, petrol akan dikaitkan secara langsung dengan
    pengangkutan. Dan pengangkutan bukanlah satu yang ‘luxury’, tapi dah menjadi barang(atau service) yang asas seperti beras dan gula. Sifirnya mudah: tak pergi kerja, tak boleh dapat duit, tiada duit, maka tiada makanan, perut lapar dan etc.

    Dalam 50 tahun pemerintahan BN,banyak kemajuan disandarkan kepada pembinaan infrastruktur (lebuh raya, masjid besar, bangunan besar, pembinaan railway dan etc) semata-mata. Dan reformasi dalam pengangkutan awam tidak diberikan tumpuan sewajarnya. Kalau kita ambil projek mega yang ada bunyi ‘koridor’. Cuba tunjukkan jika ada inisiatif dalam reformasikan pengangkutan awam. Tadi saya ada sebut ‘railway’ bukan? Memang sekali imbas bila kerajaan nak buat landasan keretapi berkembar daripada Ipoh ke Rawang, masyarakat marhaean akan nampak usaha kerajaan untuk pengangkutan awam, tapi itu hanya ’smokescreen’. Yang mendapat manfaat terbesar hanyalah mereka berkepentingan. Hujah saya? Landasan berkembar Ipoh-Rawang telah lama siap, tapi trem komuter baru dibeli awal tahun ini. Memang kelakar! Padahal yang menggunakan komuter bersesak-sesak melebihi kepadatan ikan sardin dalam tin. Kalau analogi dipanjangkan, bina jalan raya, bina lebuhraya tapi tiada sistem pengangkutan awam yang melengkapinya.

    Sepatutnya kita dulunya terbeban, tapi tidak (ataupun kurang), kerana beban kita diserap secara ‘artificial’ oleh subsidi minyak. Maka bila subsidi ditarik, rakyat yang akan terperosok dalam kemiskinan. Tidak kisahlah, sama ada dia seorang doktor atau penyapu sampah majlis perbandaran, graduan universiti atau yang tak masuk uni, semua mendapat penangan yang sama.


  7. orang akan lebih berhati-hati untuk berbelanja lepas nih….lepas ni tunggu ape plak yg akan naik….tak munasabah langsung naik sampai 78sen…slow2x ahh nak naik pun….


  8. 12 JULAI 2008 di KLCC!

    Jumpa nanti!!!!


  9. http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=014994&Itemid=85

    ” Protes beri kerajaan tempoh 5 minggu tarik balik harga minyak
    Nyza Ayob | Foto Nasir Sudin
    Thu | Jun 05, 08 | 6:07:04 pm MYT

    KUALA LUMPUR, 5 Jun (Hrkh) - Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) memberi tempoh lima minggu kepada kerajaan untuk menarik balik kenaikan harga minyak serta bertindak positif terhadap permintaan rakyat sebelum gabungan tersebut mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 12 Julai 2008 ini. ..”


  10. ya… 12 Julai.

    dewan perniagaan cina pun rasa kecewa dgn tindakan kerajaan ini.


  11. selayaknya gambar tu memang berbaloi utk PM…inilah kalau pilih pemimpin yang bukan ahlinya…keadaan jadi kacau bilau dan semuanya serba tak kena…gelodak dlm hati membara, panasnya dah tak boleh tahan lagi..sekiranya ada demo protes disini memang akan join sekali…

    p/s: rasa mcm nak letak gambar budak tu kat desktop dan tulis besar-besar Thank you Pak Lah (dengan membesarkan simbol jari tengah budak tu!


  12. “Ya Allah… Sekiranya kenaikan harga ini dibuat kerana ingin menyelamatkan Malaysia, sesungguhnya aku redha Ya Allah dan Kau ampunkan lah dosa-dosa pemimpin kami. Namun Ya Allah, seandainya terdapat agenda lain disebalik tindakan ini, hanya Engkau sahaja yang layak membalasnya. Amin… Ya Rabbal ‘Alamin”

    AMIN,AMIN, AMIN YA RABBAL ALAMIN sekali lagi……


  13. Panas………..makin panas.

    Hangat……….kini sudah hangit.

    Jom, simbahkan lagi minyak yang dah naik harga tu, pada api perbahasan ini.

    Sorakkan emosi. Yeah.


  14. apsal kt malaysia xder system perampasan kuasa? atau pengulingan pemerintah.. malu la jd rakyat malaysia ber’pm’kan seorang yg kejam… apelah nasib org miskin kt msia.. kalo dluh kais pagi mkn pagi kais petang mkn petang.. skrg maybe kais pagi n petang baru bley mkn sekali sehari.. org atasan xperla.. bley cilok2 duit rakyat skit.. org yg bawah akan terus dipijak.. ni rase nk import je assasin benazir bhutto masuk malaysia ni… malu gler seyhh.. malaysia got the worst pm in the world…


  15. ada siapa join demo kg baru hari ni?


  16. hai, bile lah Pak lah nk berundur secara sukarela, sush sgt ke nk nmpak rkyat x suka kepmpinan dia lg.


  17. Protes sahkan tarikh Perhimpunan Sejuta Rakyat, Ahad 6 Julai 2008

    Nyza Ayob

    Thu | Jun 26, 08 | 4:43:27 pm MYT

    KUALA LUMPUR, 26 Jun (Hrkh) - Protes hari ini mengesahkan Himpunan Aman Protes Sejuta Rakyat akan diadakan pada Ahad, 6 Julai 2008 bersamaan hari Ahad jam 9.00 Pagi bertempat di Padang Timur, Petaling Jaya, (Berhadapan Amcorp Mall) Selangor.

    http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15408&Itemid=1

Leave a Reply

Boleh gunakan html kod. Untuk buat space perenggan sila guna kod <br> selepas perkataan terakhir.