Mr CopyCat
Dalam dunia akademik, sang copycat adalah penjenayah. Cuba lah meniru dalam peperiksaan. Boleh kena buang universiti tu…
Tapi dalam dunia perniagaan, skill copycat amatlah penting. Er… saya tidak bermaksud copyright infringement, tetapi skill copycat apa yang orang berjaya telah buat. Kalau anda telah tonton video yang saya post di blog cakap London ini, anda akan dapati dalam tu En Ramsey berkata, anda akan jadi kaya atau miskin satu hari nanti. Sama ada ia cepat atau lambat sahaja. Bergantung kepada jalan yang anda pilih. Anda akan jadi kaya kalau anda ikut jalan orang kaya dan akan akan jadi miskin kalau ikut jalan orang miskin.

Contoh jalan orang miskin yang ramai buat tetapi anda tidak sedar adalah,
“Pendapatan anda setahun adalah RM 30,000 sahaja tetapi anda membeli kereta berharga RM 60,000 sebelum anda membayar riba’ kepada bank konvensional dan “keuntungan” kepada perbankan Islam.
Amacam? Anda ikut jalan siapa? Just a matter of time.
Jadi, kalau mahu berjaya dalam perniagaan, ikut orang yang berjaya dalam berniaga. Tiru yang dia buat. Tiru disiplin hidup yang dia amalkan. Tiru cara dia berfikir.
Dan kaedah ini juga terpakai dalam pelaburan dan perniagaan internet. Tiru sahaja apa orang berjaya dah buat.
Tak percaya?
Sesungguhnya syurga itu dicipta untuk mereka yang mengikut apa yang disuruh oleh Allah swt dan para Rasul dan neraka iu dicipta untuk mereka yang suka melanggar arahan Allah swt dan para Rasul.

Gunakan calculator ini sekiranya anda ingin mengetahui berapa yang anda akan dapat dengan menyimpan hanya RM 150 sahaja sebulan di dalam ASB (8%) untuk tempoh 10 tahun Klik di sini untuk mengira duit anda!
Klik sini kalau anda mahu saya menghantar tips bisnes dan pelaburan terus ke emel anda
Ini adalah Untuk Anda:
Anda Mahu Tahu Cara Dapat RM 400 dalam masa 30 minit?
Tips bisnes dan pelaburan yang boleh membantu anda:
Perniagaan Internet vs Perniagaan Offline
Self Employed vs Business Owner
Perniagaan MLM yang saya tahu
RM10K Sebulan Secara Online? Karutlah!!
The Malaysian Dotcom Youth Search
Halangan Berniaga: Fear of Humiliation
Kejayaan Tidak datang Sekelip Mata


September 28th, 2007 at 6:09 pm
kalau gaji 30K, kene beli kete rega 20K lah ke?
October 1st, 2007 at 2:29 pm
huish Pakdi..posting kali nie direct to the point…tak de selindung-selindung lagi..:O)
cuma kalau nak ikut..tak boleh membuta tuli gak…ada beberapa aspek yg kena nilai dan timbang semula…yang penting NAWAITU & NILAI ISLAM dlm kehidupan mesti ada..baru rezeki yang diterima tu berkat…insya allah BIAR LA SEDIKIT ASALKAN BERTERUSAN..bak kata chef li biar kecil asalkan berhasil dari besar terus bubar..fikir-fikirkan la…
October 1st, 2007 at 2:42 pm
sherrina, kalau gaji 30k annually, agaknya berapa byk kita nak save? pastu baru kita tengok keta.
alyani, direct to the point sgt ke?
October 2nd, 2007 at 12:16 pm
Satu renungan buat semua pembaca setia Pakdi.net
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada”
itu sebenarnya yang paling penting….
October 2nd, 2007 at 4:02 pm
Apa kata baca buku “From broke to millionaires in 7 years” karangan Peter Spann. Boleh copycat macamana Peter Spann yang hidup merempat pada awalnya boleh berjaya dalam masa 7 tahun. Kalau nak copycat wajib ada mentor@ guru@ sifu. InsyaAllah berjaya.
Kalau beli kereta pastikan habis bayar dalam masa 3 tahun. Cadangan Samsudin Abd Kadir dalam buku “Biar Tenang walaupun berhutang”. Wallahu’alam
October 3rd, 2007 at 6:15 am
Alyani, itu dipanggil Qana’ah. Tapi ramai tersilap bila disebut qana’ah ni. Sebetulnya, kena berusaha dulu, tak dapat baru kita bersyukur dgn apa yang ada
tapi ramai yang tidak mengetahui.
Dr Azwan, saya belum pernah baca buku tu. Ya. Prinsip kekayaan tu sememangnya tidak pernah berubah, kenapa kita tidak meniru jejak langkah mereka yang telah berjaya
October 8th, 2007 at 11:31 am
Q:saya ada masalah utk praktikkan apa yg dirancang … ada cadangan utk lebih kuatkan diri agar dpt laksanakan perancangan yg telah dibuat …