Keputusan Pilihan Raya Umum ke-12
Keputusan Penuh
Parlimen
Barisan Nasional : 140
PKR: 31
DAP: 28
PAS: 23
Dewan Undangan Negeri:
Perlis
BN: 14
PAS: 1
Kedah (Ustaz Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar)
PAS: 16
PKR: 4
DAP: 1
BN: 14
Bebas: 1
Kelantan
PAS: 38
PKR: 1
BN: 6
Terengganu
BN: 24
PAS: 8
Pulau Pinang (Sdr Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri)
DAP: 19
PKR: 9
PAS: 1
BN: 11
Perak
DAP: 18
PKR: 7
PAS: 6
BN: 28
Pahang
BN: 37
PAS: 2
DAP: 2
Bebas: 1
Selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar)
PKR: 15
DAP: 13
PAS: 8
BN: 20
Negeri Sembilan
BN: 21
DAP: 10
PKR: 4
PAS: 1
Melaka
BN: 23
DAP: 5
Johor
BN: 50
DAP: 4
PAS: 2
Sabah
BN: 59
DAP: 1
***
Keputusan ini diluar jangkaan. Umum mensasarkan menafikan 2/3 majoriti di kebanyakan negeri. Tetapi kini Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak (?) sudah jatuh ke tangan ke tangan Barisan Alternatif dan DAP.
Barisan Nasional masih mengekalkan (setakat ini) simple majority untuk memerintah Malaysia.
Saya berada di Stadium Kajang malam tadi untuk menunggu keputusan untuk Parlimen Hulu Langat, DUN Kajang, Semenyih dan Dusun Tua.
Maklumat yang didapati melalui polling agent memang membuatkan penyokong BA bersabar sehingga ke tahap maksimum. Undi pos. Isu cop SPR untuk mengesahkan keputusan. Tidak perlu saya ceritakan mehnah dan tribulasi tersebut secara terperinci. Makkal Sakti.
Apa pun Parlimen Hulu Langat dimenangi oleh Dr Che Rosli, DUN Kajang dimenangi oleh Cikgu Lee Kim Sin. DUN Dusun Tua dan Semenyih kekal dimenangi Barisan Nasional. Dan seterusnya BA membentuk kerajaan baru di Selangor. Setakat ini Tan Sri Khalid Ibrahim dinamakan sebagai Menteri Besar baru.
Kini barulah anda boleh menilai keupayaan Barisan Alternatif sebagai bakal pemerintah Malaysia pada masa hadapan kerana negeri Selangor, negeri terkaya di Malaysia, Barisan Alternatif adalah kerajaan manakala Barisan Nasional pula adalah pembangkang.
Kita lihat 5 tahun lagi. Sekali rakyat mahu berubah, mereka mampu berubah sekali lagi. Siapa yang menepati aspirasi rakyat akan terus relevan.
Tidak lupa tahniah untuk blogger Nik Nazmi, YB termuda setakat ini.

Gunakan calculator ini sekiranya anda ingin mengetahui berapa yang anda akan dapat dengan menyimpan hanya RM 150 sahaja sebulan di dalam ASB (8%) untuk tempoh 10 tahun Klik di sini untuk mengira duit anda!
Klik sini kalau anda mahu saya menghantar tips bisnes dan pelaburan terus ke emel anda
Ini adalah Untuk Anda:
Anda Mahu Tahu Cara Dapat RM 400 dalam masa 30 minit?
Tips bisnes dan pelaburan yang boleh membantu anda:
Keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh
Catatan akhir PRU-12
Potong 10% Sahaja?
Hukum ASB / ASN (2)
Ekonomi: Pakatan Rakyat vs Barisan Nasional
Harga Pasaran Hadapan Jatuh Merudum
Kapitalis - Sosialis


March 9th, 2008 at 12:18 pm
congrat, masa tuk tunaikan janji bermula. aku tgk manifesto BA kt selangor pun bleh tahan, nak bg bantuan tuk kawen, improve flat, setinggan.. mmg mcm byk kerja gak tuh
March 9th, 2008 at 1:24 pm
“apabila kamu beroleh pertolongan ALLAH
dan kemenangan. maka
berbondong-bondonglah manusia memasuki
agama ALLAH. Maka bertasbihla memuji
tuhan mu, dan beristigfar. Sesungguhnya
Dia menerima taubat.” Surah An-Nasr
March 9th, 2008 at 8:21 pm
Allah knows the best
terimalah segala ketetapanNya dengan hati yang REDHA…
March 10th, 2008 at 1:47 am
Bukan saje Pak Lah nampak frust BN hilang byk kerusi…si Rashid pun juga frust…macam ada pape je…
March 10th, 2008 at 10:03 am
Kemenangan BA di Selangor hanya percubaan rakyat negeri tersebut untuk cuba hidup susah kerana mereka sudah merasa hidup senang. Pengundi Selangor akan merugikan masa depan anak-anak mereka.
March 10th, 2008 at 10:30 am
masa depan Allah yg tentukan.. dah tau ke hidup masa depan susah kalau BA memerintah? kita patut doa yang baik2 untuk masa depan…
March 10th, 2008 at 3:54 pm
Senang sangatkah orang selangor ?
March 10th, 2008 at 4:05 pm
what ever is keptsn sudah termaktub..kite tgk setakat mana BA bole pergi….perubahan konon2nya…wahai rakyat2 sekalian…bukalah mata dan minda….jdlah seorang rakyat yg btanggungjawab kepada negaranya…sygkan dan cintakan negara…bukan sikap pentingkan diri sendiri atau menunjukkan sikap protes yg membabi buta…tanpa berpikir waras serta jgn disebabkan tidak berpuas hati..anda sanggup bersengkokol dengan parti pembangkang yg hanya menegakkan kepentingan peribadi dr rakyat…dan bsifat perkauman serta mempunyai agenda tersendiri..nah! puas hati anda semua kan??….tercapaikah cita2 anda? marahkan nyamuk satu rumah anda bakar….ingatlah masa depan anak cucu kita….destinasi mereka anda yg tentukan…keputusan di tangan anda..dan utk BN, ini adalah wake up call or signal..tempelak yg paling besar kerana berasa amat selesa…segeralah bangun dan perlengkapkan kekuatan dalaman parti …cantas lalang2 yg merimaskan…sesungguhnya pencampuran dan penyatuan masyarakat gagal kali ini…sungguh sedih sekali….melayu menunjukkan kebodohan sendiri….!!!!”TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA”???…atau anda rela melihat org melayu..org islam itu sendiri merempat dan terpinggir di bumi malaysia..tanah melayu????..dah la sekarang pon memang jauh ketinggalan…TERPULANGLAH….SENDIRI MAU INGAT
March 10th, 2008 at 4:14 pm
wlu siapa pun yg memerintah…jgn lupa kedudukan anda sebgai apa di sisi rakyat…bg BN..bangun..lihat apa kurang dan lebihnye slama ini…bg BA…perjuangkan apa yg dijanjikan…
March 10th, 2008 at 5:19 pm
Aik…aku nda da komen lah…mlas lah nak cite2 pasal politik ni…bgus lagi pg tanam padi di kampung..
March 10th, 2008 at 6:12 pm
Saya hairan dgn sebahagian rakyat Malaysia yang masih menyokong BN… isu seperti kenaikan harga barang dan minyak, sememangnya adalah kenyataan apabila kami (rakyat miskin dan sederhana [majoriti penduduk Malaysia] ) merasa tertekan. Apa tidaknya, ekonomi kami bertambah teruk. Dengan belanja yang perlu digunakan adalah amat terhad. Tidakkah kamu wahai penyokong BN merasa akan tekanan ekonomi diri tersebut???…
Fikirkan la…
March 10th, 2008 at 6:14 pm
salam.
Congrats pada BA atas berkat kesabaran dan usaha yang menggunung tinggi. Memang banyak manifesto yang ditaburkan tapi kalian semua kene ingat, masa 5 tahun adalah cukup SINGKAT untuk membina sebuah KERAJAAN/NEGARA yg stabil. sama2lah kita menyokong dan terus menyokong usaha mereka demi menjaga kebajikan rakyat semua.
Perjuangan ke arah kebenaran memang sukar….
March 10th, 2008 at 7:13 pm
Tahniah atas kejayaan BN ‘merawat’ Kelantan… sehingga hampir keseluruhan unsur-unsur yang tidak diingini telah dibuang…
March 11th, 2008 at 8:20 am
tak de ke tokeh penyapu yg nak hadiahkan penyapu pada Khir toyo?
nampaknya lepas nie Khir Toyo kena makan tempe hari-hari..
almaklum la nak bagi muka nampak muda sentiasa…:)
March 11th, 2008 at 12:30 pm
lepas ni blog my.pakdi.net ni akan menulis isu kewangan kembali.
isu politik khususnya di Selangor, boleh rujuk http://pemikir.blogspot.com
ws
March 11th, 2008 at 12:47 pm
Kat mana nak dapat menifesto BA?
March 11th, 2008 at 3:55 pm
walau apapun keputusan yang orang melayu buat dalam pru12 nampaknya telah menepati kata-kata “Melayu menang sorak tp kampung tergadai”.Melayu sejak dahulu kala lagi memang tebal dengan hasad dengki yang akhirnya memusnahkan bangsa sendiri.Tidak seperti Isreal walaupun mendapatkan tanah kepunyaan Palestine dengan cara membunuh tetapi tiada seorangpun bangsa Yahudi itu mengakui dan menududuh bahawa bangsanya pembunuh. Berbeza dengan orang Melayu yang tidak malu mengakui bangsanya sendiri sebagai penipu dan sanggup menjadi pembelot bangsa.Melayu hanya tinggal kuasa yang kini semakin tergugat kekuasaannya disebabkan kelemahan Melayu sendiri yang suka berebut.Bangsa lain hanya mengambil peluang dan gunakan ruang tetapi melayu tetap tidak sedarkan diri. Ingatkan kuasa yang kami hamba rakyat berikan kepada anda bukannya untuk mengenyangkan perut sendiri, menambah bilangan isteri,bertukar-tukar suami dan berfoya-foya menggunakan duit rakyat yang bekerja bertungkus lumus untuk negara.Anda semua bersenanglenang dan tidak pernah merasa keperitan tetapi kami hidup serba sengsara.Ini adalah amaran dari Allah supaya anda sedar dan usah lagi dibuai mimpi indah. Cakap saja berdegar-degar buatnya tidak. Hamba rakyat kini bukan lagi boleh diperbodohkan.sedarlah jangan sampai negara pula tergadai.ingat bukan hanya melayu sahaja di malaysia.kita terdiri daripada pelbagai bangsa.jgn sampai kita kebuluran di kepuk padi dan kehausan di takung air akibat kebodohan dan kesombongan pemimpin
March 13th, 2008 at 5:13 pm
wahai rakyat malaysia, buka mata buka 2 minda, ini bukan cerita kartun……..
la.. bapa2 ibu2….. kenapa mau maruah tegadai anak telelong. bangsa tolol……. sudah ada kerajaan yang begitu baik, walaupun x sepurna mana, tapi kita masi lg idup dalam keadaan aman, blh lg ketawa….. ,
March 16th, 2008 at 7:29 pm
korg tak makan tempe ke? ingat khir toyo sorg je ke jawa?