Pakdi.my

Membentuk Kapitalis Muslim

Status
(Selasa, 18/11) Rasa nak makan pecal pulak

(Isnin, 17/11) Tengah sibuk berkebun.

(Khamis, 6/11) Listening to - Sesat di Kuala Lumpur ...

Advertorial
Ketahui Cara-Cara Menjana Pendapatan Yang Menguntungkan Secara Part-Time!
Klik sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut!


06.04

2008

Harga Petrol Naik 78 sen

Celaka! Harga minyak naik esok!

Itulah getusan hati secara spontan apabila mendengar radio Era menyebut Pak Lah mengumumkan kenaikan 78 sen menjadi RM 2.70/liter dan RM 1 untuk diesel menjadi RM 2.58/liter.

Sambil memandu, saya terus menelefon awek cun dan juga orang minyak untuk mengesahkan berita Era yang pernah mengumumkan berita palsu kematian YDPA beberapa tahun dulu. Riwayat dari Era belum tentu shahih sejak kes itu.

“Berita Era ni tak boleh pakai,” kali ini saya betul-betul berharap radio Era buat cerita dongeng.

Awek cun kata dia dengar berita je dari rakan sekerja, petrol bakal naik 89 sen. Orang minyak pun kata naik 32 sen sahaja. Tapi itu rumours waktu pejabat pagi tadi.

Kemudian awek cun dan orang minyak mengesahkan berita yang berkuatkuasa selepas tengah malam ini, iaitu pada 5 Jun 2008, 2 hari menjelang hari Keputeraan YDPA, Sabtu ini.

“Jom demo woi. Buang Pak Lah dari ofis.” Kata-kata terakhir dalam telefon kepada orang minyak.

Dalam perjalanan pulang ke pejabat, semua stesen minyak sudah penuh dibanjiri kereta. Semua orang mahu mengisi tangki minyak kereta sepenuhnya. Saya melihat tangki kereta, “Aduh, tinggal suku! Esok naik kancil je le… “

Kemudian menyusul pula sms dari kakak, abang ipar dan rakan-rakan mengenai berita yang sama. Semuanya menyatakan “puji-pujian” kepada kerajaan pimpinan Pak Lah.

Memang Najib Mongolia penipu. Saya sudah sebut hal ini pada bulan Februari yang lepas lagi. Harga minyak bakal naik juga sekiranya BN menang pilihanraya sekali lagi.

Bukan Subsidi Yang Diminta

Saya bukanlah penyokong kuat skim subsidi. Tetapi untuk menghapuskan subsidi bukan begini caranya. Dulu suruh rakyat tukar gaya hidup. Kemudian salahkan pasaran hadapan crude oil. Tetapi cara kerajaan menguruskan kekayaan negara tidak pernah diperhalusi.

Sunnah Islam Hadhari?

Saya mempunyai kenalan yang bertugas sebagai pegawai khas kepada Menteri. Dia hanya sekadar pegawai khas. Tetapi elaun bulanannya mencakupi duit minyak. Kiranya, dia tidak perlu mengeluarkan satu sen pun untuk mengisi tangki minyak keretanya.

Itu baru pegawai khas menteri. Menteri? Pernah dengar gaji dan elaun Menteri dikurangkan untuk betul-betul merasai kesusahan rakyat?

Zaman Nabi Muhammad saw dahulu, pada tahun ke-6 Hijriyyah Rasululllah saw bersama 400 sahabat keluar ke dari Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan umrah. Mereka keluar dengan pedang yang bersarung dan binatang korban. Lalu sampai di satu tempat berhampiran dengan Hudaibiyah rombongan Nabi saw ditahan dari memasuki Mekah.

Kaum Quraiys menyuruh Nabi saw dan para sahabat pulang sahaja pada tahun itu dan mematerai satu perjanjian. Perjanjian itu dilihat berat sebelah kepada kaum Quraisy oleh para Sahabat tetapi Nabi Muhammad saw dapat melihat kebaikan jangka masa panjang dari perjanjian tersebut.

Apabila selesai urusan perdamaian tersebut, Nabi saw memerintahkan kepada para sahabat agar bercukur dan berkorban. Arahan tersebut dikeluarkan sebanyak 3x. Tetapi para sahabat enggan. Perjalanan mereka sangat jauh dan banyak yang telah mereka korban. Para sahabat berasa kecewa dan sedih melihat sikap Nabi saw yang menerima perdamaian tersebut yang menyebabkan mereka tidak boleh mengerjakan umrah pada tahun itu.

Akhirnya Nabi saw masuk ke khemah, keluar semula berdiam diri sahaja dan terus bercukur dan berkorban. Melihatkan Nabi saw telah berbuat demikian, maka semua Sahabat mengikut tindakan Nabi saw tanpa soal.

Siapa Penasihat Pak Lah?

Dalam kisah di atas, Nabi saw sebenarnya telah dinasihati oleh Ummu Salamah, salah seorang isteri baginda. Ummu Salamah telah menasihati Rasulullah saw agar membuat tindakan bercukur rambut dan berkorban terlebih dahulu. Nasihat tersebut diterima oleh Nabi saw dan terbukti tindakan tersebut diterima oleh para Sahabat yang sedang kecewa tidak dengan situasi perdamaian Hudaibiyah tersebut.

Dalam menangani kenaikan harga minyak sedunia ini … siapa penasihat Pak Lah?



Gunakan calculator ini sekiranya anda ingin mengetahui berapa yang anda akan dapat dengan menyimpan hanya RM 150 sahaja sebulan di dalam ASB (8%) untuk tempoh 10 tahun Klik di sini untuk mengira duit anda!


Klik sini kalau anda mahu saya menghantar tips bisnes dan pelaburan terus ke emel anda

Ini adalah Untuk Anda:
Anda Mahu Tahu Cara Dapat RM 400 dalam masa 30 minit?

Tips bisnes dan pelaburan yang boleh membantu anda:
Harga Minyak Tak Naik - Janji Najib
Debat Minyak Anwar - Shabeery
Barang Mahal Barang Murah
Potong 10% Sahaja?
Perniagaan Bukan Sekadar Keuntungan Duit
Fitna oh Fitna
Pening Harga Minyak Naik



3 Trackbacks & Pingbacks

  1. June 5, 2008
    8:23 am

    PemikirKaya.com » HARGA MINYAK NAIK !:

    [...] depan sebelum mereka mula membayar kenaikan harga minyak tertinggi dalam sejarah Malaysia hari ini. Harga Petrol Naik 78 sen manakala Diesel Naik RM1 bagi setiap [...]

  2. June 5, 2008
    9:32 am

    Tazamfnbiz | Rahsia keusahawanan | Perniagaan | Cari Duit dari Internet |Pelaburan Unit Amanah |Masalah Card Credit » Blog Archive » Harga Minyak Naik Lagi:

    [...] tersebar luas. Dan saya pasti hari ini rata rata orang sama ada kedai, opis, blog atau forum akan bercerita tentang kenaikan harga minyak. Ada yang berpandangan positif dan ada yang negatif dan tentunya rata rata tidak [...]

  3. November 18, 2008
    8:18 am

    Barang Mahal Barang Murah | Pakdi.my:

    [...] (mulai 18 November 2008) tetapi ia sebenarnya masih mahal RM 0.08 dari harga RM 1.92 / liter (terus naik 78 sen) atau RM 0.68 dari harga RM 1.62 / liter (terus naik 30 [...]

16 COMMENTS


  1. Rebat yang diberikan ialah rm 625. Katakanlah rebet itu menyerap kenaikan sebanyak 78 sen- rebat itu ialah untuk 801.28liter petrol ( jika dibundarkan pada dua titik perpuluhan). tapi masalahnya lambat lagi nak dapat.

    Kalau kereta proton wira (bukan kereta mewah yea) boleh isi penuh 16 kali (45 liter sekali isi).
    Kalau begitu hanya 4 bulan sahaja boleh isi penuh 8 kali harga subsidi dan remainder of the months boleh isi sekali sahaja dengan harga subsidi. Kalau ulang alik kl-shah alam boleh 4-5 kali sahaja sebulan dengan harga subsidi!! Memang betul nasihat yang diberikan oleh Najib: Kena tukar gaya hidup. Apa alternatif yang ada? Sistem pengangkutan awam hampeh bernilai 4 billion (ingat janji Pak Lah dulu) oleh KJ, Scomi & Co.


  2. opps typos bukannya

    ” Kalau begitu hanya 4 bulan sahaja boleh isi penuh 8 kali harga subsidi”

    Tapi

    ” Kalau begitu hanya 4 bulan sahaja boleh isi penuh sebanyak 2 kali dengan harga subsidi


  3. Sorry pakdi, ambil komen saya kat blog sebol :-) , macam spam pulak gamaknya he..he.. :

    Blindspot dalam penstrukturan subsidi.

    Bila naik harga minyak mendadak, tetiba saya tersentak, terkedu, dan tersedar bahawa ada ‘blindspot’ dalam usaha merubah struktur subsidi.

    Ingatkan naik seposen, paling tinggi pun dua posen. Naik dekat 80 sen!! Walaupun saya bersetuju perlu ada penstrukturan subsidi, ‘responsibility’ daripada pihak kerajaan harus dipersoalkan.

    Saya sangka ini dilakukan secara berperingkat, adakan suruhanjaya, terangkan cadangan mekanisme subsidi yang baru, dan paling penting bukan naik mendadak.Umum harini, naik terus esok, bukan lagi Ogos. Ini macam kes bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar Math dan Sains. Tipikal mentaliti BN.

    Blindspot yang paling nyata ialah kegagalan kerajaan menyediakan ’support system’, sebagai contoh, sektor pengangkutan awam seharusnya direformasikan AWAL-AWAL lagi oleh orang-orang yang pakar agar rakyat ada pilihan/alternatif/choice. Bukannya macam hari ni, kita tiada pilihan. Dulu, subsidi bernilai RM4 billion juga dipotong, tetapi reformasi pengangkutan awam oleh syarikat keluarga Pak Lah GAGAL. Blindspot lain termasuk ‘domino effect’ terhadap harga makanan, dan servis. Dalam hal ni, lagi ramai rakyat yang terlibat termasuk mereka yang tidak berkereta. Rasanya kupon subsidi untuk makanan memang/lebih kritikal untuk ketika ini.

    Dan, rakyat dipaksa berkorban DULU untuk menyelamatkan wang kerajaan. Kalau kerajaan boros…..hmmm. Pak Lah akan kata jangan dipersoalkan kemana wang penjimatan dibelanjakan.

    Lihat- Pak Lah: Don’t question RM4.4 bil for public transport
    http://www.malaysiakini.com/news/48486


  4. ehhh satu je paklah oii kalau dh xdak duit utk pembangunan, xpayah buat pmbangunan.. bukan dekat cekik rakyat.. pembangunan la kunun


  5. Mohsein,

    Pembangunan tu perlu …jika tidak diwujudkan ruang untuk pembangunan negara pasti tiada peluang untuk mengisi ‘kantung mereka’ hasil daripada ‘projek’…pembangunan yang berbillion tu..- ‘alamak..terlebih sudah!’


  6. Pak Lah penasihat dia si Mamak Menteri Kewangan ke-2 tuu. Mamak bodoh tu memang la. Sebab dia duk ingat ramai je yang suka makan kat kedai mamak walaupun MAHAL.

    So apa lah sangat naik harga minyak, sebab org sure suka… macam org suka makan kat kedai MAMAK.

    Itu lah formula si MAMAK BODOH


  7. bacalah catatan saya.

    orang minyak pun terasa sebab dia bukan pembantu khas pak menteri. Orang kat atas sana tak pernah beratur nak isi minyak, bandingkan harga minyak dan jumlah liter terisi.

    diorang tahu ada kereta boleh jalan. Tak kira berapa kosnya.

    agak-agaknya kalau ada inisiatif potong elaun-elaun yang mengarut tue, berapa bilion boleh dijimatkan setahun?

    p/s : ramai orang sangka orang-orang minyak negara dapat diskaun harga minyak… tak ada yer tuan-tuan semua.


  8. ikram, ada yang cakap, Tun Det dulu zalim hanya kepada penentangnya. Tetapi kini Tok Lah zalim kepada semua termasuk yang menyokongnya!

    mohsein, hang masuk umno pi lawan Pak Lah. Jadi pengerusi UMNO Penang. ok dakkk?

    thinkerich, janji 4 bilion pengangkutan awam tu hilang di mana yaaa?

    kanot, hang bukan mamak eh? Hehe..

    abahfateh, pilu sungguh ayat ibu fateh dalam blog tu


  9. PakDi…

    Tentang janji 4 billion tu..’mereka’ dan ahli keluarga mereka juga yang tahu..


  10. erkk aku nk lwn depa dengan cara masuk umno? nantik kanot buat entry aku lompat pulak.. hahahaha

    aku masuk UMNO pun minyak rm2.70 jugak.. xde diskaun pun kat ahli umno…


  11. diatas nama pembangunan menteri kaya raya rakyat dipaksa makan ubi ngan naik beskal.. pembangunan nyaaaaa


  12. aku rasa kita kena desak agar gaji semua menteri n wakil2 rakyat di potong 70% untuk elakkan pembaziran wang rakyat sebab kebajikan rakyat tak terjaga sekarg ni, haram punya bodola badawi, sapa yg jumpa dia tolong tampar kepala dia bagi pihak aku


  13. aku pun bengang juga. org atasan kerajaan memanglah tak kisah walaupun beli minyak rm4… apa taknya. minyak semua kerajaan tanggung.. tengoklah perbentangan budget nanti.. confirm naik punya gaji… tp mcm mana dgn bekerja di sektor swasta.. ingat kita org senang2 ke nak naik gaji. dahlah harga minyak naik.. nanti harga makanan dan lain2 semua naik.. baik tinggal dlm hutan tak payah aku belajar tinggi2.. pembangunan konon..selama ini aku tak kisah siapa ketua negara.. kali ini aku nak daftar sbg pengundi.. aku nak undi pembangkang… aku nak tengok ketua kerajaan jadi ketua pembangkang pulak.. mari kita sama2 undi pembangkang… masa untuk berubah…


  14. Lihat pendapat rakyat samada kenaikan harga minyak berbaloi di atasi dengan bayaran tunai oleh kerajaan mengikut CC kenderaan. LIhat berapa ramai rakyat yang merasa puas dan berapa ramai yang tidak berpuas hati.Taip JEJAK VOTE KEPUTUSAN JOIN ke 33886 atau anda boleh menghantarkan pendapat anda, taip JEJAK VOTE MINYAK ke 33886.
    A=Setuju,B=Tidak setuju


  15. apon, 12 julai 08. amek cuti siap2. tak pun ajak satu ofis kau turun KLCC sekali. hehe…


  16. Minyak naik lagi.. Itulah keluhan semua rakyat Malaysia.Kerana arus kemodenan dan impak yang tinggi harus disahut ..maka generasi sekarang terpaksa atau dipaksa untuk diuji lagi oleh bermacam kekalutan.
    Subsidi atau pun tak negara harus mencontohi negara yang tiada minyak spt.Singapura dimana kemudahan transport awam yang tip top,bukan berpikiran secara dangkal …
    Banyakkan berpikir dan berpikir untuk semua menteri,untuk memikir cara terbaik menangani masalah yang dihadapi skg..

Leave a Reply

Boleh gunakan html kod. Untuk buat space perenggan sila guna kod <br> selepas perkataan terakhir.