Baca & Cari Artikel Lama Pakdi di sini
Powered by MaxBlogPress 

Pakdi.my Kapitalis.Muslim

Emak dan Bapak

Barangkali beberapa belas tahun dulu …

“Abang, tak mahu ke beli rumah ke, tanah ke untuk anak-anak kita?” Emak bertanya pada suatu petang.

“Hm…” Bapak memandang isterinya seraya berkata, “Duit yang ada ni abang nak bagi untuk anak-anak kita agar cukup ilmunya. Belajar setinggi boleh Sekadar itu. Abang tak berhajat nak kumpul harta untuk anak-anak. Kalau mereka nak harta biar diorang kumpul dengan usaha sendiri.”

Emak terdiam. Selepas itu emak tidak pernah bangkitkan soal sebegitu lagi.

Al-Fatihah.

Maulan b Dollah Mokeri (8 Mei 1938 - 2 November 1991)

Mariati bt Hj Sirat (13 Januari 1945 - 8 Mei 2008)

Terima kasih kepada kesemua yang datang menziarah, memberikan ucapan takziah melalui telefon, sms, emel, blog dan forum kepada saya dan keluarga.

Pautan lain:
1. Mother’s Day Shall Be Different This Time
2. In Memory of Wak Iti
3. Bila…aku sudah tiada………
4. 10.47p.m
5. Takziah Buat Pakdi dan Keluarga
6. Al-Fatihah
7. Pergilah Ibuku


Ketahui bagaimana anda boleh menjana RM 400 dalam masa 30 minit!


In Me on 16 May 2008

Terima kasih kerana membaca blog Pakdi.my dan sekiranya anda tidak mahu terlepas tips-tips yang boleh memahami dunia bisnes dan pelaburan dengan mudah sila langgan RSS feed blog ini. Klik di sini untuk melanggan



Kisah Jerung & Guppy Hukum Shariah Berkaitan Pasaran Hadapan (Futures Market)

9 Komen

Posted by Amin Idris [May 16, 2008 11:10 am]

Tabahkan Pakdi… Hidup ini umpama sebuah akademi. semakin banyak kita belajar, semakin tinggai nilai nilai yang kita miliki.

Antara yang kita belajar ialah melalui ujian Tuhan; kita diuji dengan kehilangan insan yang paling kita sayangi.

al-Fatihan buat kedua ibu dan bapa Pakdi.

Posted by kanot [May 16, 2008 11:14 am]

sabor… hanya doakan yang terbaik.

bini aku kena attend hari guru esok, so aku tak jadi balik kampung mlm ni. maknanya, aku berkesempatan pi kenduri ko esok akhirnya! kimi pon kata nak dtg, so sempatla kami bertarung fifa seround dua esok muahahah

Posted by kumb@ng [May 16, 2008 9:00 pm]

emak dan bapak dah tunaikan tanggungjawab…sekarang tanggungjawab kita tunaikan pada mereka…Al-Fatihah…

Posted by Thinkerich [May 17, 2008 6:44 am]

Dengan bekalan ilmu yang ditinggalkan dan diwarisi kepada anak-anak adalah jauh lebih baik daripada meninggalkan harta kekayaan…

Ilmu boleh digunakan untuk kebaikan dunia dan akhirat…

Harta kekayaan, mungkin sedikit sukar…kerana ianya mungkin membuatkan sesetengah insan itu menjadi lalai dengan keduniaan…

Dugaan sebenar manusia ialah apabila diuji dengan Harta Kekayaan, dan bukannya kemiskinan…

Salam Kekayaan,

THINKERICH

Posted by mohsein [May 18, 2008 7:26 pm]

sesungguhnya setiap kesusahan itu ada kesenangan…

Posted by Dr Azwan [May 19, 2008 12:46 pm]

InsyaALlah - Doa anak-anak yang Soleh akan sentiasa mengiringi mereka. Amin.

Posted by Fuad [May 19, 2008 4:41 pm]

Salam takziah Pakdi. Semoga ruh arwah dirahmati selalu. Sorry tak dapat hadir kenduri. Aku tgh outstation.

Posted by arejae [May 19, 2008 8:51 pm]

salam takziah untuk pakdi. Al-Fatihah.

Posted by 08.80.08 | Tips Resipi [August 8, 2008 9:22 pm]

[...] Al-Fatihah buat arwah Emak, Mariati bt Hj Sirat [...]

Tinggalkan Komen Anda