Debat Minyak Anwar - Shabeery
[Update]
Perbincangan ahli panel di Astro Awani adalah lebih menarik untuk didengar dan diperhalusi. Khususnya apabila Datuk Salleh Majid (bekas Pengerusi Bursa) datang dan memberikan pandangannya.
Inflasi adalah hasil mismanagement of economy. Itu point utama beliau. Selain Malaysia masih menggunakan US Dollar untuk urusan jual beli minyak dan juga masalah Malaysia yang masih banyak mengimport makanan dari luar.
Kalau anda dulu beli nasi lemak RM 1, dan selepas naik harga minyak, jadi RM 1.20 , secara mudahnya, dah naik 20% inflasi.
Bukannya hanya 6% seperti yang dibawa oleh Shabeery Chik berdasarkan sumber Bank Negara.
Idea Datuk Salleh Majid ini boleh digunakan oleh Shabeery Chik (kalau dia rujuk kepada Datuk Salleh terlebih dahulu) untuk menguji Anwar Ibrahim:
“Kalau minyak naik USD 200 setong macam mana? Adakah turun harga minyak boleh selesaikan masalah?”
[Entri Asal]
Chit poodah Ahmad Shabeery Chik.
Entah apa ntah dia melalut. Asyik menghentam Anwar Ibrahim. Bukannya mengeluarkan fakta-fakta berkaitan minyak sangat pun. Zam Maidin boleh berbangga, penggantinya lebih kurang sama macam dia. Minister of Misinformation.
Apa la kaitan demonstrasi Anwar pada 1974?
Apa kaitan kerajaan BN yang banyak bagi ruang kepada Petronas?
Apa benda lah isu krisis kewangan Asia dikaitkan dalam hal ini?
Apa kes dok naikkan isu demonstrasi harga minyak?
Kenapa dok asyik attack peribadi Anwar Ibrahim?
Anwar Ibrahim dah sebut, ini bukan isu Petronas. Ini isu ke mana duit yang Petronas bagi kepada kerajaan? Dan beliau dah sebut, antara langkah besar yang perlu segera dipertimbangkan adalah berkaitan kontrak IPP yang berat sebelah.
Sekiranya Anwar sebut nak perabiskan duit Petronas, memang saya pun akan kutuk dia. Tetapi Anwar sudah membezakan tanggungjawab Petronas dan kerajaan.
Kerja Petronas gali minyak, jual minyak, beri sebahagian besar untung kepada kerajaan.
Kerajaan pula patut menguruskan duit keuntungan tersebut untuk kebaikan rakyat. Ini masalah pengurusan harta negara! Saya ulang, isu pengurusan kekayaan negara.
Ke mana duit tersebut sudah pergi?
Ke mana duit tersebut sudah hilang?
Ke mana duit tersebut sudah digunakan?
Datuk Ahmad Shabeery Chik, you’re fired!
Gunakan calculator ini sekiranya anda ingin mengetahui berapa yang anda akan dapat dengan menyimpan hanya RM 150 sahaja sebulan di dalam ASB (8%) untuk tempoh 10 tahun Klik di sini untuk mengira duit anda!
Klik sini kalau anda mahu saya menghantar tips bisnes dan pelaburan terus ke emel anda
Ini adalah Untuk Anda:
Tips Resipi Untuk Wanita Bekerjaya
Wah, Budak 17 Tahun Dapat RM 10,000 dari internet!
Anda kini boleh dapatkan $100 sehari dengan blog
Nak buat bisnes dan tengah cari sample rancangan perniagaan?
Panduan Cari Duit Untuk Berkahwin
Tips bisnes dan pelaburan yang boleh membantu anda:
Kenyataan Media Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim
Snippets: Anwar Didakwa esok, Fatwa Pinjaman Haji
Anwar Bebas dan …
Anwar Ditangkap Polis
Kes Liwat Anwar Ibrahim
Utusan Malaysia yang lama sudah lama mati
Aik …


July 15th, 2008 at 10:38 pm
assalamualaikum
si kordi pun sama… tak bagi soklan tapi mengulas macam dia pengacara pulak.. pastu pi cakap benda yang salah plak tu.
pandangan kutu macam saya ni:
- shaberry tak jawab isu baki dana pengangkutan.
- shaberry dok attack anwar
- anwar selalu senyum & tenang
- anwar sebut pasal wang yang telah diberikan pada kerajaan, bukan wang yang masih ada di petronas, si shaberry…
- anwar sebut pasal mismanagement, si shaberry… ah.. tatau la nak cakap apa….
- kenyataan shaberry kosong dan berulang-ulang…
entah faham soklan ke idak shaberry tu… credit to emcee. selalu tak berapa suka bila dia mengacara. tapi kali ni.. 2 thumbs up!
July 16th, 2008 at 1:18 am
Ntah apa-apalah Pak Menteri nih…@#!
Orang berdebat pasal harga minyak dan ekonomi …dihentamnya pulak peribadi orang..
Patutnya perjelaskan apa rasionalnya kerajaan tak dapat beri dan turunkan harga minyak !
Jangan asyik ulang point yang sama dua tiga kali ..pahtu hentam anwar..balik.,.balik anwar..yang kena…
Hai..lomah bonar …Kabinet Pak Lah nih…
Nampaknya ada orang yang kena letak jawatan Menteri lepas nih…sbb dah FAILED!
July 16th, 2008 at 8:28 am
Ntoh la, mmg ahli parlimen BN x paham soklan kot, klau ahli parlimen x paham susaoh la mcmniee..
July 16th, 2008 at 8:50 am
Seperti dijangka soalan peribadi akan dimainkan dan tak menjawab soalan…Shebbery rasanya memang tak layak bergandingan dengan Anwar dalam isu ni…
July 16th, 2008 at 10:59 am
duit tu sume sudah masuk dalam poket2 mereka yang nak bangunkan koridor sana sini la. untuk pembangunan dan kemudahan rakyat jugak katanya. cit poorah…
July 16th, 2008 at 11:05 am
Aduh ! apa dah jadi ?? Sbg pemerhati dan rakyat biasa, saya rasa Menteri Penerangan dah gagal. Bila bercakap pasal fakta kenapa ubah topik dan serang peribadi. Rakyat dah boleh menilai. Saya kagum dengan hujah Anwar walaupun selama ini saya sering menyokong BN. Ini bukan soal Petronas, soal ekonomi dan infalsi dunia, ini soal kecekaoan membelanja duit dan uruskan khazanah negara. Memalukan bila seorang menteri bertindak menyerang peribadi apabila tiada jawapan yg tepat pada setiap hujah yg Anwar bangkitkan.
July 16th, 2008 at 1:14 pm
sbenarnya anwar juga pndai dari mula2 lagik. statement dia turun 50posen dulu sbgai langkah pantas mmg mematikan hujah shabery n nordin kadri smpai kena mntk premis dulu dari anwar sblum bg soklan. kat situ anwar dah set supaya depa 2ekoq xleh nak reka fakta.. so turun 50posen hanya mggunakan 5billion. depa duk ingat anwar akan turun lg bwh dr rm1.92.. kalau jadi macam tu mmg anwar la kena titik.. depa akan tanya dari sumber mana nak tampung berbillion tuk reduce immediately. 5billion in one night buleh dicari. 50 billion in one night almost imposible la kan..
hujah yang paling best.
anwar: kalau iran negara inflasi tinggi tp at least minyaknya murah.. kita ni malaysia.. inflasi tinggi minyak pun tinggi.. hahha
July 16th, 2008 at 1:16 pm
hanya ahli parlimen BN saja yg skong minyak naik.. hahhahah pyokong2 umno pun pedih ulu hati kena ayat tuh….
July 16th, 2008 at 2:21 pm
emmm bila tgk debat nie semalam dan bila ditilik dan di perincikan..sedikit sebanyak ada menyamai dgn senario sykt sekarang..”reserved capacity” serta perjanjian yg dimeterai ternyata berat sebelah..tindakan kerajaan menubuhkan SPAN serta syarat mengenakan 1% keatas annual income yg diperolehi ada sedikit kesamaan kt situ..
apa-apa pun juga mesej yg hendak disampaikan oleh DSAI semalam mudah difahami oleh rakyat..debat semalam mengujakan sementelah dah lama tak tgk DSAI debat secara live …
July 16th, 2008 at 2:32 pm
wpun debat smlm x menyebabkan minyak turun pun hr ni but at least debat tu boleh dijadikan satu precedent.. dan dapat disimpulkan bhw kerajaan sememangnya tanak rakyat tau ke mana duit dh dibelanjakan.. sy setuju statment dsai, klu suntikan modal.. bail out juta2 itu tak apa tp beri kpd rakyat itu subsidi hingga perkataan itu jd negatif pengertiannya..
July 16th, 2008 at 7:12 pm
Shabery Cheek dah nak terkucil dalam seluar tu semalam…wahaha
July 16th, 2008 at 8:30 pm
semalam tubuh kerajaan…hari ni patut shabery letak jawatan!
July 16th, 2008 at 11:36 pm
Beratlah nampaknya kabinet PakLah kalau inilah prestasi yang boleh dibanggakan dengan jaguh debat BN. Ada lagi ke jaguh2 BN/UMNO yang nak berdebat live dgn DSAI? Itulah kualiti memteri2 yang ada dalam barisan kabinet Pak Lah. Kesian semua kita rakyat M’sia. Mintak2 jadilah tukar kerajaan Sept ini supaya keadaan tidak menjadi lebih parah.
July 18th, 2008 at 9:40 am
datuk shabeery tue kurang pengalaman berbanding DSAI yg penah pgg pelbagai jawatan so DSAI taula dlm hal ehwal negara nie..dia tak layak berdebat DSAI…
July 21st, 2008 at 10:33 pm
Teruk btul anwar. Sebelum pilihanraya kata lain, selepas pilihanraya kata lain. Kalo dr rm2.20 hanya boleh turunkan 50sen, bermaksud kalo lah kerajaan anwar memerintah, minyak akan naik 28sen. huh! Mungkir janji.