Buat Duit Dengan Blog
Apakah cara-cara yang anda tahu untuk buat duit dengan blog?
Barangkali anda telah buat duit dengan blog dan barangkali tidak. Dan sekiranya anda belum, saya akan kongsi bagaimana anda boleh buat duit dengan blog anda.
Wow! Best tak?
Sejak kebelakangan ini, ada beberapa orang yang bertanyakan macam mana blog boleh buat duit. Dan ada yang spesifik bertanyakan mengenai Nuffnang.
They’re all asking the right question at the right time.
Ok. Nuffnang ini saya boleh sebut sebagai orang tengah yang membawa pengiklan kepada blog anda. Macam DiGi suruh Nuffnang iklankan produk Fu-Yoh mereka, dan Nuffnang akan pilih dari kira-kira 40,000 bloggers yang berdaftar dengan Nuffnang untuk mengiklankan produk DiGi di blog anda.
DiGi sukahati sebab ada 40,000 blog untuk diiklankan.
Nuffnang suka hati sebab DiGi bagi upah.
Anda pun suka hati sebab dapat duit dari Nuffnang (sekiranya blog anda dipilih menyertai kempen DiGi)
Anda tak perlu jumpa Marketing Department DiGi. Anda cuma perlu baring atas katil yang empuk (ahh.. enaknya) di rumah anda (er… di pejabat pun boleh) dan update blog.
Itu contoh.
Tauke Ebook KuasaLelong, NoorizamShah sedang memberi laporan percuma kepada sesiapa yang berminat untuk buat duit dengan blog khususnya dengan menyertai program Nuffnang.
Dalam report ini, pendapatan dari Nuffnang beliau adalah kira-kira 4x ganda pendapatan Nuffnang yang saya terima. Jadi, sudah tentulah Noorizamshah adalah orang yang lebih tepat untuk bercerita tentang anda mengenai Nuffnang.
Saya dah dapat laporan tersebut dan laporan tersebut memang sangat sesuai untuk anda khususnya yang baru-baru nak berjinak-jinak dengan Nuffnang. Ada ditunjukkan step-by-step yang diperlukan untuk anda yang mahu mula menjana pendapatan dengan Nuffnang.
Anda yang berminat untuk buat duit dengan Nuffnang, sila ke blog beliau dan download sekarang juga. NoorizamShah kata ia terhad kepada 1500 orang sahaja.
Cumanya saya ingin beri 1 tips awal kepada anda :
Pastikan blog anda tidak dibaca oleh geng-geng anda sahaja.
Blog anda mestilah ditulis dengan isi kandungan yang boleh menarik lebih daripada geng-geng anda. Melainkan geng-geng anda adalah berjumlah 1000 orang. Dan semuanya datang membaca blog anda setiap hari. Maka tulislah topik yang akan dibaca oleh geng-geng anda.
Jadi, pastikan topik blog anda itu adalah sesuai yang boleh menarik ramai orang. Lagi ramai lagi bagus. Komen yang banyak dalam post blog anda tidak menggambarkan jumlah pelawat yang datang membaca blog anda. Justeru, jangan tertipu seperti monyet di zoo!
Jadi, anda kena fikirkan dan berani meneroka topik-topik baru yang barangkali ada peminatnya sendiri seperti blog bagaimana wanita bekerjaya boleh menyediakan makanan yang simple untuk suami di rumah.
Jadi apa lagi! Dapat duit dari blog yang anda update dari atas katil empuk rumah anda dan boleh lepas bayar bil streamyx pun sudah bagus apa!
>> Saya nak laporan pasal Nuffnang dari NoorizamShah!
p.s. Tumpukan kepada usaha untuk menambah jumlah pelawat yang datang ke blog anda dahulu baru anda tengok jumlah duit yang dijana oleh blog anda.
p.p.s Lepas pelawat datang seperti beribu-ribu lemon ke blog anda, money will come!
Gunakan calculator ini sekiranya anda ingin mengetahui berapa yang anda akan dapat dengan menyimpan hanya RM 150 sahaja sebulan di dalam ASB (8%) untuk tempoh 10 tahun Klik di sini untuk mengira duit anda!
Klik sini kalau anda mahu saya menghantar tips bisnes dan pelaburan terus ke emel anda
Ini adalah Untuk Anda:
Tips Resipi Untuk Wanita Bekerjaya
Wah, Budak 17 Tahun Dapat RM 10,000 dari internet!
Anda kini boleh dapatkan $100 sehari dengan blog
Nak buat bisnes dan tengah cari sample rancangan perniagaan?
Panduan Cari Duit Untuk Berkahwin
Tips bisnes dan pelaburan yang boleh membantu anda:
Siaran Ulangan: Jom ke Seminar Suruhanjaya Sekuriti
Anwar Bebas dan …
Aik …
Bagaimana Anda Boleh Menjana Pendapatan Melalui Blog? (Siri 3)
Bagaimana Anda Boleh Menjana Pendapatan Melalui Blog?
Bagaimana Anda Boleh Menjana Pendapatan Melalui Blog? (Siri 2)
Utusan Malaysia yang lama sudah lama mati


June 24th, 2008 at 2:25 pm
Pakdi dapat berapa RM sebulan?

June 24th, 2008 at 2:33 pm
tak lah sebanyak noorizamshah yang buat report tu.
boleh lah nak bagi lepas duit-duit bil.
June 24th, 2008 at 2:54 pm
apa yang boleh saya katakan tentang post ini ialah… FU-YOH!
hehe..
tak la,
sebenarnya betul cakap pakdi.. kita kena rajin tulis blog..
tips yang saya nak kongsikan.. sentiasa main dengan keyword PANASSSSSSs .. so insyaAllah.. traffik akan datang menderu macam enjin keretapi.. hehehe
June 24th, 2008 at 6:27 pm
ya.. tang keyword panas tuuu pun penting gak.. hehe….
June 30th, 2008 at 5:30 pm
So, macam mana buat duit dgn blog?
June 30th, 2008 at 5:58 pm
sila ke website noorizam dan download ebook tersebut. situ dah ada tulis 1-2-3 step by step.