Apa Matlamat Kewangan 2008 Anda?
Tahniah kepada anda yang telah mencapai sasaran kewangan 2007. Bak kata Pie, dia nak joli 0.5% dari pendapatan ASB 2007 kerana dia hanya sasarkan 8.5% sahaja, dan ASB bagi 9%.
Menjelang 2008 ini, ada 3 peringatan yang saya perlu ulangi untuk anda memastikan anda membuat perkiraan pelaburan dan kewangan yang lebih baik.
1. Kadar Inflasi
Setiap pelaburan sebenarnya dibuat kerana anda perlu mengatasi kadar inflasi. Inflasi adalah perkataan boombastic untuk menyusahkan anda memahami maksud “Barang dah naik harga.”
Sebagai contoh, dalam mengira pulangan ASB 9%, jangan lupa mengira kadar inflasi yang berlaku. Menurut Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, kadar inflasi negara adalah sekitar 2.0 - 2.5%. (Hoho.. dengan menolak faktor lokasi setempat) Maka sebenarnya nilai sebenar pulangan pelaburan ASB adalah:
9% - 2.5% = 6.5 %
2. Pendapatan vs pelaburan
Pendapatan (income) adalah berbeza dengan pelaburan (investment), apatah lagi perlindungan (insurans). Pendapatan adalah sumber kewangan yang anda dapati dari pekerjaan atau perniagaan anda. Pelaburan adalah tempat untuk anda menggandakan wang hasil pendapatan anda itu tadi.
Sebab itulah banyak dialog yang dapat didengari, “Aku nak kahwin ni. Ada tempat tak yang boleh buat duit aku double dalam masa 1 tahun. Aku ada RM 10,000 ni.”
Ayat skema yang dimaksudkan adalah: Apa dia instrumen pelaburan yang boleh bagi return 100% dalam masa 1 tahun?
MALANGNYA, matlamat pelaburan setinggi 30%, 50%, 100% setahun adalah objektif yang tidak realistik melainkan anda melabur dalam tempat yang tinggi kadar leveragenya (berisiko tinggi bagi kebanyakan orang).
Walaupun ia tidak mustahil (ehem… ehem… saya sudah mula mendengar anda tidak bersetuju kerana ada dana saham amanah yang sudah memberi pulangan setinggi itu), tetapi pulangan sebegitu tidak akan berlaku setiap tahun. Saya ulangi, ia tidak akan berlaku setiap tahun.
Matlamat pelaburan sekitar 10-20% adalah mencukupi.
Tetapi pendapatan anda boleh bertambah sehingga berkadar infinity sekiranya anda berniaga!
3. Pelaburan dibuat sekiranya anda mempunyai lebihan pendapatan
Pelaburan sepatutnya dibuat selepas anda menyelesaikan segala keperluan seharian keluarga, persekolahan anak-anak, bil-bil, hutang rumah, hutang kereta, hutang PTPTN, hutang kad kredit dan sebagainya,
Simpanan pula seharusnya dibuat sebelum anda melakukan perkara yang disebutkan tadi.
Justeru, anda hanya patut melabur apabila anda mempunya lebihan wang yang mencukupi. Jadi, apabila anda mula terfikir untuk mengambil skim pinjaman ASB dari bank-bank tertentu, atau membuat pinjaman peribadi untuk membeli saham, manakala akaun simpanan anda zero…! Barangkali ia petunjuk kepada anda yang sebenarnya anda tidak bersedia untuk melabur lagi.
Yeah.. Semoga anda semua akan dapat mencapai matlamat kewangan untuk tahun 2008 kali ini!
Gunakan calculator ini sekiranya anda ingin mengetahui berapa yang anda akan dapat dengan menyimpan hanya RM 150 sahaja sebulan di dalam ASB (8%) untuk tempoh 10 tahun Klik di sini untuk mengira duit anda!
Klik sini kalau anda mahu saya menghantar tips bisnes dan pelaburan terus ke emel anda
Ini adalah Untuk Anda:
Tips Resipi Untuk Wanita Bekerjaya
Wah, Budak 17 Tahun Dapat RM 10,000 dari internet!
Anda kini boleh dapatkan $100 sehari dengan blog
Nak buat bisnes dan tengah cari sample rancangan perniagaan?
Panduan Cari Duit Untuk Berkahwin
Tips bisnes dan pelaburan yang boleh membantu anda:
Adakah artikel blog ini mudah difahami?
Apa itu Pengurusan Kewangan?
Anda serius untuk membaiki kedudukan kewangan anda?
Langkah Pertama Jadi Jutawan
Periksa Cashflow Bulanan Anda
Bukan hanya ada satu jalan
Dividen & Bonus ASB 2007


January 1st, 2008 at 8:50 am
theme baru, selamat tahun baru 2008
satu lagi artikel bernas dari pakdi. terutama ’sebelum’ dan ’selepas’ tu..
January 1st, 2008 at 2:13 pm
hepi new year too. sudah lama kau tak update blog. honeymoon lagi ke
January 3rd, 2008 at 7:50 am
tak, sedang buat sesuatu yang akan direlease percuma dalam masa terdekat
January 3rd, 2008 at 12:53 pm
percuma ek. takde prog affiliate? hehe…
January 17th, 2008 at 10:09 am
abang pakdi,
Saya cadang nak simpan duit dalam Tabung Haji je.OK ke?Pulangan dia OK ke?
January 17th, 2008 at 3:35 pm
ok je simpan di TH. tapi saya secara peribadi sasarkan duit di situ hanya untuk menunaikan haji sahaja, tidak lebih dari itu. pulangan sekitar 4-5% sahaja.