Pakdi.my

Membentuk Kapitalis Muslim
Dapatkan Dodol Istimewa untuk Orang Tersayang Sempena Aidilfitri Tahun ini

Tempahan cookies Short Bread Choc Chips dibuka untuk Aidilfitri. SMS 017-2268339 (Raihan)

Ketahui Rahsia Budak 17 Tahun Menjana RM 10,000 di internet

Panduan Kumpul Wang untuk Bakal Pengantin

Tips Resipi Untuk Wanita Bekerjaya

Kembangkan bisnes anda di sini. Lebih 400 pengunjung setiap hari. Klik untuk hubungi Pakdi!


Cerita Saya

Terima kasih kerana mengunjungi Pakdi.my - Blog Cerita Bisnes & Pelaburan

Pakdi adalah lawyer by education tetapi pada akhir pengajiannya baru menyedari ekonomi, kewangan dan perniagaan adalah minatnya.

“No regret though.” Ujarnya.

“I am too smart. Too charismatic. Too brave, too handsome - my male counterpart never agree this part with me, my female colleague agree in silent-mode and my wife will always say that to me - ,and, sometimes, too stupid!” Pakdi tersenyum.

Pakdi sebenarnya suka berlawak di kalangan rakan-rakan terdekat tetapi untuk kali pertama anda mengenalinya, he is too serious.

Suzardi Maulan's Facebook profile
Sertai Network Facebook Pakdi!

Telah memulakan perniagaannya sendiri sejak zaman universitinya lagi dan dia tidak menoleh ke belakang lagi selepas itu. Dia seorang usahawan, pengurus dana, internet marketer, blogger dan juga seorang suami.

“My life is tough. Really tough. I lost my dad since 7 years old. My mum passed away just 2 days before my marriage. It is very hard to take, but Allah knows better.” Pakdi mengimbas kembali antara pengalaman hidup yang pahit.

Pakdi telah membuka lembaran baru dalam dunia internet apabila melancarkan forum khusus mengenai dunia kewangan, pelaburan dan perniagaan menerusi forum BicaraJutawan.com . Forum tersebut kini mempunyai lebih dari 10,000 orang ahli forum dan telah membantu beribu-ribu forumers mendapatkan pelbagai maklumat mengenai bidang kewangan, pelaburan dan perniagaan dan pada masa yang sama telah membantu ahli forum mengembangkan network sesama mereka khususnya di kalangan orang-orang Melayu.

“Who says Melayu asyik Me-layu?” Pakdi berang apabila bangsa Melayu sering diperlekehkan.

Dia mempunyai minat yang dalam mengenai politik, tetapi dia tidak berminat untuk aktif berpolitik. Cukup menjadi pemerhati dunia politik katanya. Pernah mempunyai blog sosio-politik yang popular tetapi telah menutupnya atas sebab tertentu. Kini dia banyak menumpukan penulisannya dalam topik berkaitan ekonomi, pengurusan kewangan, perniagaan dan pelaburan di blog edisi bahasa Inggeris, Pakdi-Net dan blog edisi bahasa Melayu, Pakdi.my

Sebagai penyokong Liverpool, dia berharap akan dapat ke Anfield tidak lama lagi. Namun, cita-cita utama Pakdi adalah sebagai seorang Fund Manager.

“I know myself more by active in the market. ” Pakdi tersenyum.

Pada masa yang sama, beliau telah melatih tidak kurang dari 1000 mahasiswa yang berminat untuk menjadi usahawan menerusi seminar, bengkel dan kem keusahawanan yang dianjurkan. Ramai di kalangan mereka kini telah giat berbisnes walaupun masih belajar di universiti dan juga terus bergelar usahawan selepas tamat pengajian seperti Pakdi.

“The business camp module is very unique. As an organizer, we can still learn a lot of new things that can be used to improved our business skills. The participant who can make money - I mean real money - in the camp will survive in business because the module teach them the most important skill to become an entrepreneur that all wannabe young entrepreneurs must know in order to become very successful.” Pakdi bercerita tentang pengalamannya melatih wannabe young entrepreneurs.

Melalui syarikatnya sendiri, Pakdi juga telah melatih dan menyediakan lebih dari 250 orang yang mahu menjadi seorang pelabur yang bijak dan serius dalam pengurusan kewangannya melalui simulasi pelaburan Cashflow 101, kelas Technical Analysis, hartanah dan juga Seminar Pengenalan FKLI & FCPO.

“Investing is easy. If you know how to do it. Just let yourself be open and be teachable. An an investor, everyday is a new day. People lose money in investing because they’re simply uneducated and do not learn the very basic of investing.”

Sekiranya anda ingin mengucapkan “Hi!” kepada Pakdi, ingin menjemput Pakdi sebagai speaker di program anda atau anda ingin mencadangkan topik yang ingin anda baca di blognya, anda cuma perlu klik di sini dan terus menghubungi Pakdi

Disclaimer: Segala penulisan di dalam blog ini adalah bersifat pendidikan. Tiada nasihat pelaburan diberikan secara spesifik. Sila rujuk dengan profesional yang layak. Segala keputusan pelaburan anda perlu dibuat selepas anda faham segala untung dan risiko kerugian. Pakdi.net tidak akan bertanggungjawab atas segala kerugian, kerosakan, kehilangan dan apa-apa yang memudaratkan anda pada masa hadapan kelak.