3 Sebab Kenapa Starbucks Tidak Patut Beroperasi Di IPTA
Saya rasa pihak Kementerian Pengajian Tinggi tidak berfikir panjang sebelum membenarkan kafe francais macam Starbucks, kopitiam dan Dunkin Donuts untuk beroperasi di IPTA. Saya agak kecewa dan terperanjat apabila membaca laporan tersebut.
Sebab # 1 WiFi akan disediakan oleh Starbucks
Wi-fi tidak berfungsi dengan baik di IPTA. Maka, untuk jalan mudah, suruh sahaja kafe-kafe francais seperti Starbucks menyediakan khidmat tersebut untuk kemudahan para pelajar IPT.
Alamak, macam tidak ada cara lain di pihak kementerian untuk mengatasi masalah tersebut. Sepatutnya, ada jalan yang lebih baik yang boleh difikirkan oleh mereka.
Adakah kementerian suka membudayakan para pelajar menghabiskan duit yang banyak di tempat sebegitu?
Harga makan dan minum di Starbucks memang mahal. Adakah ini gaya hidup yang ingin diajar oleh kementerian kepada semua pelajar yang bakal menjadi orang penting dalam negara? Sudahlah ramai pelajar (tidak semua) yang menghabiskan duit biasiswa, pinjaman PTPTN dengan membeli handset baru, motor baru dan beberapa keperluan yang tidak berapa perlu, dan kini mahu ditambah pula dengan godaan baru?
Aduhai, ada cara lain untuk meningkatkan kemudahan wi-fi.
Sebab # 2 Subsidi er.. kepada siapa?
Dalam isu minyak, rakyat disuruh agar tidak lagi bergantung dengan subsidi. Tetapi dalam isu ini disuruh pula para pelajar disubsidi. Saya tidak pasti subsidi yang dimaksudkan bagaimana.
Adakah kerajaan akan membayar subsidi kepada kafe francais tersebut?
Adakah kerajaan akan meminta pentadbiran IPT memberi subsidi sewa kepada kafe francais tersebut?
Adakah untuk membolehkan kafe francais menjual dengan harga murah, maka subsidi dalam bentuk lain seperti pengecualian cukai dan sebagainya akan diberikan kepada pengusaha kafe francais terbabit?
Setahu saya kafe francais ada standard yang tersendiri. Justeru, bukan mudah nak merendahkan atau meninggikan harga produk mereka.
Ada pelajar bajet makan sehari pun tidak sampai RM 10, inikan pula mahu meneguk air kopi yang berharga RM 10 semata-mata untuk menggunakan servis Wi-Fi yang gagal disediakan dengan oleh IPT yang seharusnya telah bersedia untuk menjadikan para pelajarnya up-to-date dengan teknologi hari ini.
Sebab # 3 Kementerian tidak menggalakan para pelajar IPT menjadi usahawan
Adalah lebih baik Kementerian Pengajian Tinggi bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk memberikan ruang kepada para pelajar IPT menjadi usahawan dengan menyediakan premis-premis perniagaan di lokasi strategik di dalam IPT untuk diusahakan sendiri oleh mahasiswa.
Apa salahnya pelajar IPT membuat premis kedai kopi ala Starbucks mereka sendiri?
Tidak bolehkah pelajar IPT membuat premis donut ala JCO dan Dunkin Donut mereka sendiri?
Bodoh sangatkah pelajar IPT untuk mengusahakan premis kopitiam mereka sendiri?
Saya terlibat dalam latihan-latihan pembangunan usahawan untuk mahasiswa. Antara rintihan para peserta yang terdiri dari para pelajar IPT ini kepada saya adalah, pihak universiti tidak memberikan kerjasama yang baik untuk mereka membuka kedai mereka sendiri di dalam universiti. Dengan erti kata lain, pihak IPT tidak menggalakkan mahasiswa berniaga dan menjadi usahawan.
Malah, rakan saya sendiri ketika zaman belajarnya pernah mencadangkan untuk mengusahakan kafe siber di kolej kediaman, cadangan tersebut ditolak mentah-mentah oleh pihak IPT. Tiba-tiba, tidak lama kemudian, kafe siber ada dibuka di tempat berkenaan. Selidik punya selidik, oh, kawan pegawai tu punya kafe siber.
Adalah lebih baik kementerian menggalakkan premis-premis diusahakan oleh mahasiswa yang berminat nak jadi usahawan.
Adalah lebih baik kementerian menyalurkan subsidi tersebut terus kepada mahasiswa yang berminat untuk menjadi usahawan dengan cara begini. Sekurang-kurangnya pengalaman berniaga mereka tersebut boleh menjadi batu loncatan untuk terus berjaya dalam bisnes.
Adalah lebih baik kementerian membantu mengatasi masalah graduan menganggur dengan menyediakan latihan praktikal menjadi usahawan untuk para mahasiswa dengan menyediakan ruang niaga yang sesuai kepada mereka.
Seorang usahawan tidak lahir dari pembelajaran di bilik kuliah.
Sebab itulah kajian Unit Perancangan Ekonomi pada tahun 2005, menunjukkan pelajar jurusan pentadbiran perniagaan adalah mereka yang paling banyak menganggur.
Sudahlah memang sukar untuk usahawan muda masuk dan berniaga di premis besar seperti di KLCC, Mid Valley dan Pavilion, takkanlah tempat yang mereka mempunyai upaya untuk berniaga seperti di dalam IPT mereka sendiri pun ingin diberi kepada kafe francais seperti Starbucks?
Saya mohon agar Kementerian Pengajian Tinggi memikirkan semula cadangan untuk membenarkan Starbucks beroperasi di IPT dan cuba memikirkan plan yang lebih baik agar universiti boleh menjadi tempat latihan mahasiswa untuk bermula menjadi seorang usahawan.
Saya sedia membantu.
Gunakan calculator ini sekiranya anda ingin mengetahui berapa yang anda akan dapat dengan menyimpan hanya RM 150 sahaja sebulan di dalam ASB (8%) untuk tempoh 10 tahun Klik di sini untuk mengira duit anda!
Klik sini kalau anda mahu saya menghantar tips bisnes dan pelaburan terus ke emel anda
Ini adalah Untuk Anda:
Tips Resipi Untuk Wanita Bekerjaya
Wah, Budak 17 Tahun Dapat RM 10,000 dari internet!
Anda kini boleh dapatkan $100 sehari dengan blog
Nak buat bisnes dan tengah cari sample rancangan perniagaan?
Panduan Cari Duit Untuk Berkahwin
Tips bisnes dan pelaburan yang boleh membantu anda:
Apa Pelaburan Pilihan Anda?
Cerita-cerita nak Buat Bisnes
Selamat Hari Raya
Hotel Malaysia Banyak yang Tak Halal?
For Things to Change, You Must Change First
Dunia Perniagaan untuk budak kurang pandai?
Perniagaan Internet vs Perniagaan Offline


June 27th, 2008 at 3:28 pm
setuju!!! memang tidak patut benda tu ada kat IPTA!
June 27th, 2008 at 3:33 pm
Starbucks kat IIUM? Perghhhhh..tak bisa dibayangkan,dia nak ikut IPTS ni,kat kolej aku dulu..Auntie Anne ade..San Francisco coffee ade..nasib baik time tu aku dah habis,kalau tak kompem purse kempis,perut boroi..=P
June 27th, 2008 at 7:12 pm
kumbang, mu rasa tak patut dengan sebab di atas atau ada sbb tambahan?
nore, takkan sudah kawad sana sini masih perut boroi lagi. he he
June 27th, 2008 at 9:12 pm
Saya amatlah tidak bersetuju dengan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) nie…banyak cara lain nak mengatasi masalah WIFI di kampus IPTA ni..
Sepatutnya KPT buat kerjasama dengan MeCD dengan mewujudkan francais Bumiputera…
Dengan cara ini, ianya dapat memberi dorongan kepada para pelajar IPTA untuk membudayakan minda bisnes/usahawan ciptaan Malaysia…
June 27th, 2008 at 10:33 pm
sgt setuju, hari tu kjaan sruh brjimat tp bnarkan starbucks dibuka di IPTA, cakap tak serupa bikin, entah2 ada kepentingan peribadi kot, sape yg tahu. Byk alternatif lain boleh dibuat tp jln yg menghabiskan duit pelajar gak nk diluluskn. Kalo tolg bumiputera takpe la jugak ini bantu org luar siap bg subsidi lg, rakyat sendiri nk subsidi tak bagi pulak.
June 27th, 2008 at 11:20 pm
satu ayat jer…hampeh.
cakap tak serupa bikin,kononnya usahawan sebagai kerjaya pilihan,tapi hakikatnya????
June 27th, 2008 at 11:27 pm
Nasib baik saya telah grad
June 27th, 2008 at 11:48 pm
apa yg pakdi kata tu benar. sbb tu saya setuju dengan pakdi.
pertama kali dengar berita starbucks dibenar operasi di ipta dalam kepala saya fikir, habislah duit budak U. anak orang kaya lainlah. masalahnya golongan yang sedang2 dan yang bawah2.. nak wifi? jom pegi starbucks.
sekali lepak rm10 terbang. paling kurang 4 kali seminggu lepak,minum2, surfing2, sebulan dah jadi RM160..hoho..banyak tu hanya untuk wifi..
lebih baik subcribe rm68 sebulan untuk 3G celcom(promote la pulak
) atau RM8 untuk daily unlimited(24 jam) yang sudah tentu bole di access di mana-mana, bukan hanya terhad di kafe saja. kat kantin pun boleh.
Pada saya KPT ambil jalan mudah(mungkin masyuk agaknya…
). bukan tak boleh berunding dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi seperti celcom sekiranya coverage 3G di ipta belum meluas. juga boleh runding pasal harga package broadband untuk pelajar2. dari bagi untung kat starbucks lagi baik bagi kat syarikat GLC… 
June 28th, 2008 at 8:48 am
saya adalah antara yang pernah terlibat dalam program keusahawanan. Yang sedihnya tidak ada bantuan atau tunjuk ajar secara terus daripada pusat usahawan di tempat saya belajar dulu. mungkin keadaan sekarang lebih baik. apapun, ia pengalaman yang berguna untuk saya
en kumbang, saya pakai 3G celcom, tapi ada gak kurengnya. Coverage tak menyeluruh. Kajang pun dapat 2G je, camne?
June 28th, 2008 at 12:25 pm
wah, ramai juga yg tak bersetuju rupanya.
thinkerich, itu cadangan yang baik juga.
molotov, mmg kadang2 pening baca kenyataan yang saling bercanggah gitu.
yasir, itu dah jadi tabiat mereka.
afyan, kalau tak grad lagi, kenapa ya?
kumb, celcom tak mau buat rate khas ke utk student?
abahfateh, pusat usahawan itu diuruskan oleh usahawan atau pentadbir yang berkhidmat di IPT?
June 28th, 2008 at 4:41 pm
saya x setuju dengan idea kpt nie.
bukan pasal harga mahal di starbucks tetapi kewujudan francais shop sebegini mcm galakkan student hidup bermewah, kjaan suruh rakyat ubah cara hidup, tapi disediakan starbucks dll.
klu gini mcmn lifestyle nak ubah, bila student dah terbiasa dgn lifestyle camni, diorg xkan rasa keperitan rakyat marhaen yg lain..
padahal student U yg akan jd pemimpin negara akan datang
June 28th, 2008 at 8:14 pm
anak-anak orang kaye boleh la pegi, tapi kalau student tu da terdesak nak gune tenet, terpakse la lepak situ
June 29th, 2008 at 10:55 am
Pergh… Nasib baik saya dah keluar UIA.
June 29th, 2008 at 12:49 pm
pentadbir yang mkn gaji dan hanya pandai berteori.
June 29th, 2008 at 3:55 pm
abahfateh..antara 2G dan 3G memang 2G lagi meluas, sebabnya 3G ni baru lagi..di banding operator lain, celcom lagi meluas. InsyaALLAH akan datang akan lagi meluas. Kajang kat area mane tu? nanti bole saya fowardkan…

pakdi..buat masa ni untuk student celcom bagi Upax..lebih murah dari biasa. kalo broadband bole subcribe yg RM8 utk 24 jam. kira murah tu kongsi dengan kawan2 buat schedule sape nak pakai. sejam dalam 34 sen je.
June 29th, 2008 at 7:11 pm
malam tadi di buletin utama TV3, Menteri KPT, Dato Khaled Nordin menafikan hal ini.
Entahlah. Menteri dan timb menteri dah tidak boleh bercakap pasal dasar yang sama?
June 29th, 2008 at 11:32 pm
entahnya.. bg Starbucks buat apa? bg la kat org Melayu buka kedai makan eksklusif sikit.. bg bantuan kewangan… bukan xde org Melayu yg mampu buat =)
bg aku kalau xde org sgt.. he he