[Update]
Perbincangan ahli panel di Astro Awani adalah lebih menarik untuk didengar dan diperhalusi. Khususnya apabila Datuk Salleh Majid (bekas Pengerusi Bursa) datang dan memberikan pandangannya.
Inflasi adalah hasil mismanagement of economy. Itu point utama beliau. Selain Malaysia masih menggunakan US Dollar untuk urusan jual beli minyak dan juga masalah Malaysia yang masih banyak mengimport makanan dari luar.
Kalau anda dulu beli nasi lemak RM 1, dan selepas naik harga minyak, jadi RM 1.20 , secara mudahnya, dah naik 20% inflasi.
Bukannya hanya 6% seperti yang dibawa oleh Shabeery Chik berdasarkan sumber Bank Negara.
Idea Datuk Salleh Majid ini boleh digunakan oleh Shabeery Chik (kalau dia rujuk kepada Datuk Salleh terlebih dahulu) untuk menguji Anwar Ibrahim:
“Kalau minyak naik USD 200 setong macam mana? Adakah turun harga minyak boleh selesaikan masalah?”
[Entri Asal]
Chit poodah Ahmad Shabeery Chik.
Entah apa ntah dia melalut. Asyik menghentam Anwar Ibrahim. Bukannya mengeluarkan fakta-fakta berkaitan minyak sangat pun. Zam Maidin boleh berbangga, penggantinya lebih kurang sama macam dia. Minister of Misinformation.
Apa la kaitan demonstrasi Anwar pada 1974?
Apa kaitan kerajaan BN yang banyak bagi ruang kepada Petronas?
Apa benda lah isu krisis kewangan Asia dikaitkan dalam hal ini?
Apa kes dok naikkan isu demonstrasi harga minyak?
Kenapa dok asyik attack peribadi Anwar Ibrahim?
Anwar Ibrahim dah sebut, ini bukan isu Petronas. Ini isu ke mana duit yang Petronas bagi kepada kerajaan? Dan beliau dah sebut, antara langkah besar yang perlu segera dipertimbangkan adalah berkaitan kontrak IPP yang berat sebelah.
Sekiranya Anwar sebut nak perabiskan duit Petronas, memang saya pun akan kutuk dia. Tetapi Anwar sudah membezakan tanggungjawab Petronas dan kerajaan.
Kerja Petronas gali minyak, jual minyak, beri sebahagian besar untung kepada kerajaan.
Kerajaan pula patut menguruskan duit keuntungan tersebut untuk kebaikan rakyat. Ini masalah pengurusan harta negara! Saya ulang, isu pengurusan kekayaan negara.
Ke mana duit tersebut sudah pergi?
Ke mana duit tersebut sudah hilang?
Ke mana duit tersebut sudah digunakan?
Datuk Ahmad Shabeery Chik, you’re fired!
Popularity: 7% [?]