Mudahnya Menjemput Rezeki

mudahnya menjemput rezeki

“Kenapa menjemput dan bukan mencari rezeki?”

“Apa bezanya menjemput vs mencari?

Mungkin itulah yang terlintas di fikiran kita apabila memandang buku ini. Sebuah karya yang penuh dengan ilmu dan panduan yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian kita. 

Jika kita mencari sesuatu yang kita sendiri tidak tahu di mana tempatnya, memang susah. Ibarat hilang kunci kereta, satu rumah dicarinya. Sehinggakan di dalam solat pun masih terfikir di mana letaknya kunci tersebut. Cari di ruang tamu, di dapur, malah sehingga cari di bilik air tidak juga jumpa kunci tersebut. Apa perasaan kita masa itu? Marah, pening, resah dan gelisah.

Rezeki juga begitu. Kita tidak pernah tahu di mana letaknya rezeki. Sudah tentulah sukar mencarinya. Berapa banyak yang kita akan dapat? Bila kita akan dapat? Melalui bisnes yang mana satu? Semuanya dalam urusan Allah.

Berbeza dengan “menjemput”, biasanya kita sudah tahu siapa yang mahu dijemput dan di mana mereka tinggal. Pergi sahaja berjumpa dengan orang yang kita mahu jemput, serahkan kad jemputan dan selesai.

Maka, kaedah menjemput rezeki adalah lebih mudah daripada mencari rezeki. Sebabnya kita sudah tahu satu-satunya Pemberi rezeki hanyalah Allah. Buat sahaja apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang. Asal jadi orang baik, soal rezeki jangan risau, Allah jamin. Kalau beli barang yang ada jaminan 3 tahun pun kita sudah yakin dan beli tanpa was-was, kenapa jaminan daripada Allah kita tidak yakin?

Penulis juga berkongsi strategi yang boleh kita gunakan untuk menjemput rezeki ini. Antaranya adalah mengutamakan solat berjemaah, bersedekah, solat Dhuha, tekun berusaha, solat Tahajud dan banyak lagi. Disertakan juga 12 kisah sebenar mengenai topik menjemput rezeki ini.

Tidak salah untuk berimpian. Allah tidak pernah halang cita-cita kita selagi mana masih di dalam ruang lingkup yang dibenarkan. Mahu jadi doktor? Mahu jadi lawyer? Mahu jadi majistret? Mahu buat bisnes? Mahu jadi jutawan? Mahu jadi pelabur? Silakan. Berusahalah ke arah impian tersebut. Tetapi dalam masa yang sama jangan dilupakan tanggungjawab kita kepada Allah.

Aspek sunnatullah juga perlu diambil kira. Allah suruh kita berusaha, rezeki Dia tentukan. Jangan kita asyik berdoa tetapi tidak diiringi dengan usaha yang betul dan bersungguh-sungguh. Jika mahu berniaga nasi lemak, pergi belajar dahulu cara-cara membuat nasi lemak yang sedap. Selesai belajar, praktiskan terus ilmu tersebut. Pagi-pagi sudah buka kedai. Ada hari untung, ada hari rugi. Biasalah adat berniaga. Dalam masa yang sama, tingkatkan hubungan kita dengan Allah. Buat sahaja. Usaha perlu konsisten.

Itu sahaja syaratnya.

Mudah.

Buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang.

About the author: Sedang cari panduan urus gaji, urus hutang & pelaburan ? Untuk info lanjut sila klik link ini

Lagi Artikel Menarik

3 comments… add one
  • Suhail May 6, 2013

    Salam Pakdi,

    Laris betul buku ini. PBAKL habis. MPH pun habis.

  • Kay Azlen Jun 10, 2013

    Buku yang sangat baik dan patut dikongsi bersama ilmunya..

Leave a Comment