1. Saya sebenarnya ada menulis siri penulisan berkaitan pasaran bebas / pasaran terbuka dahulu sebelum artikel-artikel tersebut “hilang” akibat tragedi yang berlaku baru-baru ini.
2. Sementara menunggu saya menyusun kembali penulisan yang lama, saya mencadangkan kalian untuk membaca buku ini:

The Best Book On The Market; How to Stop Worrying and Love the Free Economy.
3. Saya tidak sengaja membeli buku ini tidak lama dulu, awek cun yang tunjuk kepada saya semasa kami berada dalam kedai buku. Saya pun tidak tahu sama ada buku ini ada lagi dijual di kedai-kedai buku yang utama. Maklumlah, ini bukan buku novel remaja.
4. Buku ini sebenarnya menceritakan apa itu pasaran terbuka dengan menggunakan Bahasa Inggeris yang mudah. Naratifnya mudah untuk difahami. Sedar tidak sedar, rupanya kita sedang membaca teori ekonomi yang kompleks.
5. Che Det telah menyuarakan pendapatnya tentang prinsip asas MEB walaupun secara tidak langsung. Ia dilaporkan menerusi Bernama.
6. Dunia sudah berubah, kerajaan Tok Jib juga telah menunjukkan kesediaan untuk berubah, maka adakah kita semua sebagai orang biasa hanya mahu dudukĀ statik dan kaku sahaja?
Tutorial Rancang Wang - Percuma. Dapatkan sekarang dengan mengisi nama & emel:
Jika artikel ini menarik, kongsikan di Facebook & Twitter:


{ 8 comments… read them below or add one }
setakat ini negara apa yang mengamalkn ekonomi bagus ye?
Salam Pakdi…
Saya ada satu soalan. Semalam, sy ditawar oleh seorang promoter dr sebuah bank… package atau nama pelaburan itu MONEY MARKET…
Katanya, ia seperti FD, tapi kelebihannya, minimum kena simpan duit 3 hari sahaja, dan kalau nak menebus, kena inform 3 hari awal…
Faedah yg ditawarkan lebih kurang macam FD biasa juga… cuma tempoh amat singkat… dan faedah dibayar setiap hari…
Apa rasa Pakdi tentang pelaburan ini… selamat kah?
Terima kasih…
//ps- buku itu tak dapat di klik untuk besarkan imejnya….
Salam Syia..
Pada pendapat saya, kita tak dapat terus mengatakan mana satu negara yg mengamal ekonomi yang bagus.. kerana setiap satu sistem ekonomi yang di amalkan ada PRO dan CONs…
Betul tak Pakdi… hehe sy pun baru belajar…
<>
Syia, apa yang dimaksudkan dengan “bagus” ? Kurang jelas soalan tu,.
Mir, money market orang awam tak boleh masuk macam tu sahaja. Jadi, apa sebenarnya yang ditawarkan? Apakah nama produk nya?
Saya akan update nama produk itu kemudian… terima kasih..
Betul kata pakdi, memang kurang analisis yang dibuat. Setakat ini apa yang saya perasan analisis yang dibuat ialah di akhbar Thestar (yang saya pun tak sempat nak baca ye) atau akhbar seperti The Edge. Sebuah parti politik pula mengatakan MEB tidak mempunyai roh dan berdasarkan akhlak selagi mana ia bertunjangkan sistem liberal. Namun, saya merasakan komen itu tidak bersifatkan politik.
maaf luar topik…
boleh ulas sikit ttg Bursa Saham Bumiputera BSE…
Salam Tuan Pakdi..buku yang bagus ni.Tapi di Kota Bharu hanya ada Kedai buku Popular.Saya cari tak dak..di KB pun takda MPH.