Memulakan Bisnes Sendiri

tang

Mulakan dengan apa yang ada di tangan.

Apa yang kita suka. Apa yang kita pandai. Apa yang kita tahu.

Dan sudah tentu apa yang kita suka itu mesti ada orang mahu beli dan bayar. Bukan terus masuk projek juta-juta. Tidak perlu ada kabel. Tak perlu menyembah, mengampu dan menaja orang politik.

Boleh berbisnes dengan kerajaan. Mendapatkan kontrak dan tender. Cuma itu bukan satu-satunya cara berniaga.

Nabi Muhammad saw bermula dengan menjadi pengembala kambing penduduk Mekah. Warren Buffett bermula dengan menjual chewing gum dan Coca Cola.

Kita tak perlu fikir buat bisnes hebat-hebat dulu. Terus-terus ada kilang. Terus dapat pakai kereta mewah berkilat. Terus ada pejabat mewah dan mahal. Kita jual benda yang orang mahu dan benda tersebut selalunya benda yang kita guna hari-hari.

The Apprentice Donald Trump bermula dengan menjual lemonade. The Apprentice Asia bermula dengan menjual ikan, udang & sotong di pasar basah.

Universiti mana yang wujud syllabus bisnes untuk ajar kita kalau nak mula berniaga, mulakan dengan menjual air sirap limau ais ikat tepi di tepi pesta sukan sekolah?

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.