Membeli Kereta Barangkali Tindakan Kita yang Paling Bodoh

1. Kereta adalah liabiliti.

2. Jangan beli kereta sekiranya kita hanya mampu bayar duit ansuran bulanan, tetapi terlupa kira kos petrol, kos takaful, kos servis, kos maintenance, kos spare part, kos parking, kos tol dan kos-kos lain.

3. Sekiranya tuan puan dapat menyertai skim rumah pertamaku, maka itu adalah tindakan yang jauh lebih baik dari membeli sebuah kereta.

4. Jika sudah membeli kereta dan tiba-tiba rasa sesak kerana situasi nombor dua, maka cari pendapatan tambahan adalah lebih baik. Kalau rasa tidak mampu cari pendapatan tambahan, adakah kita sanggup memotong perbelanjaan?

5. Namun kalau tidak pakai kereta pun ada masalah lain. Mungkin (Atau cuma cari alasan nak pakai kereta?). Pening-pening.

6. Kita kena akui dan terima hakikat kereta adalah liabiliti. Kereta menghabiskan duit gaji kita setiap bulan. Jadi kena ada cara yang bijak untuk membeli sebuah kereta. Duit gaji tidak diusik, simpanan ada, kereta pun ada. Itulah yang terbaik!

Ketahui cara tips & strategi membeli sebuah kereta melalui link di bawah:

Ya, saya mahu tahu cara bijak beli kereta!

About the author: Suzardi Maulan, penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang dan 2 tutorial online; Panduan Cashflow & Panduan Saham Untuk Pelabur Baru. Sila klik sini untuk membaca profil penuh.

93 comments… add one

  • aduka Apr 6, 2013

    saya setuju dengan pandangan pakdi yang tindakan membeli kerta barangkali merupakan tindakan yang bodoh.. pakdi hanya menyebut barangkali.. bagi mereka yang mempunyai ilmu kewangan, mungkin sudah faham akan maksud pak di itu.. kita membeli kereta sepatutnya dengan mengukur kemampuan cash yang kita ada. Jangan membeli kereta tanpa membuat taksiran terlebih dahulu bebanan perbelanjaan yang akan ditangung selepas pembelian kerata itu. Yang pertamanya kita kena asingkan perbelanjaan untuk diri kita, sebaiknya separuh daripada gaji (1/2) dimana setengah gaji ini merangkumi simpanan dan perbelanjaan harian. 1/2 lagi yang perlu dibelanjakan untuk benda lain. Seharusnya kita kena fikir tempat perlindungan terlebih dahulu. maksudnya rumah, ini kerana rumah dimalaysia naik 7~10% setahun. Jika kita lambat untuk membeli maka kita kena menanggung kos kenaikan tahunan tadi, oleh itu kita perlu memberi penekanan untuk membeli rumah, walaupun rumah itu sebuah apartment/flat, ia adalah aset kita sendiri dan nilai rumah tersebut akan naik 7% setahun. Dan lebihan daripada rumah tadi bolehlah digunakan untuk membuat hutang yang lain. Kenderaan penting tetapi nilainya akan susut saban tahun mungkin 5-10%. Bodohlak kita akalu menggunakan separuh daripada gaji hanya untuk membeli liabili yang langsung tidak membantu untuk meningkatkan aset kita malah susut saban tahun. Walaupun bagi kita ia cukup berbaloi untuk memudahkan kita pergi sana sini dan melindungi keselamatan di jalan raya, namun pilihan kenderaan yang tidak tepat tadi akhirnya menyebabkan anda mendapat kesusahan di kemudian hari. Contohnya apabila anda membeli sebuah kereta honda yang berharga lebih 80 ribi dan membuat perjanjian dengan bank selama 9 tahun dimana anda membuat pembayaran hampir 900 sebulan. Dan gaji anda pada waktu itu hanyalah sekita 2000, maka anda tidak boleh membuat pinjaman lagi. maka anda tidak layak untuk membeli rumah selama 6 ke 9 tahun, (ambil faktor sampai kereta habis bayar dan kenaikan gaji), dan seperti yang saya cakap rumah akan naik 7% setahun dan setelah 6 tahun rumnah itu akan meningkat harganya sebanya 42%. So bagaimana anda ingin menyediakn wang untuk membeli rumah pada masa itu. Dengan keadaan inflasi yang meningkat menyebabkan harga barang dan minyak meningkat. Kereta yang kita punyai pada waktu itu susut nilainya, nak gadai pun tak memberi pulangan yang tingi. kemungkinan kerata selepas 9 tahun dah reba dan perlu diganti.. so sebab itulah pemilihan yang salah ketika membeli kereta barangkali merupakan tindakan yang bodoh.. jadi fikir2 lah sebelum membeli kereta.

    • Mchess Jul 17, 2013

      Saya setuju dengan pernggunaan perkataan barangkali. Bagi saya kereta adalah aset. Tidak bersetuju? Saya adalah seorang pemandu teksi. Maka keta saya adalah aset. Kereta saya digunakan untuk menambah nilai dalam hidup saya. Sebarang alat yang digunakan untuk menambah nilai adalah aset…

      Begitu juga dengan sebahagian orang Malaysia yang lain. Kereta digunakan untuk mencari rezeki. Kereta adalah satu liabiliti bukan nyer selalu tepat. Kalu bot mewah itu betul. Itu memang satu liabiliti.

  • paklang Apr 7, 2013

    Tapi.. Kadang2 kereta idaman ni boleh dijadikan sebagai pembakar semangat hehe

  • titan Apr 7, 2013

    setuju. dah beli. jangan banyak bunyi aa. haha..bila harga minyak naik..salahkan itu..salahkan ini aje..haha

  • omar Apr 26, 2013

    Salam..
    apabila hutang kereta selama 9 tahun dah selesai, sudah tentu kereta tu lunyai. so berbaloi ke kalau overhaul balik enjin kereta tu? instead of beli kereta baru..utang lagi.. minta pendapat. terima kasih.

  • sham Aug 12, 2013

    salam.seronok juga baca pasal urus duit ni.saya mmg takde sgt rancang duit ni.lepas grad terus kawin dan beli kete.tak penah fikir cari duit atau kumpul aset ke apa ke tapi alhamdulillah skarang dah ada 3 kete dan sebiji rumah.dan dsr kami sekeluarga masih less 30% pada umur mid30s.my prinsip is just buat apa yg patut at that moment of time…

  • Fahira Fauzi Dec 12, 2013

    Alhamdulillah perkongsian Pakdi sangat membuka mata saya. Sekarang, saya sedang belajar jana pendapatan sampingan tanpa usik duit gaji untuk bayaran bulanan kereta. Insha allah

  • farid Feb 6, 2014

    Dulu saya anggap beli kereta akan menambah hutang. saya mmg asalnya seorang tkot menanggung risiko & sentiasa berfikir di dalam konteks & selepas baca buku robert kiyosaki saya mula fikir di luar konteks. saya cari ilmu yg saya anggap betul. Bkn sng nk ubah persepsi minda kita kalo dah biasa latih negatif. Sy bagi cadangan je ni mcm mana nk usaha fikir diluar konteks..Cara saya berfikir diluar konteks ialah dengan banyak membaca buku law of attraction, kemudian sy pn pelik gak lepas praktis, sy mula fikir sesuatu berkaitan bisnes. Then sy mula mencari buku kiyosaki, kemudian mula bertemu dengan org yg sy anggap guru la sng cite..mula2 self learning je, then saya banyak belajar dengan pakar kewangan underground, tp rasa x cukup lg. Ada je benda yg rasa sentiasa xcukup ilmu tu. In Shaa Allah akan laksanakan apa diajar step by step.

Leave a Comment