Maybank2U Pay Bantu Usahawan Online

Ini khabar baik untuk online business.

Baru-baru ini Maybank telah mengumumkan feature terbaru yang terdapat di dalam Maybank2u untuk memudahkan usahawan berniaga secara online yang dinamakan sebagai Maybank2u Pay.

pix_gal0

Bagi mereka yang memang sudah berniaga secara online, pasti gembira mendengar pengumuman ini. Kemudahan yang disediakan memang tepat pada masanya ketika industri perniagaan online sedang meningkat naik di Malaysia.

5 Kelebihan Maybank2u Pay

1. Melakukan pembayaran secara automatik terus daripada website penjual. Tidak lagi perlu ke website Maybank2u dan melakukan transaksi secara manual.

2. Lengkap dengan maklumat pembayaran seperti nama, email, jumlah, tarikh dan masa. Sebelum ini penjual hanya nampak jumlah wang yang dimasukkan sahaja tanpa ada maklumat lengkap. Jika ada satu dua transaksi masih boleh diuruskan, tetapi jika ada 100 transaksi dengan jumlah yang sama? Nanti yang claim produk ada 101 orang, kan dah kelam-kabut.

3. Pembeli dan penjual menerima notifikasi pembayaran di email. Setelah selesai pembayaran, kedua-dua pihak akan mendapat email notifikasi daripada Maybank2u mengatakan transaksi tersebut telah berlaku. Kita boleh simpan sebagai rekod.

4. Pembeli tidak lagi perlu mengemukakan bukti pembayaran. Kalau dulu pembeli kena copy paste maklumat pembayaran dan berikan kepada penjual.

5. Boleh menyemak semula transaksi yang lepas (60 hari). Mudah nak audit dan juga mudah untuk buat rekod transaksi.

Setakat ini, ada 4 jenis perniagaan sahaja yang akan diluluskan oleh Maybank.

  1. Aksesori & Pakaian
  2. Elektronik
  3. Makanan
  4. Muzik & Buku

Empat jenis ini yang diumumkan secara rasmi oleh Maybank di website mereka. Selain dari itu mungkin mengikut pertimbangan dan budi bicara mereka yang review permohonan anda. Proses kelulusan akan mengambil masa 1-2 hari.

Cara Mengaktifkan Maybank2u Pay

1. Login Maybank2u

2. Klik pada Maybank2u Pay icon

maybank2upay1

2. Klik pada Apply for Maybank2u Pay

maybank2upay2

 

3. Tick dan continue

maybank2upay3

4. Isikan maklumat perniagaan anda di ruangan ini.

maybank2upay4

5. Pada page seterusnya,masukkan TAC dan selesai.

6. Tunggu approval dari pihak Maybank.

7. Setelah mendapat kelulusan dari Maybank, anda akan dapat code untuk untuk diletak di website anda. Butang pembayaran akan kelihatan seperti di bawah :

icon maybank2u pay

8. Bila pembeli klik pada icon tersebut, paparan di bawah akan muncul.

maybank2upay5

Pembeli boleh login dan buat pembayaran seperti biasa. Mungkin ada pembeli yang tidak yakin pada mulanya sebab penggunaan sistem Maybank2u Pay ini masih baru. Tetapi Maybank telah meletakkan “You are in a secured mode” untuk menyakinkan pembeli.

Mudah dan cepat.

Memang menarik, tertarik, memang debooom!

Diharapkan selepas ini CIMB, Bank Islam, dan bank-bank yang lain akan mengikuti jejak langkah Maybank ini.

About the author: Mahu menjalankan seminar & latihan pengurusan kewangan peribadi ? Sila hubungi kami melalui link berikut : www.afiqtraining.com

Lagi Artikel Menarik

4 comments… add one
  • Myvitrd Apr 28, 2013

    Minta izin tuan untuk share dalam blog saya..

  • amin007.ledang May 29, 2013

    baru daftar. dia akan call kita ker?

  • anon Jan 12, 2014

    1. Cimb ada tak pekhidmatan bisnes seperti apa yang dah Maybank tawarkan?
    2. Kalau ada apa alamat website permohonannya?
    (jawap segera ya…)
    12:40 pm
    12.01.2014

Leave a Comment