Matawang Bersandarkan Emas Tidak Menjadikan Ia Islamik

Merujuk kepada Dinar dan Dirham Kelantan, Tun Mahathir dalam ucap utama Global Islamic Finance Forum 2010 menyatakan matawang yang bersandarkan emas hanya menjadi Islamik sekiranya ia bebas dari riba.

Saya setuju dengan kenyataan beliau kerana mata wang yang dibenarkan oleh Islam tidak terhad kepada emas semata-mata. Selain emas dan perak komoditi seperti gandum, barli, kurma dan garam juga boleh dijadikan sandaran matawang.

Apa yang penting, sebarang matawang mesti bebas dari riba. Pada zaman Rasulullah saw, kita maklum emas  dan perak adalah matawang yang dipanggil dinar dan dirham, tetapi riba tetap wujud secara berleluasa sehinggalah khutbah terakhir baginda, isu riba tetap menjadi penekanan kerana riba masih belum dihapuskan sepenuhnya.

Malah, sekiranya tuan puan terlibat dengan “pelaburan emas” , hanya penjualan tunai sahaja yang halal. Sekiranya, bayar selesai emas belum terima, itu riba. Begitu juga sekiranya emas selamat diterima, tetapi bayar ansur-ansur, itu juga riba.


Gold Backing Of Currency Doesn’t Make It Islamic – Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, Oct 26 (Bernama) — Backing currency with gold does not make it Islamic, former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said on Tuesday.

He said it became Islamic only if transaction in the currency did not involve interest or riba.

“It is not the name that is important. It is the gold backing for the currency, whatever may be its name,” he said in a keynote address at the Global Islamic Finance Forum 2010 here.

He said there were repeated suggestions for the use of gold dinars, and Muslims bankers must not be moved by sentiments alone.

He said people needed also to be conscious that gold prices could change and its value in different countries would differ.

“If we use gold as a currency domestically, the purchasing power will differ with different countries. Besides that, its bulk makes it unsuitable as currency for everyday use,” he said.

Dr Mahathir said when gold was the standard by which currency was issued, it was fixed at US$36 per ounce of gold.

“Today, one ounce of gold worth US$1,400. One US dollar would be equivalent to 1/1400 ounce of gold.

“It would be very tiny if issued in coins. It is not practical to carry gold coins in the pocket,” he said.

He said the place for gold would be in the settlement of international trade as it involved large sums of money and payment in physical gold would be inconvenient because of its bulk.

Meanwhile, Dr Mahathir said there was a great future for Islamic finance but its success would not be because it did not involve payments of interest.

He said its future depended on ethical practices, supervision by governments, avoidance of dubious practices and products, concentration of financing of real business and rejection of betting on futures and manipulation of the market.

“Profiteering must be avoided, and there must be a limit to money creation,” he said.

Dr Mahathir said the sector had found many ways to be profitable without resorting to blatant interest charges but the conventional banks were forever coming up with banking products.

“While it is important that Islamic banks match these products, it should be very careful that the products are ethical, that they truly conform to the tenets of Islam,” he said.

He said proper regulations and supervision by inspectors who themselves must be under supervision was important if the sector was to grow and become a good alternative to the current banking system.

“The Islamic banking system has not yet been abused now but this does not mean it will never be abused. There are as many greedy people among Muslims as there are among the followers of other religions,” he said.

He said the executives should be well-compensated and they must never award themselves unreasonable pay, compensation and bonus.

“These are tough conditions but if they are not met then Islamic finance may meet an early grave,” Dr Mahathir said.

– BERNAMA

About the author: Suzardi Maulan, penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang dan 2 tutorial online; Panduan Cashflow & Panduan Saham Untuk Pelabur Baru. Sila klik sini untuk membaca profil penuh.

4 comments… add one

  • Razif Yusof Oct 26, 2010

    Thanks Pakdi…

  • Amin007.Ledang Oct 27, 2010

    “. Selain emas dan perak komoditi seperti gandum, barli, kurma dan garam juga boleh dijadikan sandaran matawang”

    matawang dari bahan makanan???

    tak dapat bayangkan hehehe. kalaulah matawang itu boleh dimakan…

  • hubahuba23 Oct 27, 2010

    Sokong Tun!

  • pakdi Oct 28, 2010

    Laporan ucapan yang sama, dengan tajuk dan fokus yang lain:

    Kewangan Islam boleh punah

    Oleh NORLAILI ABDUL RAHMAN
    bisnes@utusan.com.my
    KUALA LUMPUR 26 Okt. – Sektor kewangan Islam akan turut punah sebagaimana yang terjadi kepada sistem kewangan konvensional jika nilai etika, pemantauan kerajaan serta penumpuan terhadap membiayai perniagaan sebenar (real business) diabaikan.

    Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, amalan dan produk-produk kewangan Islam juga perlu dipastikan benar-benar tulen dan tidak bercampur dengan perkara-perkara yang meragukan.

    Tambah beliau, sistem kewangan Islam mula menjadi tumpuan apabila kemelesetan ekonomi global berlaku akibat kegagalan sistem kewangan konvensional.

    “Sistem kewangan Islam mempunyai masa depan yang sangat cerah, tetapi kejayaannya tidak hanya bergantung kepada penghapusan riba sebaliknya lebih kepada nilai-nilai etika pengamalnya yang menolak untuk bertaruh dengan masa hadapan serta memanipulasi pasaran,” katanya.

    Dr. Mahathir berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama di Forum Kewangan Islam Global di sini hari ini.

    Menurut beliau, walaupun sistem perbankan Islam yang juga merupakan satu sistem bukan berasaskan riba masih belum disalahgunakan, tetapi itu bukan jaminan bahawa ia adalah kebal dan kalis krisis.

    Justeru, beliau mencadangkan undang- undang dan pengawasan sewajarnya dilaksanakan oleh pihak berkuasa sesuatu negara bagi memastikan sistem tersebut tidak disalahgunakan.

    “Sistem perbankan Islam terus tumbuh kerana ramai orang Islam yang kaya-raya, dan ia akan menjadi satu alternatif terbaik kepada sistem perbankan sedia ada.

    “Sudah terlalu lama orang Islam menerima perbankan konvensional kerana tiada pilihan ,” jelasnya.

    Beliau turut menggalakkan lebih ramai Muslim terutama yang kaya untuk melabur di dalam sistem kewangan Islam berbanding sistem kewangan berasaskan riba bagi memastikan ia terus berkembang dan menjadi pilihan termasuk orang bukan Islam.

    “Melabur di dalam bank sama seperti memberi pinjaman kewangan, apabila wang telah diserahkan, seseorang itu tidak lagi mempunyai kawalan ke atas wangnya.

    “Kita tidak tahu apa yang dilakukan oleh bank terhadap wang dan faedah yang dikenakan, ia mungkin digunakan untuk membiayai peperangan atau memusnahkan negara-negara Islam, ” ujar beliau lagi.

    Walaupun tidak mengenakan sebarang kadar faedah, tidak semestinya sistem kewangan Islam adalah satu sistem yang tidak menguntungkan.

    Jelas bekas perdana menteri yang juga bekas menteri kewangan, keuntungan yang dijana oleh sistem kewangan Islam haruslah dipastikan sumbernya dan tidak ‘mencekik darah’ sebagaimana yang dilakukan oleh bank-bank konvensional.

    Ia juga seharusnya hanya membiayai perniagaan yang halal dan tidak mempunyai unsur-unsur pertaruhan terhadap kemungkinan masa depan.

    “Kita tahu pelaburan di pasaran saham boleh menjadi salah satu landasan untuk perjudian, ” katanya.

Leave a Comment