Mana Lebih Baik; Personal Financing ke House Financing ?

hom

Assalamualaikum,

Pak Di,

Saya pernah beli e-book Panduan CashFlow, sungguh banyak membantu orang macam saya banyak duit gaji tetapi tak tahu macam mana mahu mengurusnya.

Saya mahu membuat rumah yang berharga sekitar 350K, saya sudah ada 150K, yang balance 200Knya, yang mana lagi menguntungkan sama ada saya mengambil house loan or personal loan?

Semoga diberi pencerahan.

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca email saya.

Jawapan

1. Soalan ini kelihatan tuan mahu membuat rumah di atas tanah kosong. Dalam kes ini, bank barangkali dapat bagi sekitar 60% sahaja dari nilai tanah untuk membiayai pembangunan atas tanah tersebut.

2. Sekiranya tuan ada aset, hartanah lain barangkali dapat buat re-finance untuk dapatkan lebihan cash.

3. Personal financing adalah lebih mahal dari membuat pembiayaan hartanah / rumah. Ia adalah pilihan terakhir, jika tak dapat membuat pembiayaan berkaitan perumahan.

4. Sebagai nota tambahan, jika beli rumah dari pemaju / sub-sale maka sudah pasti housing financing scheme. Banyak kelebihannya seperti kadar yang lebih murah dan fleksibiliti. Saya ada kongsikannya di sini; Cara Pilih Pinjamam Loan Rumah

Barangkali ada pembaca lain mahu berkongsi pengalaman.

Dipersilakan.

Mahukah tuan tahu teknik selesaikan hutang rumah dengan lebih cepat? Sila klik link di bawah untuk info lanjut:

www.panduancashflow.com

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

7 comments… add one
  • Adi Oct 18, 2012

    “Wah, rate Bank Rakyat untuk personal financing kakitangan kerajaan hanya 3.25%. Boleh buat sampai 20 tahun tu, buat beli rumah. Lagi rendah dari rate rumah pun 4.9%. Jom buat personal financing bank rakyat buat beli rumah!” Kata Mr. Y.

    Betul ker statement Mr. Y ni?

    Buat siapa yang tak tahu, dalam bank ni ada 2 jenis rate calculation:

    1) Rule 78 – biasa diguna untuk pembiayaan kenderaan dan pembiayaan peribadi.
    2) Reducing Balance- biasa guna untuk pembiayaan hartanah.

    Beza? Kalau dibanding apple-to-apple, rate yang pakai “Rule 78” adalah 2X ganda dari reducing balance. Maknanya effective rate bagi 3.25% di atas darab 2 adalah bersamaan 6.5% jika dinilai mengikut calculation berdasarkan reducing balance. Contoh calculation ada di gambar bawah ni.

    Rate sama, Tenure sama, Principal amount sama, tapi monthly installment dan total interest collection berbeza.
    (Tgk dalam Link dibawah)

    http://goo.gl/HQ1gm

    • huzaifi Oct 19, 2012

      tuan adi,
      tQ untuk info n carta kt atas ni..sy mmg xpernah tau..next time kn lebih byk mengkaji ni..

    • Suzardi Maulan Oct 21, 2012

      Terima kasih!

  • izat Sep 7, 2013

    salam pakdi. sy keje ngn gov. sy nak bt personal loan utk bisnesy homestay. sebanyk rm100k. bank mana yang menguntungkan sy utk personal loan. sy masih kurang jelas.

  • ieja Apr 24, 2015

    saya bercadang membeli sebuah apartment kos rendah berharga 80k. Akan tetapi kesukaran mendapatkan housing financing sebab rumah tu under master title. Jadi saya bercadang membuat pembiayaan peribadi. Apa pendapat tuan?

  • Fizah Nov 20, 2015

    Saya nak bli rumah harga 150k…tp potongan personal loan sy dh 45% dari gaji saya…boleh ker sy bt loan rumah dgn bank lebih utk settle personal loan n bli rumah skaligus…maknanyer dlm payslip sy hanya ada potongan rumah sahaja

Leave a Comment