Cara Mencari Maklumat Saham IPO – Siri Pengenalan Saham Part II

IPO adalah singkatan kepada Initial Public Offering.

IPO merupakan saham yang ditawarkan oleh syarikat berhad kepada kepada orang ramai  untuk kali pertama melalui Bursa Malaysia. Tujuan utama sesebuah syarikat mengeluarkan IPO dan menjadikannya public listed company adalah untuk mendapatkan modal bagi mengembangkan lagi perniagaan yang sedia ada.

Untuk mendapatkan maklumat berkaitan IPO yang akan dilancarkan, atau untuk mengkaji maklumat mengenai IPO yang terdahulu, anda boleh ikut langkah-langkah berikut.

1. Buka website Bursa Malaysia

2. Lihat di bahagian menu bar:

Listed Companies > Initial Public Offerings

ipo info

Ketika artikel ini ditulis, IPO terdekat adalah China Automobile Parts Holdings Limited (Shariah compliant) di mana tarikh listing IPO ini ialah pada 30 Januari 2013.

IPO Summary

ipo summary

Di bahagian ini anda dapat lihat ringkasan IPO yang akan dilancarkan pada tahun 2013, dan juga senarai IPO yang telah disenaraikan pada tahun 2012 dan 2011. Maklumat yang dikeluarkan adaah seperti offer period, harga, jumlah shares yang dikeluarkan, dan juga tarikh penyenaraian ke Bursa Malaysia.

Untuk melihat prospektus dan maklumat lanjut IPO tersebut, anda boleh klik pada nama syarikat berkenaan.

IPO Performance

ipo performance

Di ruangan ini, anda dapat melihat prestasi IPO yang disenaraikan dalam tempoh setahun yang lalu. Data akan dikemaskini sehari selepas trading day.

Klik pada tarikh yang anda hendak lihat.

Listing Statistics

listing statistik

Disini anda dapat lihat jumlah senarai IPO yang telah disenaraikan pada tahun sebelum-sebelum ini.

Prospectus

prospektus ipo

Di sini anda dapat melihat secara ringkas prospektus syarikat yang bakal disenaraikan di Bursa dan juga IPO pada tahun yang lepas. Mungkin anda tak sempat nak baca word-by-word prospektus syarikat tersebut yang disediakan dalam bentuk PDF. Jadi, ruangan ini boleh membantu anda membaca sekali lalu maklumat-maklumat yang penting sahaja.

Klik pada nama syarikat tersebut dan anda akan dapat lihat Timetable IPO. Tarikh penting yang perlu anda tahu seperti IPO Tune Ins Holdings Berhad berikut.

timetable ipo

Selain dari itu, apabila anda subscribe newsletter daripada mana-mana syarikat broker, mereka akan memaklumkannya melalui email. Jadi, beginilah antara cara yang ada jika anda berminat untuk melanggan / membeli sesuatu IPO.

Sila klik di sini untuk mempelajari strategi pelaburan saham

email
About Pakdi.net

Pakdi.net adalah blog peribadi milik Suzardi Maulan {Pakdi}. Ketahui strategi yang ringkas untuk urus duit, buat duit & labur duit yang dapat menebalkan poket anda.

Comments

  1. Nice info Pakdi.TQ

  2. Assalamualaikum PAK DI… saya ni newcomers hope dapat belajar skit sebanyak dari pak di..sudilah kiranya menerima saya sebagai anak didik..

Trackbacks

  1. [...] sebelum ini ada berkongsi cara mencari maklumat berkaitan IPO di website Bursa Malaysia. Boleh klik di sini jika anda masih belum baca artikel [...]

Speak Your Mind

*