Majlis Fatwa Kebangsaan: Hukum Pelaburan ASB

sb

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya.

Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.

Keterangan/Hujah:

1. Hifz al-mal merupakan salah satu masalah daruriyah yang perlu diberi perhatian serius oleh pemerintah. Soal kekukuhan ekonomi umat adalah merupakan salah satu faktor penting kepada penerusan kemajuan umat Islam. Islam menegah umatnya menjerumuskan diri dalam kemudharatan dan kefakiran yang boleh menggugat kekuatan ummah.

2. Setiap hukum yang diputuskan perlu memenuhi tuntutan keadilan, maslahah dan menghindar daripada kerosakan dan keruntuhan yang lebih besar. Dalam hal ini, Maybank adalah satu institusi perbankan Islam terbesar di Asia Pasifik. Sekiranya PNB melepaskan pegangan dalam Maybank, ia bukan hanya akan meruntuhkan ekonomi pemegang saham yang majoriti adalah orang Melayu Islam, bahkan ia juga akan memberi kesan besar kepada situasi ekonomi negara dan banyak organisasi berkaitan orang Islam. Begitu juga peluang pekerjaan yang melibatkan 16,531 kakitangan Bumiputera Islam juga akan turut terjejas

3. Dalam menentukan hujah keharusan Islam dalam pelaburan ASN dan ASB ini, adalah tidak tepat hujah bersandarkan maslahah ummah ditafsirkan sebagai mengenepikan prinsip-prinsip Islam kerana maslahah juga adalah prinsip Islam yang perlu dipegang dalam penentuan sesuatu hukum.

4. Prinsip pensyariatan Islam yang telah digariskan iaitu kewajipan menjaga lima(5) perkara iaitu agama, nyawa, akal, zuriat dan keturunan serta harta benda perlu dipertahankan kerana ia menjadi tunjang kehidupan seluruh umat Islam. Sekiranya terjejas salah satu daripada perkara ini, maka umat Islam akan ditimpa kehinaan yang akan menjejaskan agama dan kehidupan. Dalam hal ini, hukum ke atas pelaburan ASN dan ASB tidak boleh dilihat dari aspek tertentu sahaja, tetapi perlu mengambilkira semua kesan yang akan dihadapi oleh agama dan umat Islam.

5. Dalam isu pelaburan yang bercampur antara halal dan haram, telah jelas bahawa PNB tidak melabur dalam sektor yang berkaitan dengan arak dan judi. Percampuran hanya berlaku dalam sektor kewangan di mana 70% pelaburan menepati syariah, hanya 30% sahaja pelaburan dalam Maybank yang dianggap masih tidak comply dengan syariah. Dalam keadaan ini, pelaburan dalam sektor yang halal lebih banyak daripada yang haram. Menurut sebahagian besar fuqaha’ iaitu Hanafi, Maliki, Shafi‘i dan Hanbali, pendekatan untuk mengharuskan masyarakat Islam melabur dalam saham syarikat yang bercampur aktiviti halal dan haram adalah berasas. Ini kerana fuqaha’ muktabar tidak mengharamkan syarikat sedemikian ketika menilai status syarikat yang dikongsi oleh orang Islam dan bukan Islam.

6. PNB telah melaksanakan perubahan yang terbaik khususnya dalam aspek pelaburan bagi membolehkan penguasaan umat Islam. Dalam hal ini, maslahah umat Islam adalah penting dan kemudharatan yang lebih besar perlu dielakkan.

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.

  • Noname Nov 23, 2010

    An-Nu’man bin Basyir berkata, “Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, ‘Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.'” (HR. Bukhori)

    Sila baca keterangan yang diberikan oleh Ustaz Zaharuddin pula:
    http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=663&Itemid=95

    Wallahua’lam.

  • pakdi Dec 18, 2010

    Jangan ikut apa orang kata. Ikut apa yang orang diberikan kuasa memberi fatwa kata.

    Majlis Fatwa sudah kata ASB hukumnya harus iaitu halal melabur di situ. Prof Mahmood Zuhdi pun sudah terangkan dengan lebih terperinci.

    Tak wajib pun beli. Cuma nak beli , boleh mengikut pandangan ini.

    • jali Feb 10, 2011

      Apala pakdi ni…xbetul…

      Xpayah beli/masuk ASB,beli/masuk dana lain yang patuh syariah..
      ASB masih belum patuh syariah…

      Xusah duk pening kepala,.banyak lagi pilihan yang ade..

      ASB,abaikan…

    • kka Jun 30, 2011

      betul juga katamu jali. tp aku sudah ada asb. Planning duit asb pulak tu nak buat duit mas kahwin. Alhamdulilah. perkara masih dalam perancangan.

  • fax Dec 28, 2010

    cakap senang r wei.. ASB 2 nk tingkatkan ekonomi orang melayu. majlis fatwa pn dah sahkan. ko ingt org mjlis fatwa 2 budak2 kew. dorang da kluakan fatwa, so mknaya dorg brani tangung r. mcm ko mkn kat restoran kfc, ko nmpk kew dye sembelih ayam 2? tp KFC da bagi pengesahan ‘ DI TANGGUNG HALAL”, then baru ko g mkn kan? ckp pkai otak wei..

  • kodin Feb 14, 2011

    yup, saya bersetuju dengan rodi.

    yang jelas pun org buat tak nampak, ni yang samar2 takkan nak ambik kira kot. Ni berkaitan soal pimpinan dan dasar negara kerana mereka yang ada kuasa.

    ASB majlis fatwa kata harus, dan keputusan ini diterima pakai.
    Rokok majlis fatwa kata haram, dan ramai pulak yang senyap je.

    http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/merokok-dari-pandangan-islam

    • rodi Feb 15, 2011

      salam…
      bkn la maksudnya kita ambil mudah pasal asb nie…
      cumanya bila fatwa dah kata harus then kita kene terima la dgn hati yg terbuka… jgn buat andaian kata kalu letak hukum haram so akan jd keadaan yg huru hara dsb… coz kalu itu pendirian majlis fatwa iaitu nak jaga keamanan… maka x de hurum haram cthnya bg rokok dan arak coz ramai org islam yg directly t’libat.

      so sepatutnya kita ambil kesempatan mcmna nak memajukn diri dan ummah guna ‘platform’ yg ada nie… mungkin suatu hari nnti kita dberi tanggongjawab sebagai ahli majlis fatwa then barulah kita tahu mcmna hukum ‘harus’ tu timbul…

      btw… kalu hati ragu2 then better jgb melabur…
      tiada paksaan dalam pelaburan

  • kka Jun 30, 2011

    aku setuju. tak payah la nk samakan sampai ke tahi ayam. Kan dah ada hukum muamalat. hukum muamalat tak sama dgn hukum munakahat.

    aku pun musykil tentang asb ni. tp kalau asb berkonsepkan perkongsian perniagaan jd tak adalah riba.

    betul ke asb ada invest dkt company arak. ada bukti ke yg boleh share?

  • ash Aug 11, 2011

    maaf pakdi,
    boleh tlong bagi link tentang ape yg pakdi inform ni.
    really need to know the fact.

    • pakdi Aug 12, 2011

      Ada dilaporkan dalam Berita Harian tempoh hari, tapi tiada versi online. Ada juga ada sebut dalam laporan tahunan PNB.