Main Saham Untuk Dapatkan Income Bulanan

as

Satu soalan diterima.

Assalamualaikum,

Nama saya R, saya memang teringin nak mengikuti kursus ini, cuma saya kurang yakin adakah pelaburan saham ini betul-betul dapat menambah sedikit pendapatan bulanan saya pada masa akan datang setelah menyertai kursus.

Sebelum ini saya pernah menyertai MLM lain tapi tak menjadi. Dah beribu saya laburkan di situ, lagi pun kos untuk kursus ni pun agak mahal bagi saya yang berpendapatan sederhana ni.

Soalan : Adakah modal minimum yang perlu dilaburkan adalah RM 10,000?

Saya harap Pakdi dapat memberi komen.

Jawapan:

Salam Cik Puan,

Saya menetapkan sasaran yang realistik untuk dicapai dalam masa satu tahun. Iaitu 15% setahun. Jika dapat lebih, itu rezeki.

Maka jika mempunyai hasrat untuk menjadikan saham sebagai jalan untuk menambah pendapatan bulanan, maka perlu buat begini.

Pulangan 15% dibahagikan dengan 12 bulan = 1.25% sebulan.

Jika modal RM 10,000 maka saya memperoleh RM 125 sebulan. RM 125 / bulan, dengan jumlah tersebut cuma dapat isi minyak kereta 2-3 kali sahaja.

Penerangan lanjut adalah seperti berikut:

  • Berapakah sasaran pelaburan yang realistik bagi Cik Puan?

Saya menjadikan pasaran saham sebagai cara mengembangkan aset untuk tempoh yang panjang (lebih 10 tahun) dan bukannya untuk mendapatkan income bulanan.

  • Berapakah modal pelaburan yang Cik Puan ada?

Saya menggunakan modal dari duit lebihan setiap bulan sahaja.

  • Adakah Cik Puan telah ada kemahiran membuat spekulasi untuk menjana pendapatan bulanan secara konsisten melalui pasaran saham?

Saya tidak mempunyai kemahiran seorang spekulator seterusnya tidak dapat berkongsikannya.

Jika saya mahu pendapatan bulanan dari saham, maka saya akan menjadi seorang remisier.

Bengkel, tutorial online dan sesi coaching yang saya kendalikan adalah untuk membantu Cik Puan menjadi pelabur, iaitu melabur dalam bisnes untuk jangka masa panjang.

Pelabur dan spekulator adalah dua jenis manusia yang berbeza. Pelabur cuma mensasarkan pulangan antara 10% – 15% setahun. Walaupun cuma 15% setahun, bermula dengan modal RM 10,000 kita dapat menjadikannya sebanyak RM 662,117.72 dalam tempoh 30 tahun.

Itu jika bermodalkan RM 10 ribu …

About the author: Suzardi Maulan, value investor. Sekiranya tuan masih belum buat untung dengan konsisten, ketahui bagaimana saya dapat bantu tuan dengan klik link berikut — Tutorial Online Pelaburan Saham

Comments on this entry are closed.