Main Saham Cara Contra Trading ? – Siri Pengenalan Saham Part V

“Jom main contra trading, cepat untung!”

“Contra? Game Contra aku tahu lah.”

Bagi mereka yang terlibat dalam pasaran saham, istilah ini mungkin sudah biasa anda temui. Ada yang menyokong teknik ini dan ada juga yang tidak menyokong pendekatan sebegini digunakan.

Dari sudut hukum Shariah pun, para ilmuwan kita berbeza pandangan.

Bahasa mudahnya ialah kita trade tanpa menggunakan modal kita sendiri. Kita guna dahulu duit daripada broker dan perlu selesaikannya transaksi tersebut dalam tempoh T+3. Sekiranya kita close transaksi tersebut dalam keadaan kita untung, maka kita tidak perlu membayar apa-apa kepada pihak broker, malah mereka yang akan masukkan jumlah keuntungan yang kita perolehi ke dalam akaun kita.

Contohnya :

Nasharuddin (bukan nama sebenar) telah membeli 10 lot saham ABCD Berhad dengan harga RM0.50 dengan kos RM500. Disebabkan beliau menggunakan teknik contra trading, bayaran kos tersebut tidak perlu dijelaskan lagi. Sebelum tamat tempoh T+3, harga saham tersebut telah naik sehingga RM1 dan Nasharuddin membuat keputusan untuk menjual kesemua saham-sahamnya. Beliau telah untung kasar sebanyak RM500 dan keuntungan tersebut telah dimasukkan oleh pihak broker ke dalam akaun trading beliau.

Faham kan?

Satu sen pun tak guna duit kita sendiri. Itu kalau harga tengah naik, kalau harga jatuh?

Situasi yang sama, tetapi kali ini harga saham telah jatuh sehingga RM0.25. Apa pilihan yang ada pada Nasharuddin?

1. Sekiranya tidak sempat jual semula dalam tempoh T+3, beliau perlu membayar penuh jumlah saham yang dibeli iaitu sebanyak RM500. Tapi nilai yang tinggal sekarang hanyalah RM250 kerana harga telah jatuh sehingga RM0.25 seunit.

2. Jual sebelum tamat tempoh T+3 dan hanya perlu membayar jumlah kerugian sahaja iaitu RM250.

3. Sekiranya beliau masih belum menjual saham-sahamnya walaupun tempoh T+3 telah tamat, pihak broker berhak melakukan force selling padaT+4. Pihak broker akan menjual saham-saham tersebut pada market price.

Contra trading ini nampak macam menarik dan mudah. Easy money sebab tak guna duit sendiri.

Tetapi teknik berisiko sebab kita main saham walaupun tak ada duit yang mencukupi dalam akaun. Kalau untung, memang seronok. Kalau rugi? Jenuh nak mencekau duit nak bayar. Jadi kalau nak buat, pastikan kita ada sediakan duit lebih if anything goes wrong.

Yang sebaik-baiknya adalah melabur dengan duit sendiri. Gunakan duit lebihan sahaja . Bak kata orang putih , “Use the money that you are willing to lose“.

About the author: Pakdi.net adalah blog milik Suzardi Maulan, yang juga dikenali sebagai Pakdi. Klik sini untuk profil lanjut.

8 comments… add one

  • atiff Feb 12, 2013

    salam pakdi maaf nak tnye , kalau sy nak beli eBook Panduan CashFlow dalam bentuk buku macam mana?

    • Suzardi Maulan Feb 12, 2013

      Sila ke http://www.panduancashflow.com/beli

      Dalam format PDF. Dapat dicetak sendiri.

      • atiff Feb 13, 2013

        okey. harap perlaburan saya untuk membeli ebook ni menjadi panduan dalam urusan kewangan hidup saya. =)

  • atiff Feb 13, 2013

    saya sudah buat transfer secara internet banking melalui maybank2u. harap dapat maklum balas dengan segera ye. tq!

  • wan Apr 26, 2013

    salam pakdi,

    cara contra trading shariah compliant x? nampak nature mcm untung atas angin..

  • sham Dec 21, 2013

    salam pakdi

    dimana nak tahu info tentang kelas saham Pakdi?

    harap dapat update saya kelas saham Pakdi di masa terdekat

    terima kasih

    sham
    0122962627

Leave a Comment