Mahasiswa, Pelajar dan Urus Duit

“Apa bisnes yang boleh saya buat masa saya belajar?” Seorang mahasiswa bertanya.

“Pelaburan apa yang sesuai untuk seorang mahasiswa?” Mahasiswa lain pula bertanya dalam seminar di universiti yang berbeza.

Saya masih belajar di oversea, macam mana nak kumpul duit?” Soalan menerusi emel pula.

Antara soalan yang masuk ke inbox dan juga yang dikemukakan dalam seminar bersama pelajar universiti. Secara khusus pelajar undergraduate.

Ada 10 perkara untuk difikirkan.

1. Kenapa masuk universiti ?

Menjadi mahasiswa yang menggegar masyarakat ?

Jawapan sebenar tapi ramai yang tak mahu sebut adalah kita nak dapat kertas yang bernama ijazah / diploma untuk membolehkan kita ada kerja dan dapat gaji setiap bulan.

2. Maka, kenapa tak terus buat duit ?

Buat apa nak masuk universiti kalau sekadar nak dapat kerja ?

Kalau betul kita serius nak buat duit pada usia muda selepas SPM, kita tak masuk universiti. Kita dah lama buat bisnes sendiri.

3. Jika dah masuk universiti, baru rasa serius, maka kita pasti dah buat bisnes sambilan.

Apa-apa sahaja.

Janji buat bisnes dan bukan bekerja sambilan di McDonald’s atau 7 Eleven. Bisnes waktu belajar pula selalunya menyebabkan seseorang pelajar (macam saya dulu) hilang fokus dalam akademik dan tak berapa kisah pasal CGPA. Asalkan lulus dan cepat habis. Ada yang terus dropout.

4. Sekarang berlaku jujur pada diri.

Betul ke memang serius nak buat duit ?

Kalau dah rasa nak jadi kaya semasa belajar tetapi masih tak mula-mula lagi sebarang jenis bisnes maka mentaliti sebenar kalian adalah seperti poin #1. Masih nak jadi pekerja, pengurus, makan gaji dan bukan seorang bos.

5. Maka, tiada jalan singkat.

Baik buat bisnes atau makan gaji, semua boleh kumpul harta.

Cuma jalannya berbeza. Jadi jangan pula geram tengok orang bisnes yang ada berjaya muda-muda kalau kita memilih tidak mahu buat bisnes.

6. Simpan simpan dan simpan.

Simpan di ASB atau Tabung Haji.

Simpan sahajalah sebanyak mungkin apa yang dapat simpan dari elaun yang kita dapat dari biasiswa, pinjaman atau fama (father mother).

Selepas simpan baru labur.
Tidak menyimpan, jangan melabur.

7. Lupakan hasrat nak melabur semasa masih pelajar.

Tiada simpanan modal, tidak layak melabur.

Baik emas, hartanah, saham dan semua jenis pelaburan yang kalian pernah dengar dan baca. Duit poket sendiri pun masih orang lain taja ada hati nak jadi pelabur ?

8. Belajar tentang asas-asas urus duit dari awal.

Dapatkan ebook Rancang Wang Dari Sekarang yang ditulis khusus untuk anak muda yang baru memulakan hidup. Kalian boleh baca sample di Google Playstore seperti link di bawah:

Google Play; Rancang Wang Dari Sekarang

9. Just do it.

Pelajar yang memang suka buat duit, dia tak tanya bisnes apa lagi.

Dia tanya, “Macam mana nak sesuaikan jadual kelas dengan jadual bisnes aku?

10. Tidak mencari alasan

Yang paling utama…

… dia tak pernah jadikan title pelajar sebagai alasan.
.

Kredit gambar: http://the-lensa.blogspot.com

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

11 comments… add one
  • fakhrull Sep 9, 2012

    setuju point no 6, pakdi.
    status saya – alhamdulillah masih ditaja

  • Aqif Azizan Sep 9, 2012

    Saya suka dengan entri ini! 😀

  • abangensem Sep 9, 2012

    Fuhhhh.. Nasib baik Pak Di kata pelabur hensem dan bukannya pelabur ‘ensem’. Kalau tidak.. see you in court.. hehehe. Jangan marah. Totally agreed dengan entri ini.

    • Pakdi Sep 9, 2012

      Hehe.

      Pelabur ensem AE punya, pelabur hensem saya punya. Set.

  • Zulhilmi Zainudin Sep 9, 2012

    Tersangatlah ohsem entri ini. Saya setuju. 😀

  • faiz Dec 23, 2013

    mmg terbaik…btl2, kalau nak jd kaya kenapa msk U knp tak buka Busines awal2… kalau nak buka busines kena ada niat dan usaha..

  • bzzbee Nov 11, 2015

    kekadang pelajar msk uni sebab mereka blum tahu apa yg mereka nk sebenarnya dlm hidup mereka, jadi to play safe, ikut jela mainstream, get a good job n tunaikan hajat org tua, buat mereka gembira. Tapi bila dah ada kesedaran semasa belajar, itu yg mula nak explore keusahawanan dan pelaburan 🙂

Leave a Comment