Limited Liability Partnership (LLP) di Malaysia

Sebelum ini di Malaysia, kita ada pilihan untuk mendaftarkan bisnes / syarikat melalui:

  1. Bisnes perseorangan (sole proprietorship)
  2. Perkongsian (partnership)
  3. Syarikat Sdn Bhd (limited liability corporation)

Melalui Limited Liability Partnerships Act 2012, hari ini kita dah boleh daftar Limited Liability Partnership (LLP).

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) secara jelas mensasarkan bisnes:

  • Small businesses (Start Ups)
  • Professionals Groups (e.g. Lawyers, Accountants or Company Secretaries)
  • Joint ventures
  • Venture capitals

LLP merupakan hibrid antara perkongsian biasa dan syarikat sendirian berhad. Ada ciri-ciri perkongsian dan syarikat sendirian berhad. Kos mendaftarkan LLP dan menguruskannya juga adalah lebih murah dari syarikat sendirian berhad. Antaranya:

  • Kos mendaftar adalah RM 500 sahaja berbanding sekurang-kurangnya RM 2,000 untuk Sdn Bhd
  • Cuma perlu ada compliance officer sahaja tak perlu lantik setiausaha syarikat.
  • Tidak ada keperluan audit melainkan dipersetujui / diminta oleh rakan kongsi.

Dari sudut perancangan kewangan juga, saya nampak LLP dapat membantu suami isteri yang aktif membuat pelaburan dalam aset tertentu. Jadi pada masa yang sama keuntungan yang didapati tak banyak dihabiskan untuk kos menguruskan syarikat Sdn Bhd. Apabila aset pelaburan menggunakan nama LLP, lebih mudah barangkali untuk menetapkan urusan harta sepencarian misalnya.

Ia adalah pandangan saya sahaja. Sebab LLP masih baru pada saat artikel ini ditulis, masih ramai pihak termasuklah institusi kewangan masih belum tahu kewujudan struktur bisnes yang baru ini.

Saya berharap autoriti tertentu seperti Pejabat Tanah dapat memproses tanah untuk dimiliki atas nama LLP. Begitu juga Bursa Malaysia, yang mengawal pemilikan saham. Tidak ketinggalakan pemilikan untuk aset-aset yang lain juga.

Jika tuan puan berminat untuk tahu dengan lebih  lanjut saya sarankan tuan untuk ke website SSM dengan klik link di bawah:

> Memulakan Limited Liability Partnership (LLP)

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.