Lembaga Tabung Haji Mempunyai RM 482 Juta Pelaburan Berisiko Kepatuhan Shariah ?

th

1. Memandangkan LTH membeli kaunter seperti Parkson & Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) sehari sebelum kaedah baru saham patuh Shariah berkuatkuasa, ini menunjukkan LTH tidak mempunyai budaya kesedaran pematuhan Shariah yang tinggi dalam urusan pelaburan mereka.

2. Ini adalah aspek pengurusan risiko Shariah. Apabila kita menyebut tentang pengurusan risiko, antaranya adalah untuk mengelakkan keadaan tidak patuh Shariah dari berlaku. Tutup dahulu pintu. Bukan dah terantuk baru tergadah. Kosnya tinggi apabila dah terjadi Shariah non-compliant event untuk membuat purification kelak.

3. Syarikat swasta seperti Aberdeen Islamic Asset Management, pula dapat mengambil langkah proaktif dengan menasihatkan syarikat-syarikat tertentu untuk bertindak supaya syarikat mereka berstatus patuh Shariah pada dan selepas 29 November 2013.

4. Maka melalui pengumuman-pengumuman di Bursa Malaysia, kita dapat tahu LTH memiliki 7.11% saham Parkson. Jika dinilai pada harga tutup 12 Disember 2013, nilai pelaburan yang berisiko Shariah adalah sebanyak RM 253 juta. Adakah ini sahaja syarikat yang dimiliki oleh LTH, yang mempunyai risiko kepatuhan Shariah? Tidak. Ada lagi syarikat lain antaranya, MRCB, Konsortium Logistik Berhad & Ann Joo Resources Berhad.

5. Risiko Shariah ini akan ditanggung selama 6 bulan, sehingga Mei 2014 kerana Suruhanjaya Sekuriti memberikan masa 6 bulan untuk bertindak menghapuskan saham-saham dalam syarikat berkenaan sekiranya syarikat-syarikat itu masih gagal berubah untuk masuk semula ke dalam senarai saham patuh Shariah.

6. Berdasarkan maklumat sehingga 12 Disember 2013 di Bursa Malaysia, LTH mempunyai 146,070,473 saham dalam MRCB. Berdasarkan kaedah yang sama pada perenggan 4, nilainya adalah sebanyak RM 181 juta.

7. Untuk Konsortium Logistik Berhad pula, setelah melupuskan 485,400 unit saham pada 4 Disember 2013, masih mempunyai 22,195,557 unit. Nilainya, RM 34 juta.

8. Manakala, situasi dalam Ann Joo Resources Berhad pula, berdasarkan laporan tahunan 2012, sehingga April 2013 LTH masih mempunyai 13,913,050 saham, pemegang saham ketiga terbesar sebanyak 2.78%. Nilainya RM 14 juta.

9. Saya cuma menyemak semula laporan The Star pada 2 Disember 2013. Jadi masih ada kemungkinan ada pelaburan dalam syarikat lain yang bersifat begini. Dan ini baru status syarikat awam di Bursa Malaysia. Tidak termasuk syarikat di luar Bursa Malaysia dan pelaburan lain yang dilaporkan mahupun tidak dilaporkan.

10. Jadi, LTH selaku substantial shareholder, kita mahu LTH memainkan peranan sewajarnya untuk membantu, mendesak syarikat-syarikat ini berubah statusnya menjadi patuh Shariah semula dalam tempoh 6 bulan ini. Jika, tidak Shariah non-compliant event dapat berlaku seterusnya ada kos yang perlu ditanggung.

11. Pada masa yang sama, kita mahu laporan Tabung Haji 2013 dan tahun-tahun akan datang melaporkan peristiwa-peristiwa Shariah, termasuklah Shariah non-compliant event ini dan ditandatangani oleh ketua panel Shariah. Bukan sahaja mengenai pelaburan di Bursa Malaysia tetapi semua jenis pelaburan yang dibuat oleh LTH.

12. Kita mahu LTH menjadi benchmark untuk Shariah Governance dalam sektor pelaburan.

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.