Kos Haji Dijangka Meningkat

ha

Apabila buat perancangan kewangan, wajib masukkan pelan pergi haji.

Ini kerana sekiranya bergantung kepada sistem Muassasah Tabung Haji maka sudah tentu gilirannya mengambil masa yang lama.

Ketika itu kalau panjang umur barangkali sudah tua dan sudah tidak berapa sihat sedangkan ibadah haji ini adalah ibadah fizikal. Kesihatan yang baik diperlukan bagi membolehkan kita membuat ibadah haji sebaiknya.

Maka bagi mereka yang lebih berkemampuan kena pertimbangkan untuk menunaikan haji menggunakan sistem pakej pula. Mudah-mudahan kita dapat mengerjakan haji pada usia muda yang lazimnya orang muda ini lebih sihat dan bertenaga.

Berdasarkan bayaran sebenar haji 1437 H yang mencecah RM 18,890 seorang, maka untuk menjadi jemaah haji pakej maka paling kurang kena sediakan RM 40 ribu seorang. Jika pergi berdua jumlahnya sudah RM 80 ribu. Campur perbelanjaan haji yang lain, maka paling kurang lagi RM 10 ribu.

Sekiranya kita mampu pergi bercuti ke luar negara berulang-ulang kali, maka sudah tentu kita sebenarnya mampu untuk menjadi jemaah haji pakej dan tidak lagi bergantung kepada muassasah Tabung Haji.

Apabila kita sudah berazam untuk pergi haji sesegera mungkin apabila sudah melepasi kemampuan kebanyakan orang, maka apabila Allah swt telah menetapkan kita menjadi tetamunya maka tiada siapa yang mampu menghalang jemputan tersebut.

Maka, usaha dan ikhtiar bersungguh-sungguh. Pelan menunaikan haji termasuk dalam pelan pelaburan.

Baca : 7 Pelan Kewangan Yang Kita Perlu Ada

About the author: Sedang cari panduan urus gaji, urus hutang & pelaburan ? Untuk info lanjut sila klik link ini

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.