Korban Duit & Harta Yang Kita Sayang

Raya korban tak lama lagi.

Pergi masjid baru teringat pasal ibadah korban.

Itu pun sebab nampak banner tulis penyertaan tahun ini kosnya RM 500 satu bahagian. Ustaz kata, siapa yang tamak pahala sila lah berebut berkorban kambing dan lembu. Sebab ibadah korban dapat pahala sunat yang dituntut.

Fikir-fikir, gaji 25 haribulan baru masuk. Dapat gaji terakhir, masih berpuasa. Macam-macam pula nak bayar nanti lepas dapat gaji. Maka ceramah ustaz, hanya tinggal ceramah. Sebab berat hati nak keluarkan RM 500 tu.

Sedangkan kalau menyimpan RM 85 sebulan sejak 5 bulan lepas, dapat gaji bulan ni terus cukup simpan RM 510.

Bayangkan juga, lagi 7 hari nak wukuf, Allah swt menerusi Tabung Haji telefon beritahu yang tuan, suami isteri dapat jadi tetamuNya tahun ini last minute. Naik flight akhir 2 hari lagi. Tapi tengok-tengok akaun bank macam tak berapa cukup.

Maka kita pun tolak tawaran yang sangat istimewa itu, yang cuma dapat kepada 22,000 rakyat Malaysia setiap tahun.

Sedangkan jika dah lebih 5 tahun kerja, simpanan kita patut dah lebih dari cukup untuk pergi haji. Mesti patut dah lebih RM 10,000 dalam akaun Tabung Haji.

Cuma perlu simpan RM 200 sebulan selama 60 bulan.

About the author: Suzardi Maulan, seorang Islamic Financial Planner yang membantu individu untuk memulakan tabung persaraan — Klik sini untuk info lanjut

Comments on this entry are closed.