Bayar Hutang PTPTN Segera Untuk Kebaikan Rekod Kredit Anda

cri

Para graduan muda.

Dan yang tak berapa muda pun sama.

Kepada yang ada hutang PTPTN, sila ambil perhatian ya.

Bayar hutang PTPTN cepat-cepat. Jangan buat-buat lupa bila dah sampai waktu kena bayar. Apabila tuan tidak bayar bayar PTPTN mengikut jadual yang ditetapkan, maka tabiat tak mahu bayar hutang PTPTN ini dapat bank tengok melalui Central Credit Reference Information System (CCRIS).

Kesannya apabila mempunyai rekod tidak baik dalam CCRIS antaranya adalah:

  • Tidak boleh buka current account
  • Permohonan nak buat pembiayaan kereta tak lepas
  • Permohonan nak buat pembiayaan peribadi tak lepas (nak kahwin, tapi tiada simpanan)
  • Permohonan nak buat pembiayaan rumah tak lepas
  • Tak boleh buat pembiayaan ASB

Semua pun sangkut apabila tuan mempuyai rekod CCRIS yang tidak baik akibat tidak bayar hutang PTPTN.

Surat ini diterima melalui FB.

Assalamualaikum Pakdi,

Izinkan saya bertanya pendapat berkenaan PTPTN dan pembiayaan ASB.

Saya berusia 27 tahun dan baru bekerja lebih kurang 1 ½ tahun selepas menamatkan ijazah awal tahun lepas.

2-3 hari lepas saya dapat call dari pihak Maybank menyatakan pembiayaan ASB saya RM 50,000 (apply akhir bulan 8) tak lepas sebab rekod dalam CCRIS saya ada hutang tertunggak PTPTN (akhir bulan 9 baru naik nama).

Iaitu pinjaman PTPTN diploma saya sebanyak RM 15,000 telah tertunggak sebanyak RM 8,000. Apabila dapat perkhabaran macam ini saya jadi kelam kabut dan baru tersedar akan kelekaan saya selama ni (salah saya sendiri jadi tanggung lah nasibnya)

Dalam minggu ni saja saya dah ke hulu ke hilir cari jalan bagaimana nak baiki rekod CCRIS saya supaya saya dapat buat pembiayaan ASB dan juga keperluan pembiayaan yang lain pada masa hadapan.

Saya dah jumpa PTPTN dan mereka bagi cadangan:

1. Selesaikan separuh hutang PTPTN dulu

Bayar 50% nilai tunggakan (berjumlah RM 4,000) jadi Maybank akan keluarkan surat sokongan agar Maybank luluskan pembiayaan ASB saya.

2. Guna duit KWSP Akaun 2

Masalah saya adalah KWSP akaun 2 baru ada RM 2,000. Savings masih belum cukup untuk bayar secara RM 4,000 (saya akan usaha untuk dapatkan juga bagi cukup)

Persoalan

Setelah jadi macam ni saya baru terfikir, perlu ke saya buat financing ASB atau simpan sendiri di ASB ?

Saya juga ada terbaca artikel dlm ‘Tutorial Online Panduan Cashflow’ untuk hal ini (walaupun tak khatam dan betul-betul faham lagi).

Saya masih dalam proses untuk mendisiplinkan diri menyimpan dan tiada HUTANG selain PTPTN.

– CB

Comments on this entry are closed.