Kesan Berpegang dengan Hukum Duit Kertas Haram

pap

1. Allah swt mengharamkan riba dan arak dengan cara yang serupa iaitu ada 4 peringkat pengharaman riba dan juga arak. Setelah pengharaman arak sempurna, maka masyarakat Islam terus membuang arak-arak yang ada di rumah mereka. Tidak perlu tunggu apa-apa arahan tambahan lagi. Begitulah sikap orang beriman.

2. Pada akhir zaman ini kita cuma ada al-Quran dan as-Sunnah. Pentafsiran para ulama terhadap isu-isu tertentu adalah pelbagai. Apa yang pasti mereka sepakat dalam perkara yang jelas halal dan haramnya. Cuma dalam perkara yang tidak disebut dalam kedua sumber dengan jelas ini para ulama ada pelbagai pendapat.

3. Ini disebut perbezaan pendapat (khilaf) , dan Nabi saw menerusi hadisnya yang shahih yang direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim menyebut:

Apabila seorang hakim hendak menjatuhkan hukuman lalu berijtihad dan betul ijtihadnya nescaya mendapat dua pahala, apabila salah ijtihadnya mendapat satu pahala.

4. Dalam mendepani situasi banyak pendapat dalam perkara ijtihad ini, Imam Suyuti dalam bukunya al-Ashbah wa an-Nazair menyebut:

Jangan dibantah hukum yang berlaku khilaf di kalangan ulama’. Sesungguhnya perkara yang perlu dibantah adalah perkara yang sepakat di kalangan para ulama tentang pengharamannya.

5. Dalam artikel bertajuk, Islam Membenarkan Matawang Selain Emas dan Perak, jelas kepada kita ulama’ memang ada perbezaan pendapat mengenai keharusan matawang selain emas dan perak. Ini menunjukkan isu matawang adalah isu ijtihad, dan ulama dapat berbeza pendapat antara satu dengan yang lain.

6. Dalam artikel tersebut juga, ulama’ semasa menerima pakai pendapat ulama’ yang menerima matawang selain emas dan perak. Tuan puan sila baca keputusan-keputusan fatwa Majma’ Fiqh Sedunia dan Majlis Shariah Accounting and Auditing Organisation for Islamic Financial Institutions (AAOIFI) untuk mengetahui dengan terperinci hujah mereka.

7. Ya, ada pihak yang tidak mahu menerima keputusan fatwa ini dan menyatakan matawang selain emas dan perak tetap haram. Maka, memandangkan isu matawang ini adalah isu ijtihad maka tiadalah saya mahu menghalang mereka yang berpegang dengan pendapat ini.

8. Cuma sekiranya memang mahu berpegang dengan pendapat matawang mesti emas dan perak sahaja dan duit kertas pada hari ini haram, maka ketahuilah haramlah penggunaan wang kertas ke atas mereka yang berpegang dengan pendapat tersebut.

9. Maka haramlah mereka semua untuk berjual beli gula, garam, susu, petrol, nasi dan keperluan lainnya. Haram juga berjual beli emas, perak, memberi zakat dan sedekah, memberi duit bulanan kepada ibu bapa di kampung dengan duit kertas. Haram juga mereka menerima laba dan keuntungan seperti upah, gaji, komisyen, bonus, dividen, untung bisnes dengan dengan duit kertas.

10. Kita telah mempermainkan Islam kalau kita kata duit kertas itu haram tapi masih bermuamalat dengan duit kertas dalam urusan seharian. Umpamanya macam kita menerima arak dalam hamper dari klien misalnya, kita tahu arak itu haram dan kita tukar arak itu untuk mendapatkan beras (barter trading).

11. Sama juga dengan isu perbankan Islam. Kalau berpegang dengan pendapat yang menyatakan model semasa perbankan Islam ini haram, maka haram lah mereka yang berpegang dengan pendapat tersebut. Haram bagi mereka ini menyimpan duit dan mendapatkan pembiayaan dengan bank-bank Islam. Pada masa yang sama pendapat tersebut tidak sama sekali menjadikan bank konvensional itu halal.

12. Pilihan di tangan kita semua. Saya memilih wang kertas dan perbankan Islam hari ini adalah halal berdasarkan pendapat-pendapat ulama yang ada. Tuan puan dapat memilih sebaliknya kerana saya tidak dapat memaksa mana-mana pihak menerima pendapat yang mana.

13. Semoga tuan-puan mendapat pencerahan dari komen-komen dalam artikel Riba Disebalik Pembelian Emas.

About the author: Anda TAK OK dengan pelaburan yang dibuat sekarang dan mahu membetulkannya ? Jika YA, sila klik link ini — Investment Workshop

26 comments… add one
  • Amin007.Ledang May 21, 2011

    terbaik!!!

    tapi pakdi rasanya mungkin duit kertas tak wujud lagi.
    dah masuk dunia duit digital pulak

    perlu fatwa baru tu hehehe

  • Quezzo Corp May 21, 2011

    Sedikit Pembetulan.

    Emas dan Perak bukanlah matawang… tetapi matawang adalah Dinar Emas dan Dirham Perak (yang mana keduanya mestilah mempunyai kalimah tauhid/basmallah padanya)

  • pedangemas May 22, 2011

    TAk lama lagi sistem wang kertas akan pupus .. slps itu muncul sistem digital yg akan

    dirasmikan tidak lama lg ..Bibit2 sistem digital byk disiarkan dlm tv,radio,suratkhabar hari ini..

    cth nya maybank online, kad kredit, paypall dll .. Apabila kita menggunakan sistem digital
    sepenuh, kita akan rasa tidak selamat dan terancam, kenapa tidak selamat ??? sistem bank yg ada skrg pun mudah diceroboh, dimana kita dgr dr akhbar, byk syarikat2 besar di hack sistem nya, dataperibadi pelanggannya dicuri oleh hacker2 dr bumi mana kita tidak tahu, tp yg pastinya mesti ada dtg dr zionis israel ..

    Jadi untuk mengelakkan harta,wang dan peribadi kita dicuri oleh hacker dr yahudi/barat maka satu sistem yg kukuh lg terjamin nilainya hingga akhir zaman iaitu dipanggil sistem penggunaan Dinar(emas) dan dirham(perak)..

    Matawang sebenar umat islam dan seluruh dunia suatu hari nnti .. insyallah
    Kenapa dinar sbg matawang sebenar ???

    contoh mudah yg boleh kita lihat adalah :-
    jika kita bakar wang kertas kita, ia menjadi abu, adakah ia masih bernilai ???
    jika kita bakar, dinar(Emas) kita, ia menjadi serbuk@cecair emas, ia masih lagi bernilai, kerana sifat emas, ia berharga dlm apa bentuk sekalipun keras, cecair dan serbuk ..

    ………….kebenaran hadis nabi ini akan terbukti tidak lama lg………….

    Hadis : Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullah S.A.W bersabda :, Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar(Emas) Dan dirham(Perak). (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

    • MohammadAli Feb 6, 2012

      Saya setuju pendapat awak. Saya dah lakukan kajian, dan menunjukkan ciptaan wang kertas adalah dari Zionist sendiri. Dimana dalam Quran Allah melarang dengan tegas kepada orang2 beriman. “Wahai orang2 beriman! Janganlah kamu mengambil Yahudi dan Nasrani (Kristian) sebagai teman setiamu (bermaksud bersekutu/berkawan/melindungi), di mana mereka melindungi sesama mereka. Jika kamu berteman dengan mereka, maka kamu menjadi golongn mereka (maksud milik/hilang Islam). sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk pada mereka yang zalim.” (Surah Al-Maidah Ayat 51).

      Zionist Alliance adalah tergolong dalam golongan yang Allah larang sama sekali. mereka bersekutu termaktub di Europe. Siapa? Euro Jewish dan Euro Christian. Mereka lah yg menghapuskan Ottoman Empire. Memberi kita “kemerdekaan”. Merdekakkah kita dengan mendirikan negara tidak bertuhan (sekular world-tidak mengenali Allah sebagai Al-Akbar, Al-Malik, Al-Malik Ul Mulk dan sebagai pencipta)? Menggunakan hukum tertinggi Zionist (united Nation World) sebagai undang2 supreme? mana undang2 Allah yg disebut dalam Al-Quran? Negara menghalalkan apa yg Allah haramkan? Contoh seperti penggunaan wang kertas.

      Disebabkan wang kertas, hari ini riba bermaharajalela di dunia.
      Rasulullah bersabda, “akan datang suatu masa, tidak ada seorang pun dikalangan manusia yang tidak akan memakan Riba. dan jika ada yang mengatakan dia tidak mengambil riba, maka debu2 riba akan sampai kepadanya.” (sunan abu daud).

      Jelas hari ini sistem bank dan bank berleluasa du muka bumi Allah. Ini petikan dari kitab Yahudi. yahudi ubah kita Taurat sebenar. Sila study.
      “Kamu tidak boleh meminjam dengan faedah kepada saudara kamu (Yahudi);samada meminjam wang dengan faedah, atau meminjam komoditi dengan faedah (komoditi juga diguna sebagai matawang) atau meminjam dengan faedah sebarang benda yang dapat dipinjam dengan faedah (yakni sebarang benda yang boleh berfungsi sebagai matawang). Ke atas orang lain (yakni bukan Yahudi), kamu boleh meminjam dengan faedah….” (Deuteronomy, 23: 19-20)

      Disebabkan wang kertas, kita menghadapi dunia penghambaan yang berat sekali. Tak sedarkah kita? Kita semua hamba yg dipergunakan. Zaman Rasulullah s.a.w ekonomi dan perniagaan berjaya sebab mengikut Quran dan perintah Allah s.w.t. Bank adalah milik zionist. Kenapa kita berkerja untuk pihak yg Allah larang dengan tegas dan menyebabkan kita hilang Islam? Tak takutkah kita mati dalam kafir?

      Saya ada bertanya banyak Ulama, tai banyak mengatakan kita dalam keadaan darurat jadi wang kertas halal. Dimanakah semua Ulama2 Islam? Kenapa dibiarkan Islam ditindas sebegitu? Tak sedihkah kita melihat bumi ciptaan Allah, tapi kita mengenali bumi Allah sebagai ciptaanNya? Undang2Nya? Ya Allah. Takutnya.

      Sekadar berkongsi. Sila buat kajian. Guru saya selalu cakap selepas mengajar, “Do not accept my teaching, go back home, open the Quran, read, understand it. Pray to Allah to give you Nur and open heart to be able to see the truth of the reality of the world today. Study the economic, politics, about the history, when you find the answer then you can accept my teaching”.

      InsyaAllah. Semoga kita semua dilindungi oleh Allah atas penipuan Dajjal dan Allah ampunkan dosa2 kita semua atas meninggalkan Quran dan Sunnah.

      Assalammualaikum.

      • Amir May 26, 2013

        Saya benar2 setuju dengan pendapat saudara,di manakah ulama Islam sekarang ini??

        Saya teramat sedih tiada seorang pun yang berani ingin menegakkan agama Islam kita,semoga Allah mengampuni kita semua di akhirat nanti…

  • Abu Bakar May 22, 2011

    Betul ke riba’ diharamkan secara berperingkat macam arak?

    Kalau tak silap saya, riba’ tidak diharamkan secara berperingkat.. Mohon Pak Di bentangkan ayat2 serta hujah yang menyatakan riba’ diharamkan secara 4 peringkat…

  • Wida May 23, 2011

    Terima kasih di atas pencerahan yang bersandarkan fakta dan tidak emosi..

  • Wida May 23, 2011

    Sedih dengan “peniaga” yang selalu memainkan emosi bakal pembeli dan tak bertanggungjawab dengan fakta yang dihujahkan

  • zahari May 23, 2011

    bro, saya bimbang dengan perkembangan perniagaan emas, bukan kerana biz itu tetapi mereka terarah mengkafirkan dan menghina kpd org yg masih belum bermula membeli emas, sy tahu niat mereka tak lain, hanya mahu kita membeli public gold, dinnar kijang mereka, dan ajar kita join menggadai dan duduk berharap harga emas terus naik.. tak kisah apa mereka nak buat tapi mengkafirkan kita yg tak mampu nak beli emas mereka, kerana tak ikut islam, padahal emas sebernarnya tiada kenaikan, kenaikan tu hanya kerana di bandingkan dengan harga semasa, maslah lah nak beli ayam, bulan lepas 1 dirham=rm20, bln ni dah naik 1 dirham=rm23, nak ke rugi? matawang mana boleh berubah2 nilai

  • tulak Aug 12, 2011
  • halim Oct 19, 2011

    1. Salam, tentang point 8 sampai 11 tuan saya sangat2 tidak bersetuju. ” Kita telah mempermainkan Islam kalau kita kata duit kertas itu haram tapi masih bermuamalat dengan duit kertas dalam urusan seharian.”(point 10). Saya telah yakin dalam hati saya yang duit kertas itu haram, dan saya masih menggunakan duit kertas sekarang ni, tapi saya tidak sedikit pun mempermainkan Islam.di bawah ni saya cuba terangkan yakin saya tentang haramnya duit kertas.

    2. Pertama sekali saya nk ceritakan satu kisah kepada tuan.

    “Pada suatu hari Abu dan rakan2nya pergi mendaki gunung di Thailand. Ditakdirkan, Abu telah tersesat jauh di dalam hutan yang tebal. Yang anehnya, dia tak terjumpa pun apa2 yg boleh dimakan sepanjang dia mencari jalan keluar. Setelah seminggu tersesat, dia terjumpa sekawan babi. Dia berkeputusan hendak memakan babi itu kerana jika tidak dia akan mati. Dia pun memakan setakat untuk memberinya tenaga semula tanpa makan sampai kenyang.”

    3. Di sini saya nak tanya apakah hukum babi tu?Haram kan?Sebenarnya haram pada asalnya tetapi menjadi harus kerana dia berada dalam darurat.

    4. Saya menyamakan situasi saya sekarang ni dengan Abu. Saya yakin dalam hati saya yang duit kertas itu haram (kerana ia menindas manusia) tetapi saya masih menggunakannya kerana saya berada dalam keadaan darurat sejak lahir lagi (tidak berupaya mencari alternatif bagi duit kertas itu).

    5. Dan bila dah yakin yang benda tu haram, sekarang ni telah timbul di hati saya untuk berjihad mengeluarkan diri saya sendiri dan umat manusia daripada sistem kewangan yang menindas ini (tetapi masih menggunakan duit kertas).

    6. Saya nak ceritakan pula kisah kedua.

    ” Pada suatu hari Ali dan rakan2nya pergi mendaki gunung di Thailand. Ditakdirkan, Ali telah tersesat jauh di dalam hutan yang tebal. Yang anehnya, dia tak terjumpa pun apa2 yg boleh dimakan sepanjang dia mencari jalan keluar. Setelah seminggu tersesat, dia terjumpa sekawan babi. Dia berkeputusan hendak memakan babi itu kerana jika tidak dia akan mati dan dia tahu hukumnya harus pada waktu itu. Dia pun memakan sampai kenyang. Selepas itu dia meneruskan perjalanan sambil membawa daging babi yang selebihnya bersama kerana khuatir tidak ada makanan lagi.”

    7. Di sini saya tidak mahu menyatakan hukumnya kerana saya tidak layak. Saya memandang Tuan umpama Ali. Tuan tetap berpegang dengan hukum harus, tanpa ada sedikitpun perasaan untuk lari dari babi (duit kertas) itu.

    8. Bezanya dengan saya, saya yang makan babi (duit kertas) itu, saya selalu beringat bahawa ianya haram . Dan sifat saya yang selalu beringat ini akan membawa kepada tindakan untuk merubah keadaan darurat yang sedia ada. Tuan pula, terlalu berpegang dengan hukum harus yang sementara. Dan bila telah berpegang dengan hukum harus maka tidak akan ada niat dan usaha untuk merubah keadaan kita ini dan saya melihat tuan selesa memakan babi (duit kertas) tanpa mahu menjauhinya.

    9. Saya pasti tuan semestinya sudah tahu bahawa kita sekarang berada di akhir zaman dan tidak lama lagi akan muncullah Dajjal. Mahdi akan bangkit bersama2 umat Islam untuk menentang dajjal.

    Tapi adakah Allah akan membangkitkan umat Islam tanpa umat Islam itu berusaha membangkitkan dirinya?

    Ingatlah bahawa Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu sehingga mereka berusaha mengubah diri mereka.

    Dan tuan yang terlalu berpegang dengan harusnya duit kertas ini tidak akan mengubah apa2 malah melancarkan lagi sistem kewangan kufar ini.

    Saya pula menggunakan duit kertas ini sehari-hari kerana hukumnya harus tetapi dalam hati saya selalu beringat tentang hukum asal duit kertas ini iaitu haram dan saya berusaha sedikit demi sedikit untuk menjauhkan diri dari duit kertas ini. Memang sukar, tetapi saya yakin Allah akan membuka jalan bagi orang2 yang berusaha macam saya.

    10. Dan saya juga yakin bahawa urusan muamalat saya selama ini adalah halal walaupun saya mengatakan duit kertas adalah haram. Sukar saya nak jelaskan, tapi saya faham hakikatnya.

    11. Jadi apa pandangan tuan Pakdi tentang keterangan saya ni? Tolong komen ye. Tiada niat untuk merendahkan sesiapa dan tiada niat untuk meninggi diri, hanya untuk menimba ilmu jika tuan ada input2 yang baik.

    • ahmad Nov 5, 2011
      • halim Nov 9, 2011

        wa’alaikummussalam,
        Tuan Ahmad, ni comment yang ada pada link yang tuan bagi.

        #63 Kalau dah haram, tak perlu berdalih — helmis 2010-01-19 23:48

        Allah menyatakan babi itu haram, akan tetapi jika terdesak dan tidak ada langsung makanan lain yg boleh dimakan maka ada kelonggaran, akan tetapi pada pendapat saya muslim sejati akan rela mati dari memakannya. Muslim sejati ini juga akan berusaha mencari makanan selagi nyawa dikandung badan.

        Akan tetapi jika Allah dah haramkan riba dan wang kertas itu juga berunsur riba, maka ulama2 terulung pula menyatakan

        “Namun setelah para ulama melihat kepada faktor cengkaman ekonomi dunia kontemporari di tangan bukan Islam dan keperluan mendesak untuk penggunaan matawang fiat disebabkan ketiadaan alternatif di hadapan mata sepeti matawang dinar emas dan sebagainya. Majlis Fiqh antarabangsa yang dianggotai ulama fiqh terhebat dari seluruh dunia secara sepakat membenarkan penggunaannya namun dengan syarat ia mestilah mengikuti displin dan syarat yang sama dengan hukum atas emas dan perak.”

        membenarkan penggunaannya tanpa mengishtiharkan ianya sebagai haram akan menyebabkan ramai yg terus lena dan tidak sedar ianya haram dan akan tidak berusaha untuk mencari alternatif lain contohnya menghidupkan kembali “wang sunnah” yang mempunyai nilai didalamnya.

        Amat berbeza bg mereka yg sedar wang kertas itu haram dan tidak, disebabkan terpaksa mereka menggunakannya akan tetapi di hati tetap mahu lari darinya, berbeza dengan mereka yg tidak sedar yg ianya haram maka tiada timbul dihati untuk menegakkan kembali “wang sunnah”. Sebab itulah ada ulamak “tak terulung” ini menyatakan ianya haram dan masih menyimpan didalam poket mereka, mereka sedar dan berusaha lari darinya.

        Kalau disamakan dengan kes babi, maka makan babi lah mereka yang tidak tahu ianya haram sampailah mati dan tidak mahu mencari makanan lain yg halal.

        Konklusinya, apa yg haram wajib diisytiharkan haram agar semua muslim berusaha lari darinya dan bukan bersikap tak apa, “ala nak buat camana”.

        helmis
        syurgadidunia.blogspot.com
        Quote

  • awang sarawak Oct 23, 2011

    salam.. saya berpegang dengan pendapat yang sama dengan saudara halim.. semoga mendapat keberkatan dari Allah.

  • ar-rumi Nov 3, 2011

    Assalamu’alaikum,

    Saya juga berpegang dengan pendapat saudara Halim.

    Teringat seorang guru saya berkisah mengenai Sheikhnya di Mesir. Katanya, Syeikh itu ditanya mengenai hukum menghisap rokok. Lalu jawab Syeikh, Hukumnya adalah Haram. Tetapi diketika lain murid-murid melihat Syeikh itu sedang menghisap rokok. Lalu Syeikh di tanya: “Bukankah tuan berfatwa bahawa rokok itu haram? Mengapa tuan menghisap rokok?”. Lalu jawab Syeikh tersebut, “Merokok hukumnya Haram, bagaimana aku boleh menghalalkan sesuatu yang Haram (disebabkan aku merokok)… Tetapi sekiranya aku tidak menghisap rokok, kitab-kitab ditanganmu (murid) tidak akan terhasil. Maka ia (merokok) adalah urusan aku dengan Allah, aku mengharapkan Allah mengampuni aku…”

    “Aku mengharapkan Allah mengampuni aku”
    “Aku mengharapkan Allah mengampuni aku”

    Lihatlah di US dan Eropah, wang fiat bakal memusnahkan mereka. Bagi yang mengatakan hukum wang fiat adalah harus dan yakin dengannya, maka semoga ijtihad kalian tidak memusnahkan ummat Islam.

    Tetapi bagi yang mengatakan hukum wang fiat adalah harus tetapi dimasa yang sama terdetik keraguan jauh dilubuk hatinya tentang keharusan wang fiat (haram), maka pastikan kalian menyediakan jawapan yang akan dikemukakan kepada Allah Rabbul Jalil di hari kiamat kelak.

    Dengan berjuang menerangkan kepada ummat Muhammad tentang keDAJALan wang fiat, tiada lain yang aku harapkan kecuali…

    “Aku mengharapkan Allah mengampuni aku”

    Sekiranya undang-undang legal tender dan hak monopoli mengeluarkan wang fiat dihapuskan. Musnahlah wang fiat, Musnahlah wang fiat dan Musnahlah wang fiat. Musnahlah bank konvensional, Musnahlah bank Islam. Yang tinggal hanya penyokong-penyokong wang fiat dan bank sahaja..

    Sungguh hairan dan sangat pelik dengan sikap sesetengah orang, diwaktu pencipta kapitalis sendiri sedang bergelut dengan super krisis dan terumbang ambing di lautan hutang dan lambakan wang fiat, diketika mereka sendiri mencari jalan untuk memulihkan ekonomi, dikala mereka memperkatakan dan mempertimbangkan semula untuk menggunakan wang asal iaitu emas dan perak, di masa yang sama “modernis Islam” sibuk mempertahankan keharusan wang fiat, bahkan sesetengahnya sanggup mengancam neraka buat penyimpan Dinar dan Dirham.

    Semoga tulisan ini dipandang dengan hati yang terbuka..

    Harap komen dari tuan rumah,

  • Jutawan Emas RM1 juta Nov 3, 2011

    Kalau beli emas dengan niat satu hari nanti nak guna sebagai matawang, baguslah..

    Tapi yang aku dengar hari-hari…

    Emas dah naik nilai RM sekian sekian per ounce..
    Hari ni naik lagi RM sekian sekian …

    Dalam hatiku keliru….

    1. “kenapa perlu menilai emas dengan wang kertas?”
    2. “Engkau nak tebus emas tu dengan wang kertas ke?”

  • Mizimind Nov 3, 2011

    Kita lihat root of the issue- kenalkah kita apa itu wang fiat ? Ianya adalah wang kertas yang diiktiraf nilai oleh pemerintah .

    So what, apa masalahnya?

    Masalahnya ialah : wang fiat ini tidak ada nilai dalaman (intrinsic value) (kalau pemerintah tak iktiraf ianya (Mahathir kata) setaraf toilet paper).

    Wang kertas ini dicetak oleh Central Bank yang dikawal oleh segelintir orang kaya yang berpengaruh. Mereka ini menguasai bank2.

    Kalau tak cukup duit, apa mereka buat?
    Cetak lagi dan cetak lagi.

    Apa masalahnya?
    Orang yang mencetaknya untunglah tak payah kerja. Siapa yang susah? kitalah sebab harga barangan asyik naik je (sbb duit dicetak sedangkan aktiviti ekonomi tidak setara dengan nilai duit menyebabkan Barang Naik.) Rakyat yang miskin akan sentiasa bekerja dan terus bekerja sebab nak cope dengan kenaikan harga barangan setiap tahun) ini penindasan dan dalam kata lain pencurian wang rakyat yang dibenarkan oleh undang2. Inilah inflasi.

    Biar pi lah, dah hukum alam macam tu…..redhakah kita ini berlaku.

    Dimanakah ribanya wang fiat ni?

    1. Anda ada RM1000 depositkan di bank. Bank hanya diwajibkan untuk untuk menyimpan wang anda sebanyak 4% sahaja yang lebihnya diniagakan dengan memberi pinjaman(dicambahkan) sehingga RM24,000 dengan memberi hutang kepada pelanggan lain.
    Apa hukumnya RM1,000 boleh create jadi RM24,000 ? Sebarang aktiviti duit buat duit adalah riba. Undang2 Islam mana yang membenarkan kaedah ini.

    2. Contoh lain. Anda depositkan wang anda RM1,000 di Bank. Bank boleh bagi pinjam RM24,000. Pelanggan pinjam RM24,000 dari Bank beli rumah kos rendah and then tak boleh bayar. Lepas tu Bank lelong..harta menjadi milik bank pada waktu itu. Atas dasar apa Bank berhak ambil alih rumah yang dilelong tu? Bukannya ada duit Bank yang terlibat pun? RM24,000 adalah wang cambahan hasil deposit RM1,000 tu. Dimanakah adilnya sistem itu? Apakah puncanya ? Ianya berpunca dari wang fiat yang tidak mempunyai nilai.

    Fikir2kan…selamat beramal..

    • samad Nov 4, 2011

      Stuju ngan komen tuan….dunia kunk ni mana ada ikut hukum dah..sume hanya pndai cakap jerk…so pndai-pandailah kita bawak diri….ramai yg nk galmour..tapi masih lgi ikut yang korup di sbbkan nak jaga periuk nasi…taku kebulur …sabar je la

  • samad Nov 4, 2011

    Macam saya katakan ..jgn kita hanya pandai berbicara tapi masih berpaksikan ????????…akhir zaman ,..susah nak caya fatwa-fatwa ni..yang tidk sehaluan..

    Apa pun harap TT tidak merasa terkilan dengan komen2 saya..sye suke baca smua artikel tak kira dari dlm dan luar negara dan pelbagai pendapat yang dihujahkan termasuk pakar-pakar yg tersohor…so jgn kecik ati ye TT..

  • Pakdi Nov 9, 2011

    Kepada pembaca yang mahukan ulasan saya, artikel ini lah ulasan saya dalam isu ini, saya tidak perlu ulas apa-apa lagi.

    Baca betul-betul artikel ini, fahami dan pergi ke link yang ada.

  • wanTODAK Jun 5, 2012

    “Aku pernah datang kepada Rasulullah SAW, dan pada leherku tergantung sebuah salib yang diperbuat daripada emas,
    Rasulullah SAW bersabda kepadaku “Wahai `Ady lemparkanlah berhala ini (salib).” Kemudian baginda membaca ayat ini:
    “Mereka menjadikan orang-orang alim (ulama-ulama atau ketua-ketua agama) dan pendeta-pendeta mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah.” (At-Taubah: 31).
    Maka saya bertanya: “Wahai Rasulullah, mereka itu tidak menyembah ulama-ulama dan pendeta-pendeta mereka itu.”
    Nabi pun bertanya: “Bukankah para ketua agama dan para pendeta itu menghalalkan bagi mereka terhadap barang yang diharamkan oleh Allah?
    Maka kemudian mereka (pengikut) ikut menganggap halal, dan para ketua agama dan para pendeta itu mengharamkan bagi mereka terhadap barang yang dihalalkan oleh Allah, maka kemudian mereka ikut menganggap haram?”
    Saya menjawab “Betul ya Rasulullah.”
    Maka baginda pun menjawab: “Demikian itulah yang di namakan ibadah (menyembah ) kepada mereka.”

    Kalau dah Riba, tetap RIBA.

    Khalifah Uthmaniah ditumbangkan melalui serangan ekonomi oleh perbankan Yahudi antarabangsa melalui sistem wang kertas.Atas nama memodenkan Empayar,Financial Planner Yahudi dijemput pada tahun 1842,wang kertas KAIMA diperkenalkan bagi menggantikan Dinar dan Dirham.Ini membawa kepada penguasaan banker Yahudi ke atas kedaulatan Khalifah.Secara tidak sedar banker Yahudi mencipta sistem kewangan moden berdasarkan riba.Reformasi kewangan memberi Yahudi peluang untuk membuka bank baru.Pada tahun 1875 kerajaan Uthmaniah di isytiharkan muflis kerana tidak mampu membayar hutang.Khalifah pada masa itu Sultan Abdul Hamid II digulingkan pada tahun 1808.

    Kalau Jumpa Dinnar Emas zaman Rasulullah s.a.w atau Duit Pisang era Perang Jepun. agak2 laaaaa Duit Dinnar Emas still laku taK????? Duit Pisang era Perang Jepun Tu pon still boleh beli barang kat Kedai tak????

    • Halim Jun 5, 2012

      Hujjah yang bernas. Tapi bagi apa sahaja hujjah kalau orang tu tak mahu melihat dengan mata hati, akan tetaplah ia berpegang dengan yakin yang sesat.

Leave a Comment