≡ Menu

Kereta Punca Ramai Orang Malaysia Muflis


29,338 orang bankrap disebabkan hutang kereta.

Itulah kenyataan di Parlimen yang dibentangkan oleh Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebentar tadi.

Punca-punca individu di Malaysia muflis seterusnya disebabkan oleh:

  • Hutang peribadi – 15,299
  • Hutang rumah – 14,327
  • Hutang bisnes – 14,327
  • Hutang korporat – 6,127

Manakala bankrap sebab kad kredit cuma sebanyak 5,735 kes.

Hutang cukai pendapatan (1,112), hutang pendidikan (196)  dan lain-lain (24,975).

Sehingga 2005 – April 2012 seramai 116,379 dan golongan berusia 35-44 tahun yang paling ramai melibatkan 37,493 orang.

(Sumber asal – The Star Online)

Penulis: Suzardi Maulan (Pakdi) merupakan seorang investor, financial planner & trainer – pelaburan saham untuk persaraan.