Kenapa (Takut) Berniaga?

Jika nak ada duit lebih yang banyak sila buat bisnes.

Urus duit sahaja dapat membuatkan kita rasa ok sahaja.

Kenta tahu urus duit & berniaga (atau beli bisnes yang betul) supaya dapat jadi kaya.

Banyak benda yang dapat kita jual. Jual produk. Tudung, kerepek, kopi, vitamin, penapis air, cermin mata dan macam-macam lagi.

Ada orang yang dapat tawarkan servis. Buat website, jadi copywriter, potong rumput, jahit baju, buat kek untuk kenduri kahwin dan seterusnya.

Apa yang nak dimalukan dengan berniaga? Bukan kita kena jadi pelacur. Bukan kita kena jual benda haram. Barangkali kita tidak berniaga kerana takut rejection. Takut ditolak bila kita menjual.

Kalau 100 orang kita jumpa, semua nak beli memang kita suka. Tapi kita tahu dari 100 orang yang kita jumpa mungkin kurang dari 10 orang yang beli. Kita takut dengan perkara sedemikian.

Rejection dalam bisnes adalah perkara biasa. Kalau takut rejection macam mana nak berniaga? Benar, rejection memang rasanya tidak seronok. Tapi itulah lumrah bisnes. Sebab itu nak berniaga kena buang perasaan mesti betul dan perfect 100%. Ini bukan sekolah dan universiti yang mana kejayaan diukur dengan berapa banyak A yang kita dapat. Lagi cepat & banyak rejection yang kita terima lebih cepat kita ada duit lebih. Serius.

Kalau berniaga part-time pun tak mahu, kenapa komplen tak cukup duit?

Kalau nak ada duit lebih setiap bulan, berniaga, berniaga, berniaga. Berniaga itu sunnah.

Duit bulan-bulan bagi cukup dulu. Bagi cashflow positif dulu. Dah selesai duit untuk bayar keperluan asas nak hidup, baru labur duit.

Tak perlu sibuk-sibuk nak labur duit kalau belum ada duit lebih.
.

Mahukah tuan mulakan perniagaan bermula dengan modal apa yang ada di tangan ? Sila klik link di bawah untuk maklumat lanjut.

www.panduancashflow.com

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.