Kenapa Nabi Muhammad Tetap Menyarung Baju Besi Untuk Pergi Berperang ?

Pada satu hari seorang lelaki berjumpa Rasulullah (berselawatlah kita) dan bertanya:

“Apakah aku patut mengikat unta aku dan bertawakkal atau aku melepaskan unta aku dan bertawakkal ?”

Nabi Muhammad (berselawatlah kamu) pun menjawab:

“Ikat unta tersebut dan bertawakkal.”

Kisah ini direkodkan oleh Imam Tarmizi.

Pengajaran Dari Kisah Ini

1. Islam menyarankan kita berusaha terlebih dahulu sebelum bertawakal.

2. Usaha ini perlukan kepada ilmu. Ini kerana untuk mengikat unta tidak boleh sebarang ikat. Ada ikatan tersendiri yang perlu diketahui Jika tidak kuat maka unta tadi boleh pergi merayau-rayau dan akhirnya hilang.

3. Kalau salah ikat pun boleh hilang, maka kalau tidak ikat apatah lagi nasib unta itu tadi. Lebih mudah dicuri orang.

4. Berdoa, bersedekah, melazimkan amalan sedekah untuk membuka pintu rezeki itu bagus. Tetapi itu semua perlu didahului dengan usaha dan ikhtiar.

5. Nabi Muhammad (berselawatlah kita) itu doanya makbul. Jika tidak berdoa pun pasti ada malaikat yang sukarela untuk membantunya. Namun, untuk menuju ke medan perang Baginda tetap menyarungkan baju besi sebagai usaha mengelakkan diri dari tercedera dan terbunuh.

About the author: Anda TAK OK dengan pelaburan yang dibuat sekarang dan mahu membetulkannya ? Jika YA, sila klik link ini — Investment Workshop

Comments on this entry are closed.