Kenapa Mesti Melabur Sekarang Juga ?

RM 10 ribu yang ada hari ini tidak sama dengan RM 10 ribu yang bakal diterima 1 tahun lagi.

Kalau duit itu dapat lagi satu tahun, kuasa membeli sudah tidak sama.

Nilai duit itu tahun hadapan, jika kadar inflasi 3 peratus maka kuasa membelinya cuma RM 9,708.

Sebaliknya jika duit itu ada ada ditangan sekarang, maka paling kurang dapat simpan dalam Fixed Deposit yang beri 3%. Selepas setahun dah jadi RM 10,300. Maka dapat juga lawan inflasi.

Inflasi Mengurangkan Kuasa Membeli

Itulah yang kita perlu fikirkan apabila ada sejumlah duit di tangan.

Apabila kita membiarkan sahaja duit itu di tangan, maka lama-lama kuasa membelinya susut, habis.

Inflasi ini berbahaya kerana inflasi ini sesuatu yang kita tidak boleh nampak. Tetapi nanti tahu-tahu sahaja duit sudah tidak cukup duit kerana harga barang semakin tinggi. Selalunya apabila kita baru tersedar kesan inflasi terhadap poket kita, memang sudah agak terlambat.

Macam baldi air yang ada kebocoran kecil. Tengok dari atas nampak macam penuh. Rupa-rupanya bila nak guna perasan air tersebut sudah pun susut dengan banyak. Maka caranya sudah tentu kena isi semula baldi tersebut dengan air baru pada kadar yang lebih cepat dari kadar kebocoran. Ini kerana inflasi ada satu perkara yang susah nak elak. Semua orang kena.

Maka sekiranya kadar inflasi itu 3% maka sudah tentu kena dilaburkan di tempat yang dapat beri lebih dari 3% setahun hanya untuk lawan inflasi.
.

Selepas sudah faham sebegitu, maka banyak individu akan mula bertanya:

“Apakah pelaburan apa yang bagus ?”

Namun sebenarnya soalan ini adalah soalan yang tidak bagus untuk poket tuan.

Sekiranya seseorang itu bertanyakan kepada orang yang menjual pelaburan BEGINI sahaja maka sudah pasti yang menjual itu tadi akan menyatakan hanya pelaburan BEGINI sahaja yang bagus. Pada masa yang sama yang menjual tadi tidak menceritakan tentang pelaburan yang BEGITU pula.

Ramai orang mahu mendapatkan jawapan ringkas dan tidak mahu memahami apakah realiti sebenar dunia pelaburan. Memahami realiti dunia pelaburan adalah amat penting supaya tuan tidak dijanjikan dengan mimpi-mimpi indah serta bulan dan bintang. Maka apabila sudah silap tanya soalan, jika ditanyakan soalan itu kepada:

  • Penjual emas, maka sudah pasti dia menjawab emas.
  • Ejen hartanah, maka sudah pasti dia menjawab hartanah.
  • Remisier saham, maka sudah pasti dia menjawab saham.
  • Penjual unit trust, maka sudah pasti dia menjawab unit trust.
  • Tidak ketinggalan, penjual takaful pun pasti bagitahu yang terbaik ialah takaful.

Jadi, mahukah tuan tahu soalan yang lebih baik untuk ditanyakan ? Sekiranya mahu maka berikut adalah struktur soalan yang baik untuk bermula.

  1. Beritahu jumlah modal pelaburan.
  2. Tempoh masa supaya modal tersebut dapat berganda.

Maka soalan tuan dapat menjadi seperti ini.

Saya mahu RM 100 ribu berkembang menjadi RM 250 ribu dalam tempoh 10 tahun, apakah pelaburan yang sesuai untuk saya mencapat matlamat pelaburan ini ?

Tuan boleh mendapat jawapan yang lebih baik dengan bertanyakan soalan seperti ini.

Apa Yang Menyebabkan Tuan Takut Melabur ?

Cerita kesan inflasi ini benar.

Maka mula lah beli aset-aset produktif.

Namun masih ramai individu yang tetap memilih untuk tidak melabur walaupun sudah mempunyai simpanan secukupnya.

Faktor paling utama ialah kerana takut rugi modal. Sedangkan rugi adalah proses yang perlu dilalui dalam pelaburan. Apa pun takut rugi bukan perkara luar biasa. Namun, jangan biarkan rasa takut menguasai diri selama-lamanya. Rugi sekali tidak bermaksud gagal.

Sebab sekiranya langsung tidak berbuat apa-apa, maka tuan juga yang rugi kerana kesan inflasi yang pasti menghabiskan kuasa duit tunai yang tangan. Inflasi adalah sesuatu yang pasti.

Maka berikut ialah 5 cara untuk melabur dengan selamat.

(1) Mulakan pelaburan dengan sejumlah modal yang kecil sahaja.

Iaitu sejumlah yang tidak akan jatuh miskin jika rugi 100% sekalipun.

Sekiranya tuan dah ada simpanan RM 100 ribu.

Mulakan dengan modal RM 10 ribu dahulu. Apa yang boleh dibuat dengan modal RM 10 ribu itu tadi ? Antaranya ialah.

  • Sebagai deposit pembelian apartment kos rendah yang berharga bawah RM 100 ribu
  • Dapat beli 3 saham di Bursa Malaysia yang bernilai kira-kira RM 3 ribu setiap satu syarikat.

(2) Mulakan dengan satu jenis pelaburan sahaja.

Ada banyak peluang pelaburan di Malaysia.

Di Bursa Malaysia sahaja sudah ada sekurang-kurangnya 6 jenis pelaburan.

6 Peluang Pelaburan Di Bursa Malaysia

(3) Cari individu yang lebih berpengalaman untuk memberikan bimbingan.

Jik tidak dapat jumpa individu berpengalaman yang mahu tunjukkan cara, sila cari independent financial planner yang dapat buat analisa kewangan yang holistik untuk poket tuan.

Independent financial planner fokus kepada khidmat nasihat dan bukannya jurujual produk kewangan yang bersifat product pusher seperti asyik-asyik suruh tuan beli emas, unit trust, buat pembiayaan untuk melabur, saham termasuklah mencadangkan ambil insurans / takaful untuk pelaburan.

(4) Sentiasa buat kiraan opportunity cost (kos melepas)

Bermula dengan dapat tahu perbezaan …

  • Kadar caj kad kredit 17.5% setahun.
  • Pendapatan bonus / dividen tahunan TH / ASB 5% – 8%.

Iaitu dengan mengetahui yang mana satu rumpai dan yang mana anak pokok buah. Kemudian, ilmu dan kemahiran untuk mengenal pasti anak pokok buah yang terbaik.

(5) Jangan jadi anjing dengan bayang-bayang

Katakan TIDAK kepada mana-mana tawaran pelaburan yang menjanjikan untung cepat atau untung tetap setiap hari, minggu dan bulan dan memberikan harapan pasti tak rugi. Itu adalah penipuan yang nyata.
.

Mudah-mudahan 5 cara yang dikongsikan ini dapat membantu kalian untuk mula melabur dengan risiko yang lebih calculated.

About the author: Tidak ada masa urus pelaburan sendiri? Jika ya, sila klik sini — Konsultansi Pelaburan

Comments on this entry are closed.