Kenapa Memilih Menjadi Kaya Dengan Jalan Riba?

Screenshot artikel pertama saya di MajalahNiaga.com mengenai halal haram dalam urusan kewangan kita. Saya mulakan dengan berbicara mengenai riba, maksiat yang Allah dan Rasulnya isytiharkan perang. Amalan riba ini sudah sebati dalam masyarakat hinggakan kita tiada segan silu membuka akaun simpanan di bank riba, meminjam di bank riba dan seterusnya.

Berbanding dengan babi, Allah dan Rasulnya tidak pernah lancarkan perang. Namun, kalau anak kita menyumpah menyebut kalimah babi, sudah tentu kita marahi mereka seteruk mungkin. Malah, dalam filem-filem Melayu sejahat-jahat watak tidak akan makan babi! Kalau sebegitulah jijiknya kita terhadap babi dan seharusnya kita patut lebih jijik dengan amalan riba.

Kalian dapat membaca artikel pertama bertajuk Kenapa Memilih Menjadi Kaya Dengan Jalan Riba? dan sekiranya ada cadangan isu / tajuk yang tuan puan ingin tahu boleh cadangkan dalam ruangan komen ya!

About the author: Saya merupakan penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang & ebook Panduan Cashflow. Pemegang sijil profesional Islamic Financial Planner (IFP). Klik untuk membaca profil penuh.

2 comments… add one

  • Acik fosilmitra Mar 25, 2011

    Salam Pakdi, boleh komen skit pasal “memilih menjadi kaya dengan jalan MLM” tak?… Nak dgr komen pakdi.. sebab ada yg berjaya dan ada yg tidak juga dlm “M-embantu L-ebih M-enjayakan” ini… Apa komen sdr?… TQ

  • Tuah Apr 1, 2011

    Salam.
    Memang betul apa yang Pakdi tulis berkenaan riba tu. Saya dah baca buku ustaz Zaharuddin, pakar dalam kewangan bersyariat islam bertajuk Wang, Anda dan Islam yang merungkai halal dan haram dalam kewangan dan perbankan. Satu buku yang bagus sebagai panduan kepada kita semua.
    Kalau dah ada yang halal kenapa kita masih mahu memilih yang haram?

    P.S. – Buku Pakdi pun saya dah baca.

Leave a Comment