Kenapa Doa Kita Tidak Makbul ?

ib

Baik orangnya.
Tak susahkan orang.
Berbudi bahasa.

Menepati ciri-ciri menantu idaman.

Namun rumahnya, keretanya, motornya, insurannya menggunakan institusi kewangan riba. Sumber rezekinya, pelaburannya, makan minum dan pakaiannya datang dari sumber haram.

Itu adalah antara sebab doa kita masih terhalang.

Nabi Muhammad saw menyebut:

Ada seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan jauh, rambutnya kusut masai dan wajahnya berdebu. Dia berdoa sambil menadah tangannya ke langit lalu berkata, “Wahai Tuhanku, wahai tuhanku …”

Sementara makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan kenyang dengan makanan yang haram, lalu bagaimana mungkin doanya dimakbulkan.

(Hadis ini direkodkan oleh Imam Muslim)

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.