Kenaikan Harga 15 Jenis Makanan Popular Malaysia. Nombor 7 Yang Paling Mengejutkan

Malaysia terkenal sebagai syurga makanan.

Kepelbagaian kaum menghasilkan kepelbagaian makanan yang disukai ramai.

Bajet makan juga adalah bajet yang paling utama dalam perbelanjaan sesebuah isi rumah. Bagi mereka yang duduk di bandar, makan di luar adalah pilihan utama kerana kesibukan kerja di pejabat yang hanya dapat balik rumah pada lewat petang.

Naik harga makanan, naik juga lah perbelanjaan bulanan kita.

Berikut adalah pemerhatian yang dibuat oleh seorang wartawan, Soo Wern Jun, tentang kenaikan harga 15 jenis makanan yang popular sejak 5 tahun lepas. Makanan yang dijual di tepi-tepi jalan sahaja, bukan di hotel pun.

1. Mi Kari

Fuh. Mee kuning, dicampur sayur, cili, tauge dan disiram dengan kari daging atau ayam secukupnya. Kari udang, kerang pun boleh.

5 tahun lepas, ia dapat dibeli pada harga RM 3.50 dan kini mencecah RM 6.

2. Asam Laksa

Laksa dengan kuah berasaskan ikan dan dicampur dengan petis udang. Pelbagai sayuran dapat dicampur bersama. Meleleh air liur.

5 tahun lepas sepinggan laksa RM 2.50 dan kini mencecah RM 5.50.

3. Cendol

Panas-panas dapat makan semangkuk cendol. Sejuk & lemak. Ya Allah, nikmat!

5 tahun lepas harganya dijual sekitar RM 1.20 dan hari ini kebiasaannya dijual pada harga RM 2.50. Malah ada tempat, dengan tambahan isi tertentu seperti pulut, jagung lebih, kacang merah lebih, mencecah RM 4.50.

4. Sup Kambing

Hujan-hujan dapat hirup sup kambing. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Sekarang harga dapat mencecah RM 6, berbanding RM 3.50 beberapa tahun lepas.

5. Mi Wantan

Pelbagai pilihan mi wantan yang ada di pasaran. Orang Melayu pun dah ramai pandai menikmatinya.

Dulu, cuma RM 2.50 dan kini untuk menikmatinya harga dapat mencecah RM 6.

6. Yong Tau Foo

Ada yang suka makan dengan kuah sup. Ada yang suka makan dengan kuah sambal. Dengan pelbagai pilihan yang dapat diletakkan dalam pinggan.

5 tahun lepas, 50 sen untuk pilihan 1 jenis, sekarang ada tempat yang menjual sehingga 90 sen.

SatayKajang1

7. Satay

Terkenal di bandar Kajang. Satay ayam dan satay daging dengan kuah kacang, timun dan bawang adalah menu utama.

5 tahun lepas dijual antara 30-40 sen secucuk dan kini sudah ada yang menjualnya pada harga 90 sen. Satay Kajang Move? Kenaikan 200%.

8. Roti Canai

Aney, roti kosong satu! …

5 tahun lepas, cuma 50 sen. Roti telur, RM 1.50. Sekarang sudah jadi RM 1 dan RM 2.50

9. Teh Tarik

… Sama teh tarik, buih lebih.

5 tahun lepas, 90 sen. Hari ini sudah jadi RM 1.20

10. Pork Noodles

Pilihan masyarakat Cina di Malaysia.

Dulu RM 3, sekarang sudah RM 6.

11. Nasi Daun Pisang

Nasi dan 3 jenis sayur, dulu RM 5.50 kini sudah menjadi RM 7.50

Jika dicampur dengan kari ayam, kari ikan, sudah kena tambah lagi RM 5.

12. Nasi Goreng

Sepinggan kebanyakan nasi goreng, 5 tahun lepas cuma berharga RM 3.50 dan kini dijual pada harga RM 5.

Campur telur mata, RM 1.50!

13. Mi Goreng

“Rasa-rasa tak mahu makan nasik lah bang hari ni,”

“Mi goreng lah, ok?”

Sepinggan, 5 tahun lepas dalam RM 3 dan kini sudah mencecah RM 5.

14. Char Kuey Teow

Dijual pada sekitar harga yang sama dengan nasi goreng dan mi goreng, dari RM 2.50 ke RM 5.

15. Nasi Lemak

Walaupun malam kita bergaduh pasal politik, esok pagi nasi lemak Cik Anom dekat simpang depan balai raya belakang kedai Wak Dol juga menjadi pilihan. Simbol perpaduan rakyat Malaysia.

Nasi lemak bungkus daun pisang masih ada yang dijual RM 1.  Tetapi dengan potongan telur yang semakin kecil dan sambal ikan bilis yang semakin sedikit. Ada yang tak bagi timun pun 🙁

Manakala nasi lemak berlauk, boleh mencecah RM 5 mengikut jenis lauk untuk satu hidangan.

Sumber: Sisipan FocusWeek, yang boleh didapati bersama akhbar Focus Malaysia, keluaran 1-7 November 2014.

Sumber gambar: justasdelish.com

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.