Kejayaan Paling Bererti Saya, Keluar Dari Riba – TG Nik Abdul Aziz

KOTA BHARU: Bagi Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kejayaan paling bererti sepanjang 22 tahun pentadbirannya apabila berjaya mengasingkan wang kerajaan daripada sistem riba.

“Paling cukup bererti bagi saya kerana kita berjaya mengasingkan wang kerajaan negeri daripada sistem riba dengan memindahkan kesemua wang dari bank yang tidak menepati syariat ke Bank Islam.

“Apa yang kita lakukan adalah mengikut garis panduan yang diajar Islam dan bukan pandai-pandai kita berbuat demikian,” katanya di sini.

Ekoran itu kata beliau menyebabkan beberapa wakil dari bank bertemu dengannya untuk menyatakan rasa kecewa berhubung tindakan kerajaan tersebut.

Ketika itu hanya Bank Islam sahaja yang tiada sistem kewangan berunsur riba di negara ini.

Menurutnya bermula dari situlah institusi kewangan lain di negara ini menubuhkan kaunter perbankan Islam sehingga berkembang pesat sekarang.

Sumber asal: Harakahdaily


Baca Nota Pakdi menerusi emel:

6 thoughts on “Kejayaan Paling Bererti Saya, Keluar Dari Riba – TG Nik Abdul Aziz

  1. Salam pakdi.. skrg tgh kecoh pasal pelaburan emas Genneva Msia yg dah diserbu BNM.. Ada juga senarai sykt yg dikeluarkan oleh pihak BNM yg disenaraihitamkan sebenarnya ada yg dah diperbaikpulih dan tidak lagi menjalankan kesalahan dlm perniagaan mereka.. Bermakna kat sini, ada yg kata list yg dikeluarkan oleh pihak BNM adalah list lama dan tidak lagi relevant dgn situasi yg berlaku pada Genneva Msia..

    Mohon pakdi ulas skit permasalahan ini.

    TQVM

  2. 1. “Bank Islam menawarkan kadar keuntungan sekian sekian %”, apakah maksud kadar keuntungan dari sudut perbankan Islam?
    2. jika dilihat secara kasar, ia sama seperti “kadar faedah” perbankan konvensional, cuma tukar nama aje.. betul ke?

  3. Mohon kerajaan Kelantan pertimbangkan untuk menggunakan Bank Rakyat sebagai pilihan perbankan. 100& perbankan patuh syariah dan lebih banyak kelebihan. Sekadar cadangan.

Comments are closed.