Ke Mana Urusan Harta Pusaka Si Mati Perlu Dibawa?

pape

Pengkebumian orang tersayang telah pun selesai.

Maka waris-waris pun pulang ke rumah dari tanah perkuburan.

Seterusnya bermula lah fasa mengumpul maklumat tentang harta dan hutang si mati.

  • Harta alih
  • Harta tak alih
  • Hutang-piutang
  • Kos pengurusan jenazah
  • Perjanjian-perjanjian seperti hibah, wasiat
  • Senarai waris yang berhak

Jadi, apa langkah seterusnya ?

Bagi ‘golongan kebanyakan’ ada dua agensi yang boleh membantu untuk menguruskan pembahagian harta pusaka. Saya sengaja nyatakan golongan kebanyakan kerana golongan-golongan atasan tidak ada masalah tentang ini; harta banyak, mereka tidak berkira tentang kos pengurusan dan biasanya mereka sudah siap-siap ada peguam (sama ada syarikat atau peribadi) untuk menguruskan harta-harta mereka.

Baiklah, ada dua agensi yang boleh membantu menguruskan harta pusaka golongan kebanyakan:-

i) Unit Pembahagian Pusaka Kecil (‘Pejabat Pusaka’)

Sekiranya si mati meninggalkan

  1. Harta tak alih; DAN
  2. Harta alih

Kesemua harta-harta ini nilainya tidak melebihi 2 juta.

Sekiranya TIDAK ada pertikaian, waris boleh terus mendaftarkan permohonan untuk perbicaraan di pejabat Pusaka; yang merupakan agensi kerajaan persekutuan.

Pejabat Pusaka yang mempunyai bidangkuasa untuk mendengar perbicaraan dapat ditentukan oleh lokasi harta tak alih bagi harta pusaka tersebut.  Jika harta tak alih terdapat di lokasi-lokasi di pelbagai daerah/negeri, bolehlah merujuk kepada mana-mana pejabat Pusaka yang terhampir atau yang lebih menyenangkan waris.

Khidmat nasihat di pejabat Pusaka diberi percuma sahaja. Pejabat Pusaka akan menerangkan borang-borang untuk mendaftarkan kes dan dokumen-dokumen yang diperlukan. Pendaftaran adalah percuma tetapi caj untuk Perintah akan dikenakan pada selepas perbicaraan bergantung kepada nilai aset-aset si mati.

ii) Amanah Raya Berhad

Sekiranya si mati meninggalkan harta alih sahaja.

Dokumen-dokumen waris dan harta alih si mati boleh dibawa ke Amanah Raya. Proses pendaftaran tidak semestinya akan selesai pada hari itu juga. Ia bergantung kepada dokumen-dokumen yang dibawa sama ada lengkap atau sebaliknya.

Pihak Amanah Raya akan mengemukakan pertanyaan lanjut mengenai si mati, waris dan dokumen-dokumen harta alih sebelum pendaftaran untuk perbicaraan harta pusaka mati dijalankan. Semasa di kaunter Amanah Raya jangan lupa untuk sahkan bayaran caj perkhidmatan Amanah Raya. Ia agak tinggi tetapi kadang-kadang waris tidak ada cara lain selain menggunakan khidmat ini apatah lagi bila akaun-akaun simpanan/ pelaburan dibekukan kerana si mati semasa hayatnya tidak meletakkan Penama dalam akaun harta alih-harta alihnya.

Anggaran caj perkhidmatan Amanah Raya adalah seperti berikut :

[Seksyen 17(1), 17(2) & 13 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995]

  • 4% ke atas RM25,000.00 yang pertama
  • 3% ke atas RM225,000.00 yang berikutnya
  • 2% ke atas RM250,000.00 yang berikutnya
  • 1% ke atas RM500,000.00 yang berikutnya
  • 0.50 % ke atas baki selebihnya

Sekiranya Si Mati Ada Meninggalkan Wasiat

Jika si mati pernah menulis wasiat berkenaan harta-hartanya, wasiat itu boleh dibuka dan dibaca oleh waris.

Tetapi, jika waris hanya menemui kad (terdapat agensi/perunding swasta yang membekalkan kad khas kepada si pembuat wasiat) yang menyatakan si mati ada membuat wasiat bolehlah berhubung dengan agensi yang membuat wasiat tersebut untuk mendapatkan salinan wasiatnya. Mereka juga akan membantu memberi nasihat yang sewajarnya nanti.

Sekiranya wasiat yang ditinggalkan oleh si mati ini tiada pertikaian, maka ia dapat dikemukakan di pejabat Pusaka atau Amanah Raya. Ini untuk kes sekiranya si mati adalah seorang Muslim. Bagi non-Muslim, wasiat tersebut perlu dibawa ke Mahkamah Tinggi.

Selepas ini saya akan tuliskan situasi kes-kes harta pusaka yang mana hendak-hendak anda terpaksa juga menggunakan khidmat peguam kerana melibatkan urusan di Mahkamah. Saya juga akan kongsikan tips bagaimana anda boleh menjimatkan kos guaman anda.

About the author: Naziatul Azrin ialah seorang pengamal undang-undang di Ipoh, Perak. Berpengalaman mengendalikan urusan harta pusaka muslim dan bukan muslim.

13 comments… add one
  • Syawaliah Dec 11, 2015

    Saya mempunyai baki hutang personal loan RM6k(lbh krg) yg masih xdilunaskan sehingga kini.Saya skrg tidak bekerja.Rumah saya sudah habis bayar.Bagaimana saya boleh gunakan aset rumah ni utk bina pendapatan atau sebagainya.Trm kasih

  • kamal Dec 21, 2015

    assalamualaikum
    bagaimana caranya jika saya ingin jadikan rumah saya sebagai rumah keluarga? contoh macam rumah peringatan di mana keluarga boleh gunakan rumah tersebut tetapi harta tersebut bukan kepunyaan individu

  • naziatulazrin Jan 3, 2016

    Waalaikumsalam.

    Saya cadangkan saudara tubuhkan persatuan keluarga dan daftarkan. Kemudian, rumah tersebut didaftarkan atas nama persatuan. Lebih mudah uruskan aset persatuan. Jika mahu dibuat homestay hasil keuntungan boleh juga dimasukkan ke tabung persatuan. Mungkin di masa depan boleh membantu mana-mana ahli yang berdepan kesusahan. Semoga jalinan kekeluargaan saudara bertambah erat hendaknya. Wallahua’lam.

    • Suzardi Maulan Jan 4, 2016

      Persatuan atau syarikat, mana lebih mudah cik puan peguam ?

      • naziatulazrin Jan 6, 2016

        Syarikat lebih mudah. Tapi, nak terus jawab syarikat tak pasti kena atau tidak dengan konteks soalan.

  • diyana azlan Apr 9, 2016

    bagaimana urusan/procedur tuntutan hrta pusaka di amanah raya yang melibatkan arwah yang mempuyai wasiat diamanah raya? pernah uruskan tak kes mcm ni?

  • Zurita May 20, 2016

    Bekas suami telah meninggal dunia . Beliau ada duit epf yg tidak ada penama. Duit telah dikeluarkan oleh adik arwah menggunakan LA letter of adminisrtations. Arwah punya anak 1 perempuan 2 lelaki berumur 17,16 dan 12. Aduk arwah cuma memberika rm200 sebulan seorang kpd anak2 dimana saya tidak setuju dgn perkara ini. Sijil faraid telah saya dapatkan . Apakah tindakan selanjutnya yg lerlu saya buat . Boleh ke saya membawa waris dan adik arwah berbincang di jab tuan . Terima kasih .

  • muhammad hasif Jun 7, 2016

    Assalamualaikum tuan,

    Ayah saya baru meninggal dunia pada bulan lepas (Mei 2016) dan 3 minggu selepas itu keluarga kami dihubungi peguam yang menguruskan urusan jual-beli rumah dimana ayah saya telah menjual sebuah rumah milik beliau dgn harga RM500 ribu. Peguam tersebut kini menyimpan hasil jualan tersebut (500k) dan soalan saya bagaimanakah keluarga saya boleh mendapatkan hasil jualan tersebut?

  • Syazwani Oct 6, 2016

    Kakak saya baru kematian suami 2 minggu lepas..keluarga mentua mendesaknya untuk pembahagian harta ikut hukum faraid.tetapi semasa suami kakak masih hidup beliau ada menyatakan beliau telah menamakan sebahagian hartanya namun tiada kepastian.Soalan saya bagaimana cara untuk memastikan hak ke atas harta tersebut? Dan bolehkah kakak menuntut harta sepencarian atas rumah dan kereta kerana rumah dan kereta dibeli bersama tetapi kereta dan rumah digerankan atas nama arwah?? Terima Kasih.

  • nursalam @ramesh May 16, 2017

    asalammuwaliakom tuan. sy muaalaf, ayah sy 7 tahun lamanya dan dah berkawin, ayah sy telah menamakan abang sy sebagai penama di gran rumah semasa mahu memohonnya,,, gran sudah dapat atas nama abg sy, ayah telah meninggal , sy dihalau keluar oleh isteri dan abang sy dari rumah ….sy mempunyi 5 orang lagiahli keluarga dan mereka menyuruh sy berjumpas peguan dan tanyskan kerana hanya sy sahaja yg tidak mempunyi harta ..

  • fadzli nadzri Jun 7, 2017

    arwah ayah telah lama meninggalkan kami adik beradik . kini kami mendapat tahu bahawa arwah telah meninggal dunia. persoalannya bagaimana kami ingin mendapatkan hak kami sebagai anak kandung arwah. arwah tidak pernah mencari kami semasa hayat beliau masih ada. kami tidak pernah tahu menahu tentang kehidupan arwah sebelum ini. kami hanya inginkan hak kami sebagai anak yang dibesarkan oleh ibu tunggal. terima kasih

  • TANG LEAN YOKE Aug 3, 2017

    Dear SIr/Madam,

    My husband passed away in Jan 2017. I intended to close his saving account leaving less than 2,000. As instructed by the Bank to apply for grant of probate from your organisation. Appreciate if you could assist me with the procedure and the relevant documents to submit. Thank you.

  • yusni Oct 11, 2017

    bagaimana harta simati melebihi 2 juta utk melakukan pindah milik

Leave a Comment