1. Saya telah menulis artikel ringkas bertajuk, Katakan TIDAK Kepada Skim Cepat Kaya dan anda boleh membacanya melalui link in:
http://www.pakdi.net/katakan-tidak-kepada-skim-cepat-kaya/
Antara petikan artikel tersebut:
1. Syarikat tersebut mesti berdaftar / mempunyai lesen dengan Suruhanjaya Sekuriti / Bank Negara Malaysia untuk menjadi wakil pelaburan bagi pihak anda
Anda perlu meminta kad kuasa khas / sijil perakuan yang sah. Sebagai contoh ejen pelaburan saham amanah diberikan kad kuasa khas oleh Federation of Malaysian Unit Trust Managers (FMUTM).
Sekiranya mereka gagal menunjukkan sebarang kad kuasa / sijil berkaitan, anda tidak perlu berkata apa-apa dan tinggalkan mereka segera!
Oh ya, saya maksudkan authorization card, bukan business card. Business card tidak boleh menggantikan kad kuasa.
2. Saya mengalu-alukan anda semua untuk membuat hebahan tentang artikel tersebut untuk bersama membantu kerajaan Malaysia membanteras skim cepat kaya.
3. Saya menghadapi masalah dengan Google Adsense, siapa sini ada cara terbaik nak halang iklan HYIP dan skim cepat kaya dari diiklankan di blog ini? (Bagi mereka yang kurang faham teknologi Google Adsense, iklan tersebut dijana secara automatik mengikut keyword tertentu)
4. [Updated] Terima kasih manmoncang kerana berkongsi panduan untuk menghalang iklan-iklan tersebut. Sila hubungi admin[at]pakdi.net sekiranya anda melihat sebarang iklan HYIP dan skim cepat kaya berserta alamat web yang tertera. Saya akan menghalang iklan tersebut.
Sekian, terima kasih.

5 Comments
Pakdi, ni out of topic, nak tanya pasal broker yang boleh kita trade dalam bursa, broker apa ada kat malaysia ni?
Pakdi:
Klik link ni: List Broker
Hurm. Pakdi, cuba hantar emel kepada pihak ggogle adsense tu. Tanya dia bagaimana nak buang iklan2 yang tidak diingini. Biasa orang google adsense ni peramah sket.
Pakdi: terima kasih. peramah ek…
Terima kasih pakdi untuk link kat atas tu.
Pakdi: Sama-sama
mau tanya….buluhmas tu ada sijil ssm,labur rm3600,bulanan sampai mati rm746…boleh percaya ka
Gila betoi… pasal buluh emas nih bila aku kaji… isk2…
satu lagi http://www.east2trade.com.my gila aper bleh bg 10% bulan2… tolong sapa ada idea.aku dah berminat