Jika Forex Haram, Kenapa Bank-Bank Islam Pun Ada Buat Forex ?

Apa hukum main forex ?

  • Jika haram, kenapa bank-bank Islam ada buat ? Kenapa boleh jadi halal ?
  • Kenapa rakyat biasa buat forex jadi haram ?

Forex

Bagi menjawab persoalan sebegini, saya ada menulis mengenai forex trading yang dibuat oleh individu-individu melalui platfom trading online. Artikelnya adalah:

1. Pelaburan Forex – Jalan Mudah Terjerumus Riba
2. Saya Cuma Beli Wang – Macam Mana Boleh Jadi Riba?

Artikel di atas ditulis pada Julai 2011, sebelum keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai forex pada Februari 2012.

Jadi, sila baca 2 artikel tersebut yang disediakan di atas untuk memahami bagaimana pertukaran matawang dapat menjadi haram. Bacalah dulu ya.

Ringkasnya apa yang tidak boleh adalah pertukaran matawang dan jenisnya yang dibuat secara bertangguh. Seperti yang banyak berlaku di kalangan orang awam melalui medium internet.

Jika berlaku pertukaran matawang secara tunai, ok. Seperti tukar duit di money changer.

Itu adalah kata sepakat ulama silam dan masa kini.

Malah, ia telah disebut dengan jelas dalam Shariah Standard kewangan antarabangsa, yang terdiri dari penasihat Shariah antarabangsa termasuk dari Malaysia yang menjadi rujukan institusi kewangan untuk isu-isu kewangan Islam semasa, yang disediakan oleh The Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI).

Shariah Standard AAOIFI mengenai Trading in Currencies telah dibuat sejak Mei 2000.

Menjawab soalan kenapa bank-bank Islam boleh buat forex…

Urusniaga forex yang dibuat oleh bank-bank Islam telah dibuat mengikut kehendak pertukaran matawang secara tunai (bay sarf) yang dibenarkan di sisi Shariah. Institusi kewangan Islam ada penasihat Shariah yang menyelia aktiviti berkaitan pertukaran matawang. Cara bank-bank membuat “forex” ini berbeza dengan individu yang “main” forex di internet.

Jadi, siapakah panel penasihat Shariah yang mengawal selia pemain-pemain individu forex, online broker forex dan pasaran forex yang wujud di internet agar aktiviti pertukaran matawang ini selaras dengan kehendak Shariah ?

About the author: Tidak ada masa urus pelaburan sendiri? Jika ya, sila klik sini — Konsultansi Pelaburan

Comments on this entry are closed.