Jarir Bin Abdullah; Sahabat Yang Mempunyai Kemahiran Membuat Valuation

Pada satu hari, Sahabat Nabi bernama Jarir bin Abdullah memerintahkan pembantunya untuk membeli seekor kuda.

Pembantu Jarir pun membelikan beliau seekor kuda pada harga 300 dirham. Pembantu tadi kembali bersama pemilik kuda bagi membolehkan penyerahan wang dibuat oleh Jarir sendiri.

Setelah melihat kuda tersebut, Jarir berkata, “300 dirham itu terlalu murah untuk kuda tuan, saya mahu membelinya pada harga 400 dirham,”

“Terpulang kepada tuan,” jawab pemilik kuda.

Setelah berfikir dengan lebih lanjut, Jarir berubah fikiran dan berkata, “400 dirham itu terlalu murah. Saya mahu beli pada harga 500 dirham,”

Pemilik kuda bersetuju lagi.

Setelah berfikir lagi, Jarir pun menaikkan harganya lagi 100 dirham. Pemilik kuda sentiasa bersetuju. Jarir tetap mengatakan harganya masih murah sehinggalah tawaran harga menjadi 800 dirham.

Melihatkan situasi yang unik ini, maka ada yang bertanya kepada Jarir kenapa beliau btrtindak sedemikian. Maka Jarir pun menjawab, “Saya pernah berjanji kepada Nabi untuk menghendaki kebaikan bagi setiap Muslim.”

Kisah ini dicatat oleh Imam Thabrani dalam Mu’jam Kabir yang menghuraikan hadis dalam buku Shahih Muslim yang menunjukkan Jarir telah berjanji untuk memberikan nasihat yang baik kepada setiap Muslim.

Apa yang berlaku itu memang kelihatan luar biasa dalam kaca mata biasa. Namun itulah yang disebut sebagai reputasi dan integriti.

Rata-rata orang pasti menerima tawaran harga yang lebih murah dari nilai sebenar dalam transaksi sedemikian. Ianya berdasarkan konsep willing buyer & willing seller. Tetapi integriti itu adalah lebih utama dalam situasi tersebut lebih-lebih lagi apabila seseorang itu mempunyai kelebihan yang tidak dipunyai oleh orang lain.

Kelebihan Jarir ialah beliau mempunyai kemahiran untuk membuat penilaian terhadap sesuatu harta. Sedangkan si penjual kuda itu tadi tidak mempunyai kemahiran tersebut lantas dia menerima sahaja apa-apa tawaran harga yang dirasakan baik. Namun, Jarir tidak mengambil kesempatan untuk membeli kuda tadi pada harga 300 dirham sedangkan nilai wajar kuda tadi adalah 800 dirham kerana mempunyai elemen unfair dealings.

Peristiwa yang mempunyai unsur unfair dealings ini juga pernah berlaku membabitkan pelabur lagenda, Warren Buffet dan rakan kongsinya, Charlie Munger dalam urusniaga saham Wesco pada tahun 1972. Melalui Blue Chip Stamps, salah satu syarikat yang dikawal Berkshire Hathway, mereka mahu menghalang penggabungan Wesco dengan sebuah syarikat lain dengan mula membeli saham-saham Wesco dengan banyak. Mereka berjaya. Penggabungan gagal.

Akibatnya, saham Wesco terus jatuh merudum dari harga $18 menjadi $11 sesaham. Kejatuhan itu adalah satu peluang untuk Buffett & Munger “memborong” saham-saham seterusnya mengambil syarikat Wesco tersebut tetapi mereka tidak melakukannya. Mereka menawarkan harga setinggi $17 sesaham sebelum membuat tawaran tender offer sebanyak $15 sesaham.

Tindakan ini menarik perhatian ramai pihak, termasuklah regulator Securities and Exchange Commission (SEC). Kenapa Buffett & Munger tidak mahu membeli pada harga $11 tetapi menawarkan harga lebih tinggi ? Melihatkan situasi sedemikian juga menyebabkan SEC membuat siasatan manipulasi pasaran. Tetapi disebabkan Buffett & Munger tidak mahu mengambil kesempatan terhadap kejatuhan harga harga saham Wesco, menyebabkan situasi yang pelik berlaku. Secara teknikalnya berlaku kesalahan, tetapi secara moralnya tidak kerana Buffett & Munger tetap menawarkan harga yang wajar kerana mereka memang mahu menghalang penggabungan Wesco dengan pihak lain.

Buffett spent a year explaining to skeptics and regulators that he paid a higher price to show integrity. He argued that paying this premium had economic value, because integrity is a reputational advantage that others would consider in subsequent dealings.

Comments on this entry are closed.