Isu Tabung Haji – 1MDB

Media sosial telah sibuk memperkatakannya isu ini.

Ini adalah secara ringkas kronologi, apa yang berlaku.

zadada

Saya juga berkongsi di FB laporan akhbar, kenyataan dari pihak LTH.

TH kata duit tuan tak hilang.Sebab bila kita masukkan duit dalam akaun TH, kita cuma minta TH simpan dan kita dah bagi…

Posted by Suzardi Maulan on Saturday, May 9, 2015

Dan

Setelah tuan membaca kedua-dua sumber isu TH-1MDB…Adakah tuan tetap berhasrat mengeluarkan duit Tabung Haji tuan…

Posted by Suzardi Maulan on Saturday, May 9, 2015

Blog Pakdi.net telah menyuarakan kebimbangan tentang perkara sebegini dalam 2 post berikut pada tahun 2013, dan mendapat kecaman yang hebat dari pelbagai pihak sebab menyuarakan hal ini.

1. Cerita Pelaburan Tabung Haji 2013
2. Lembaga Tabung Haji Mempunyai RM 482 Juta Pelaburan Berisiko Kepatuhan Shariah ?

Saya berpendapat isu ini bermula hubungan asas pendeposit dengan LTH sendiri.

Konsep simpanan di TH adalah berdasarkan konsep Wadi’ah Yad Dhamanah. Ia merupakan kontrak simpanan yang dibuat di…

Posted by Official : Lembaga Tabung Haji on Saturday, May 9, 2015

Memandangkan hubungan deposit-LTH adalah sekadar penyimpan sahaja, maka LTH tidak perlu disclose banyak aktiviti perniagaan mereka. Struktur ini menyebabkan LTH jadi macam “bank”.

Maka, memandangkan LTH memegang lebih RM 40 bilion duit umat Islam, sangat wajar hubungan ini dibaiki menjadi setaraf hubungan shareholders – management. Sama ada model koperasi atau syarikat awam misalnya.

Pendeposit sebagai pemilik LTH dan pengurusan LTH adalah pengurus sahaja.

Kesan yang baik dari kawal selia antaranya adalah:

  • Melaksanakan mesyuarat tahunan (AGM) yang dapat mendengar hasrat pendeposit yang kini telah bertukar status menjadi pemegang saham.
  • Pemegang saham memilih sendiri siapa yang menduduki ALP.
  • Pemegang saham boleh mengundi.
  • Pihak Ahli Lembaga Pengarah (ALP) perlu ada wakil pemegang saham.
  • Pengurusan perlu membuat laporan yang telus kepada pemegang saham, seperti mendapat keizinan untuk membuat related parties transaction misalnya.

Jika ia terlalu teknikal untuk makcik pakcik di kampung, mungkin dapat dipecahkan akaun TH kepada dua jenis.

  1. Tabungan pergi Haji sahaja, fokus urusan pergi haji. Tak perlu beli saham.
  2. Tabungan pelaburan, iaitu beroperasi seperti saranan di atas.

Terserahlah kepada bijak pandai yang ada kuasa, access kepada kuasa di TH…

Comments on this entry are closed.