Isu Penghapusan Subsidi

1. Dalam facebook saya, status-status mengenai subsidi memang agak hangat. Kini giliran para pembaca blog pula untuk memberikan pandangan berdasarkan soalan-soalan berikut.

2. Apa yang dibentangkan oleh Idris Jala mengenai subsidi adalah fakta atau pun pendapat? Sekiranya ia bukan fakta, maka apakah sebenarnya status ekonomi negara kita dan apakah fakta yang tuan puan ada ?

3. Sekiranya yang diberitahu oleh Idris Jala adalah pendapat semata-mata, maka kenapa kita perlu respon secara negatif ? Bukankah ia seharusnya melegakan kita semua kerana 2019 Malaysia tidak akan bankrap kerana apa yang dibentangkan adalah satu pendapat manusia sahaja sama seperti pembikin filem yang mengatakan 2012 dunia akan kiamat!

4. Kenapa Najib berani mengambil langkah sebegini yang mana isu berkaitan subsidi ini boleh menamatkan riwayat politiknya sendiri ? Penangannya terhadap masa depan BN adalah jauh lebih dahsyat dari kes Altantuya!

5. Bagi saya pembangkang di peringkat Persekutuan sepatutnya berasa amat gembira dengan langkah berani mati Najib ini kerana Najib sedang menggali kubur politiknya sendiri. Biarkan sahaja subsidi itu dihapuskan hari ini, sebab esok hari kerajaan Najib boleh ditumbangkan melalui jalan raya. Lusa bila dah pegang Putrajaya, laksanakan balik subsidi. Bukan begitu ?

6. Adakah tindakan Idris Jala sebenarnya adalah mahu menyatakan kerajaan BN telah silap, dan sebenarnya memberikan mesej, “Wahai rakyat Malaysia, kutuk lah kerajaan BN sesuka hatimu” atau sebenarnya dia menyatakan, “Wahai rakyat Malaysia, kerajaan BN ada buat silap dan kami sedang membetulkan semula.”

7. Adakah dengan menyatakan ini semua kesilapan BN, maka selepas PRU 13 nanti apabila PR memerintah pula maka masalah-masalah yang dibangkitkan hari ini akan terus hilang ? Kerana ramai yang menyalahkan kerajaan sahaja dalam hal ini. Justeru, tukar kerajaan pasti akan menyelesaikan masalah.

8. Siapa sebenarnya yang mendapatkan manfaat terbesar dari subsidi? Misalnya subsidi gula. Adakah ia penanam tebu, pengeluar gula, pemborong gula, peruncit gula, pembeli gula untuk tujuan komersil atau pembeli gula seperti kita semua ? Andaikan subsidi gula berjumlah RM 1 bilion setahun, berapa ribu ringgit yang kita (orang biasa) dapat sebenarnya hasil dari subsidi itu tadi setiap tahun ? Adakah kita semua berjaya menjadi jutawan dengan menjadi pembeli gula subsidi ?

9. Bukankah kita patut menggalakkan dan menggesa kerajaan agar meningkatkan peranan zakat dan wakaf dalam masyarakat untuk membantu orang-orang fakir dan miskin untuk membantu mereka yang betul-betul tidak mampu ini? Zakat dan wakaf ini adalah kuasa kerajaan negeri sepenuhnya. Kenapa kita lebih sensitif dengan isu subsidi yang sebenarnya “bantuan” itu tidak sampai pun kepada golongan fakir yang duit pun tidak ada nak beli gula berbanding duit zakat yang sepatutnya sampai terus kepada mereka.

10. Sekarang, sekiranya apa yang dibentangkan oleh Idris Jala itu auta, tuan puan patut abaikan hiruk pikuk yang wujud kerana itu semua gimik politik Najib sahaja kerana Malaysia tidak akan bankrap seperti Greece pun, isu subsidi ini bakal penentu hidupĀ  mati kerajaan BN. TETAPI, sekiranya tuan puan menerimanya sebagai fakta, apakah perancangan tuan puan untuk mendapat pendapatan tahunan tambahan sebanyak RM 12, 900 lagi ?

Tutorial Rancang Wang - Percuma. Dapatkan sekarang dengan mengisi nama & emel:


Jika artikel ini menarik, kongsikan di Facebook & Twitter:

Penulis:

Suzardi Maulan {Pakdi} merupakan Islamic Financial Planner (IFP)TM, trainer dan penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang.

Hubungi saya melalui advisor@rancangwang.com.

{ 15 comments… read them below or add one }

Acik fosilmitra June 2, 2010 at 11:22 am

Salam,

Kerajaan B eNd masih mengganggap rakyatnya masih berada diatas pokok… Beri satu isu maka kiter semua akan melatah… jika itu andaian mereka maka nampaknyer mereka salah… hehehe…

Reply

pakdi June 2, 2010 at 1:13 pm

Boleh acik huraikan? Kurang faham maksud sebenar…

Reply

treec00l June 2, 2010 at 1:50 pm

pada pendapat saye, bile kerajaan umum nak tarik subsidi, sebenornye diorang buat pengumuman nak naikkan harga barang.

kalau betol kerajaan kate barang2 kat malaysia ni ade kebergantungan kepada subsidi kerajaan (padahal yang mengimport pon pakai duit sendiri, siap kene bayar cukai bawak barang masok lagi), yang membolehkan ianya dianggap MURAH oleh mereka-mereka yang tidak perlu membeli gula, beras, minyak dan sebagainya, dan parking atau tol pon x perlu bayar, ape gunenye bayaran-bayaran yang diberi oleh rakyat?

tol kene bayar, cukai kene bayar, segala macam yuran kene bayar, jadi, mane peginye duit2 tersebut?

adakah untuk dijolikan oleh orang-orang politik?

itu pasal rakyat melompat, sebab ianya signal untuk naikkan harge barang.

DAN, bagaimana untuk capai pendapatan bulanan RM12,900? bila mana, kerajaan terus menerus gasak rakyat dengan pelbagai bayaran, terus menggasak IKS dengan pelbagai bayaran dan peraturan baru. dah tentu tokey2 bisnes bagi macam-macam alasan untuk x naikkan gaji pekerja2.

bila mana kompeni2 luar negara masok melabur dalam malaysia tanpa di kawal. diorang bawak masok orang-orang dari negara diorang, sudahnya, gaji orang tempatan hanyelah 1/10 je dari gaji awang-awang import tu.

bukan senang untuk mempunyai 2-3 pekerjaan dalam satu-satu masa, terutamanya untuk professional. ade conflict of interest di situ. silap2, boleh kene tarik balik kelayakan.

byk bende kene consider, bukan setakat berhujah di parlimen, wahai orang-orang politik dan kroni-kroni.

Reply

pakdi June 2, 2010 at 1:59 pm

Jadi treec00l berpendapat, tiada subsidi pun sebenarnya ?

Reply

treec00l June 2, 2010 at 6:09 pm

x pasti sebab x penah tahu.

ataupun pengurangan cukai dikira sebagai subsidi?

Reply

ummu ridhwan June 2, 2010 at 6:51 pm

walaupun ada pro dan con, saya berat kepada bersetuju dengan pengurangan/pemansuhan subsidi. harga barang yang sebenar akan menghasilkan kesan yang sebenar – free economy. dengan harga subsidi, perlu ada pengawalan (enforcement), supaya barang subsidi tidak disalahguna atau diseludup. tu dah satu kos. rakyat pun ada perspektif yang skewed (buruknya bahasa campur, minta maaf), kurang usaha mengurangkan gula, penggunaan petrol dan sebagainya. seeloknya, biar bantuan diberi terus kepada golongan yang memerlukan. sekarang, orang-orang kaya pun dapat subsidi juga.

Reply

adzim June 4, 2010 at 4:53 pm

subsidi akan dihapus atau distruktur semula? ramai yang salah faham ni

Reply

radzi June 7, 2010 at 1:52 am

saya lebi tertarik dengan kenyataan dato Idris Jala:
” budaya subsidi mempunyai kesan negatif kerana ia dinikmati mereka yang tidak berhak selain tertakluk kepada ketirisan serta penyalahgunaan dan pada masa sama menggalakkan gangguan pasaran selain menggalakkan penggunaan berlebihan hasil daripada lebihan pengeluaran. ”
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Budayasubsidiberikesannegatif_Idris/Article

Ketirisan apa agaknya? dan dalam bentuk apa? serta berapakah peratusan ketirisan daripada keseluruhan subsidi?

Mungkin ini yang paling utama perlu diulas. Bimbang jika subsidi digunakan untuk tujuan komersial sedangkan matlamatnya untuk kepentingan sosial.

Reply

Zidane June 7, 2010 at 11:35 am

Pada ucapan Tun Dr.Mahathir di JB baru2 ini, semasa zaman Tun selama 22thn kerajaan telah menggunakan hasil wang Petronas sbyk RM180 billion (Kurang lebih) manakal semasa zaman Tun Lah Al-Tiduri selam 5 thn k’jaan telah mendapat wang Petronas sebyk RM280 billion (kurang lebih) mana pi duit sebyk tu?

Manakala, jika Idris Jala memberi pendapat peribadi sekalipun ianya akan dianggap sebagai fakta dan “Malapetaka” yg akn mendatang. Sedarkah beliau bahawa beliau adalah seorg Menteri di JPM?

Tingkatkan ekonomi rakyat dahulu kendian subsidi bolehlah ditarik sedikit demi sedikit tanpa dirasai sgt bebanannya.

Reply

pakdi June 8, 2010 at 12:21 am

Kalau ada pandangan balas, baik yang pro-kontra khususnya yang banyak mengandungi fakta amatlah dialu-alukan. Di sini harap kita bincang berdasarkan fakta dan tidak masukkan unsur emosi, anti-BN, anti-UMNO dll sebab ia akan memudahkan saya guide para pembaca yang budiman untuk bersedia.

Reply

Amin007.Ledang June 9, 2010 at 4:39 am

treec00l cakap “dah tentu tokey2 bisnes bagi macam-macam alasan untuk x naikkan gaji pekerja2.”

bagi aku toek2 bisnes anggap gaji adalah kos, manakala pekerja anggap gaji adalah pendapatan. penyelesaian bagi aku adalah senang sahaja, gaji dibayar dari peratusan dari keuntungan syarikat setelah ditolak kos-kos lain yang terlibat atas perniagaan. mungkin dalam 30% setiap bulan.

tapi ada pro dan kontra kat situ. namun kalau rasa tak cukup duit untuk belanja harian, baiklah minta zakat dari baitumal sahaja

Reply

alhamidi June 11, 2010 at 4:26 pm

Pada saya laa..ada subsidi atau takde subsidi tu bukan satu isu yang besar..

Kalau ye pun kerajaan akan hapuskan subsidi sebab nak naikkan ekonomi, saya masih lagi boleh terima..ekonomi bagus, rakyat yg untung..

Isu yg paling utama, ke mana penjimatan subsidi tu akan pegi? adakah untuk semua rakyat atau untuk ‘sekelompok manusia rakus yang terpilih’??

Reply

sarah June 17, 2010 at 3:50 pm

pada pendapat sya kerajaan boleh mengurang/memansuh subsidi tertentu spt 1)bayaran yuran ipta utk bkn warganegara mestilah mengikut kadar yg sebenar
2) subsidi gula yg tidak baik utk kesihatan

manakala subsidi lain spt minyak dan tol kerajaan perlu menambahbaik pengangkutan awam. sekiranya kita lihat dlm 5 thn ini minyak telah naik dgn banyak skali tetapi sya tak nampak usha2 kerajaan untuk menambahkan stesen lrt yg baru. jaringan lrt masih ditakuk yg lama. kerajaan juga perlu mengurangkan duti import kereta supaya rakyat tidak terbeban dgn harga kereta yg tinggi. juga memansukan subsidi kerajaan kepada IPP.

Reply

johnlegend June 26, 2010 at 4:03 am

Saya tertarik dgn komen Sarah #13 berkenaan subsidi kerajaan kepada IPP. Ramai yang salah faham tentang perkara ini. Kalau subsidi yang dimaksudkan ialah harga gas, maka ketahuilqh bahawasanya semua kontrak IPP (non renewable energy and to my knowledge) di Malaysia menggunakan fuel pass-through mechanism. Maknanya, fuel cost will be passed to Tenaga, which in turn will pass to consumer.

Contoh, kalau harga gas RM10, maka RM10 lah yg akn dicaj kepada Tenaga. Of course other operating cost as well as the margin.

Jadi, kalau lah subsidi harga gas ni dimansuhkan, katalah instead of RM10, harga tanpa subsidi ialah RM20. Maka RM20 lah yang akan dicaj kpd Tenaga dan Tenaga juga akan pass through the cost to consumer. Hujung cerita? Consumer juga yang akan tanggung.

Apa cara nya utk mengatasi masalah ni? Pada saya, ada 2:

1. Truely liberalise the electricity market, not only the generation sector. Maksudnye, each consumer is free to choose from which electricity company to buy from. Bukan mcm sekarang, semua “dipakse” or “terpakse” beli from Tenaga. Kalau dah btol liberalise, barulah company2 electricty ni berhempas pulas to reduce their cost, to become more efficient sbb nak dapatkan customer.

2. Betul2 galakkan renewable energy.

Punca org salahkan IPP ni adalah sebab IPP 1st generation dulu. The term of their PPA too generous, i.e tariff structure too advantageous to IPP, 100% take-or-pay, all which make IRR on equity diorg very high. But that is not subsidiy, that’s just proved that they were smart at negotiating.

Berkenaan duti import kereta, saya sokong 200%.

Reply

baharudin October 21, 2010 at 3:28 am

sebenarnya, masalah kita sekarang di malaysia ialah pemberian subsidi tak kira la subsidi minyak ka, subsidi gula ka atau subsidi len ka semakin byk. apabila subsidi diberi secara berterusan, pasti hutang negara semakin byk. kalau dah hutang tu semakin byk, maknanya muflis la negara kita. kalau dah muflis, apa kesan nya pulak terhadap kita. jangan jak negara kita jadi seperti greeze yg dah megalami muflis gara2 hutang dorang yang terlalu tiggi sudah sehingga kerajaan diorang tak mampu nak tanggung hutang dorang. kalau sya, sya sokong ngan cadangan sarah. kalau boleh, kerajaan perlu kurangkan subsidi secara ansur2 sehingga tak ada langsung subsidi akan dikenakan. kita tak boleh terus mansuhkan subsidi sebab takut impaknya nanti tak dpt diterima dalam kalangan masyarakat kita.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: