Istimewa Untuk Anak Bujang & Anak Gadis: Seminar Baitul Muslim 2.0

Perhatian teruna dan dara.

Ini adalah untuk kalian.

baitul muslim3

Seminar Baitul Muslim 2.0 anjuran One Heart Creative Solution bakal diadakan pada 16 & 17 Februari 2013 bertempat di PICC, Putrajaya. Saya antara salah seorang panel yang akan berkongsi mengenai tips kewangan kepada bakal pengantin dengan tajuk Fulu$ Oh Fulu$.

Kenapa bakal pengantin perlu tahu ilmu pengurusan kewangan?

Jangan dah terhantuk baru nak terngadah.

Ramai orang mula belajar mengenai pengurusan kewangan apabila keadaan kewangan mereka sudah sampai tahap yang kronik. Apabila duit tak cukup setiap bulan. Apabila sebahagian besar gaji digunakan untuk membayar hutang. Saat itu, baru nak cari ubat. Sedangkan mencegah lebih utama.

Perasaan semakin sedih apabila melihat anak dan isteri turut sama terheret dalam situasi ini. Salah siapa? Salah diri sendiri yang tak nak belajar. Ilmu pengurusan kewangan ini tidak diajar di sekolah mahupun di universiti (kecuali pelajar jurusan kewangan). Justeru, peluang yang ada ini jangan disia-siakan.

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Maka, persiapkan diri kalian dengan ilmu pengurusan kewangan ini supaya kalian dapat melayari bahtera rumah tangga dengan lebih tenang dan gembira. Jangan jadikan masalah kewangan ini menjadi sebab rumahtangga itu tidak bahagia.

Selain daripada itu, saya juga akan berkongsi beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh bakal pengantin sebelum melangsungkan perkahwinan . Tips-tips untuk menjimatkan kos majlis perkahwinan juga akan dikongsi bersama peserta yang hadir.

Ahli panel lain yang turut berkongsi pentas dengan saya ialah Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, Dr. Zaharuddin Abdul Rahman, Hilal Asyraf, Ustaz Ubaidillah, Wardina Saffiyah, Ustazah Isfadiah, Amin Idris, Ustaz Muhidin, Ustaz Ridhauddin, dan Ibu Wirianingsih. Tajuk-tajuk yang akan disampaikan oleh ahli panel sememangnya menarik dan sangat berinformasi buat mereka yang bakal melangkah ke alam perkahwinan.

Klik sini untuk tahu cara kumpul duit nak berkahwin!

About the author: Pakdi.net adalah blog milik Suzardi Maulan, yang juga dikenali sebagai Pakdi. Klik sini untuk profil lanjut.

4 comments… add one

  • azrijohan Feb 2, 2013

    memang satu seminar yang bermanfaat… banyak topik yang dibincangkan tu

  • CK TAN Feb 2, 2013

    alamak kenapa tak diadakan kat melaka, jika ada saya memang on

  • Rui Feb 2, 2013

    Slot Pakdi hari apa?

    • Suzardi Maulan Feb 3, 2013

      Hari Sabtu.

Leave a Comment